BTC USD 66,841.4 Gold USD 2,663.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Maut, Bas Bawa Rombongan Guru Terlibat Kemalangan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,636
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,636
Reaction score
36,430
Points
2,836
Awards
2

Dua maut, bas bawa rombongan guru terlibat kemalangan​


09 Jun 2024 08:15am


2682183.jpg

Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan bas dan treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.


KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Dua termasuk seorang wanita maut selepas bas persiaran membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.

Bas dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa iaitu seorang guru, Hasnatul Adilah Hassan, 48, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindan bas, Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.40 tengah malam.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas yang datang dari arah Seremban menghala ke arah Kuantan tiba di tempat kejadian telah gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh treler yang menghala Segamat.

"Bas terbabit dinaiki 37 penumpang dan dua pemandu menyebabkan dua maut manakala lain-lain mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam pada pada Ahad.

Ujar beliau, pemandu treler tersebut tidak mengalami kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, Nor Azman meminta saksi kejadian menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Rompin, Inspektor Nurul Iffah Kamarudin di talian 019-9169509 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.

2682185.jpg

Anggota bomba membantu mengeluarkan penumpang yang terperangkap dalam bas. Foto BBP Muadzam Shah


Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 12.31 pagi.

Menurutnya, susulan maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi dan tiba jam 12.56 pagi.

2682184.jpg

Anggota bomba membantu mengeluarkan penumpang yang terperangkap dalam bas. Foto BBP Muadzam Shah


"Operasi menyelamat turut dibantu anggota dari BBP Chini, BP Segamat,BBP Jalan Abdullah, Segamat dan BBP Jempol selain polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Anggota terlibat membantu mengeluarkan mangsa dalam bas yang terjunam ke bawah cerun," katanya.


 

Nahas rombongan guru: Mangsa ketiga meninggal dunia​


09 Jun 2024 11:00am

2682279.jpg

Laporan Sinar Harian.


MUADZAM SHAH – Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini meninggal dunia.

Mangsa ketiga yang meninggal dunia dikenali sebagai Hamzah Ahmad berusia 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa yang juga seorang guru disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Sebelum itu, seorang penumpang wanita dan pemandu kedua bas membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka maut selepas kenderaan terbabit merempuh treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau di sini pada Ahad.

Mangsa, Hasnatul Adilah Hassan, 48 meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.

Bas terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.



Info group FB... Bas rombongan sekolah dr Melaka ke Terengganu terlibat Kemalangan, baru sahaja berlaku berdekatan simpang tengkorak Jalan Keratong - Bahau - Kuantan - Segamat. Bas terbabas ke dalam gaung.
Ada mangsa tercampak keluar dari bas, ada 2, 3 orang mangsa terbaring di atas jalan.
Dari arah Muadzam nak menghala ke Keratong/Segamat diminta jangan laju sebab laluan tersekat. Tidak dapat dipastikan bas bertembung dengan kenderaan apa.

U.p. : Polis Daerah Rompin Balai Bomba Muadzam Shah


Dua maut, 37 cedera kemalangan babitkan bas bawa rombongan guru, treler

ROMPIN: Dua maut manakala 37 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan bas bawa rombongan guru dan treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Hasnatul Adilah Hassan dan Mohd Adi Hasan.

Beliau berkata, kejadian jam 1.30 pagi tadi itu mengakibatkan bas yang membawa 39 penumpang itu termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan.

Beliau berkata, bas berkenaan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Nor Azman berkata, mangsa Hasnatul Adilah yang juga guru berusia 48 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Adi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah, Rompin.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat. Mangsa yang cedera pula dibawa ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan. Pemandu treler terbabit tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila keadaan gelap di simpang tiga Bahau dan pemandu bas itu telah hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi sebelum terbalik di cerun jalan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Nor Azman meminta saksi kejadian supaya tampil membantu pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 12.31 tengah malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah tiba ke lokasi kemalangan pada jam 12.56 tengah malam.

"Operasi menyelamat turut dibantu anggota dari BBP Chini, BP Segamat, BBP Jalan Abdullah, Segamat dan BBP Jempol, polis Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Anggota bomba terbabit mengeluarkan semua mangsa yang berada di dalam bas yang terjunam ke dalam cerun. Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan," katanya.


Artikel ➡️ Berita Harian



4469.jpeg
4472.jpeg
4475.jpeg
4481.jpeg



Nahas rombongan guru: Mangsa ketiga meninggal dunia

MUADZAM SHAH – Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini meninggal dunia.

Mangsa ketiga yang meninggal dunia dikenali sebagai Hamzah Ahmad berusia 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa yang juga seorang guru disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Sebelum itu, seorang penumpang wanita dan pemandu kedua bas membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka maut selepas kenderaan terbabit merempuh treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau di sini pada Ahad.

Mangsa, Hasnatul Adilah Hassan, 48 meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.

Bas terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.


Artikel ➡️ Sinar Harian


SEORANG LAGI GURU MENINGGAL DUNIA DLM TRAGEDI KEMALANGAN DI KERATONG

ROMPIN, PAHANG, 9 Jun - Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di sini awal pagi tadi meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam ini dan memaklumkan mangsa keempat meninggal dunia dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.
“Mangsa meninggal dunia pada 9.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.
Menurutnya 10 mangsa kini masih menerima rawatan manakala 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.
Guru berkenaan merupakan mangsa keempat selepas Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris,29, dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60.
Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Sumber: BERNAMA
#infosemasa

5316.jpeg

Sponsored Post

Bas dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa iaitu seorang guru, Hasnatul Adilah Hassan, 48, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindan bas, Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.
 

Nahas rombongan guru: Mangsa ketiga meninggal dunia​


09 Jun 2024 11:00am

2682279.jpg

Laporan Sinar Harian.


MUADZAM SHAH – Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini meninggal dunia.

Mangsa ketiga yang meninggal dunia dikenali sebagai Hamzah Ahmad berusia 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa yang juga seorang guru disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Sebelum itu, seorang penumpang wanita dan pemandu kedua bas membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka maut selepas kenderaan terbabit merempuh treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau di sini pada Ahad.

Mangsa, Hasnatul Adilah Hassan, 48 meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.

Bas terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.
 

'Cikgu Hasnatul Adila sempat tanya keadaan anak sebelum meninggal'​


09 JUN 2024

2682403.jpg

Ahli keluarga mangsa dan rakan-rakan mangsa kemalangan rombongan guru yang hadir di Unit Forensik Hospital Muadzam Shah pada Ahad.


ROMPIN – Mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau awal pagi tadi, Hasnatul Adilah Hassan, 48, sempat bertanyakan keadaan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.

Perkara itu dikongsikan rakan setugasnya Asmaniza Mohamad, 50, yang memaklumkan Hasnatul Adilah yang juga Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Jeram, Melaka ditemukan dalam keadaan tertiarap di luar bas.

“Arwah sempat tanya keadaan anak bongsunya yang turut sama dalam bas berkenaan, saya cakap anaknya ada di dalam bas, seorang rakan kami sempat mengajarnya mengucap,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Muadzam Shah di sini pada Ahad.

Berkongsi detik cemas itu, Asmaniza yang dikenali sebagai Cikgu Za berkata, ketika kejadian beliau yang berada di bahagian belakang bas sedang tidur, namun terkejut apabila dihempap penumpang lain selepas bas berkenaan terbalik.

“Ketika itu memang gelap dan hanya (kedengaran) bunyi berlanggar, saya cuba untuk buka pintu kecemasan tetapi tidak boleh, namun berjaya keluar melalui pintu kecil di bahagian atas bas,” katanya.

Selepas berjaya keluar beliau sempat membantu beberapa rakan lain yang berada di dalam bas sebelum mereka dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan anak lelaki Hasnatul Adilah dikenali sebagai Farouq berusia 12 tahun sedang mendapatkan rawatan di zon kuning hospital tersebut.

Nahas itu mengorbankan tiga individu termasuk Hasnatul Adilah selain seorang lagi guru Hamzah Ahmad, 60, dan pemandu bas kedua Mohd Adi Hasan, 29.

Dalam kejadian sekitar 1 pagi itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. – Bernama
 

Nahas rombongan guru: Mangsa keempat, Cikgu Dahlia meninggal dunia​

09 Jun 2024 11:11pm

2683295.jpg

Bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.


ROMPIN - Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di sini awal pagi tadi meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintenden, Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam ini dan memaklumkan mangsa keempat meninggal dunia dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.

"Mangsa meninggal dunia pada 9.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.

Menurutnya 10 mangsa kini masih menerima rawatan manakala 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.

Guru berkenaan merupakan mangsa keempat selepas Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris,29, dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60.

Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. - Bernama
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register