Dua mangsa rogol diperkosa di hadapan ibu kandung (luar negara)

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,691
Points
191

JOSEPH McCan













LONDON : Seorang suspek perogol bersiri bertindak kejam mengikat seorang ibu menggunakan kabel elektrik, sebelum memaksa mangsa mendengar jeritan kedua-dua anaknya apabila dirogol.

Beberapa jam selepas itu, Joseph McCan menahan wanita warga emas berusia 71 tahun serta budak perempuan berusia 13 tahun di dalam kereta pesara itu, dan menyerang mereka secara seksual.

McCann dari Harrow di utara London, dengan angkuh turut memberitahu polis, kejadian lain tidak akan berlaku jika pihak berkuasa berjaya memberkasnya untuk dua kes pertama.

Lelaki 34 tahun itu ditahan ketika sedang bersembunyi di atas pokok, selepas siri keganasan membabitkan mangsa berusia dari 11 hingga 71 tahun.

Menurut laporan, dia melakukan serangan di sekitar London, Manchester, Lancashire dan Cheshire, antara 20 April dan 5 Mei.

Pada hari kedua perbicaraan, pendakwa John Price QC menceritakan adegan penuh dramatik yang membawa kepada penahanan tertuduh pada 6 Mei lalu.

Juri turut mendengar bagaimana mangsa pertamanya, seorang gadis berusia 21 tahun diculik ketika sedang berjalan pulang dari kelab malam di Watford, awal pagi 21 April.

Selepas mengacu pisau di leher mangsa, tertuduh memberitahu bahawa dia bukan seorang lelaki yang suka memukul wanita, dan merogol mangsa di atas katil gadis itu sendiri.

Mangsa ketiga diculik pada waktu siang, 25 April lalu di barat laut London dan dimasukkan ke dalam kereta, dinaiki seorang lagi wanita berusia 25 tahun, iaitu mangsa kedua tertuduh yang diculik di timur London serta ditahan selama 14 jam.

Kedua-dua mereka dirogol berulang kali sebelum berjaya melarikan diri apabila memukul kepala tertuduh menggunakan sebotol vodka.

Kejadian paling kejam adalah apabila dia merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, dan meliwat adik lelaki mangsa yang berusia 11 tahun, sambil memaksa ibu mereka mendengar jeritan keduanya. - Agensi








sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2019/11/628269/dua-mangsa-rogol-diperkosa-di-hadapan-ibu-kandung
 
Top
Log in Register