BTC USD 96,465.6 Gold USD 2,701.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua lelaki upahan peminjam wang cedera dibelasah sebelum ditahan

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,163
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,163
Reaction score
1,246
Points
201
6278304582962626314_121.jpg

Dua lelaki upahan peminjam wang cedera dibelasah sebelum ditahan

IPOH: Tindakan dua lelaki dipercayai diupah kumpulan peminjam wang tidak berlesen ahlong untuk mengugut si peminjam dan membuat kacau bertukar sebaliknya apabila dia ditangkap sebelum diserahkan kepada polis.

Kejadian pada pukul 1.30 petang semalam itu berlaku di Jalan Lebuh Bercham Timur, Taman Rima Gamelan.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, tangkapan dibuat sepasukan anggota Balai Polis Bercham.

Menurut beliau, pemeriksaan menjumpai empat bungkus plastik mengandungi cecair berwarna merah disyaki cat, 17 helaian kertas mengandungi butiran peminjam dan tiga telefon bimbit.

“Kita telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1952 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Hasil siasatan mendapati mereka telah pergi ke satu alamat di Bercham untuk membaling cat dan menampal notis di sebuah rumah dipercayai gagal membayar balik pinjaman yang dibuat secara atas talian.

“Bagaimana pun, pemilik rumah menyedari dan telah mengejar mereka sehingga ke Jalan Lebuh Bercham Timur.

“Suspek yang memandu kereta dipercayai terbabas di kawasan tersebut sebelum berlaku pergelutan dengan pemilik rumah dan orang awam ketika cuba menahan mereka,” ujarnya.

Kedua-dua suspek mengalami kecederaan ringan dan berjaya ditahan dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terjerumus dalam perangkap pinjaman wang tidak berlesen terutamanya secara atas talian.

Tangkap layar video: Media sosial

Sponsored Post

yg bagi lesen kat along ni pun gomen PH masa Atok jd PM ..
tak salah aku menteri dapigs punya idea .. konon kredit komuniti lah ... sbb tu menteri dapigs suka sgt kalau dpt post kat KPKT .. banyak dorang boleh gubal ..
 
Betul la tu, sebab tu walau dah kalah tetap khidmat masyarakat MCA yang tolong mangsa Along.
 
Dengar cerita Along ganas
Tapi nampaknya yg pinjam Along ni pun ganas juga :LOL:
Ipohhh..

Tapi
takut benda belarutan
ni..Along Part 1..nampak Along kalah
Along rasanya tentu nak jaga muka juga...
Tak kan dia nak biarkan

risau ada Along Part 2

............................................

lamaa dulu pernah tengok Along atau wakil Along ni baikk sja jumpa makcik2 pasar malam..buat collection
melawak2 sja
saya pun mulanya tak tau
tapi bila duk dengar apadiorg cakap tu..faham la yg rupanya si Along dgn Peminjam...diorg memang mesra sja

Tapi bila tak bayar....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register