akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,538
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,538
- Reaction score
- 6,645
- Points
- 881
- Awards
- 1
Dua lelaki seludup kerbau di sempadan ditahan
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
PGA Pengkalan Chepa menahan dua lelaki dan merampas seekor kerbau yang dipercayai diseludup dari negara jiran dalam serbuan di pangkalan haram Pak Ali di Pasir Mas pada Khamis.
PASIR MAS - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menahan dua lelaki dan merampas seekor kerbau yang dipercayai diseludup dari negara jiran dalam serbuan di pangkalan haram Pak Ali di sini pada Khamis.
Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan jam 1.30 pagi itu dilakukan hasil rondaan rutin Op Taring Wawasan di kawasan sempadan.
"Sebaik sahaja melihat sebuah lori berada dalam keadaan mencurigakan, anggota bertugas terus bertindak menahan kenderaan tersebut untuk pemeriksaan.
Menurut beliau, kedua-dua suspek berusia 28 dan 42 tahun itu dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kerbau tersebut ke pasaran tempatan.
Nik Ros Azhan memberitahu, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM9,750.
Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.
"Hasil rampasan diserahkan ke kompeni taktikal (Komtak) Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya.

<p>PASIR MAS - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menahan dua lelaki dan merampas seekor kerbau yang dipercayai diseludup dari negara jiran dalam serbuan di pangkalan haram Pak Ali di sini pada Khamis.</p>
www.sinarharian.com.my