BTC USD 96,972.5 Gold USD 2,693.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua lelaki Maghribi menari sambil minta sedekah di Bukit Bintang ditahan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,538
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,538
Reaction score
6,645
Points
881
Awards
1
Dua lelaki Maghribi menari sambil minta sedekah ditahan


JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR: Aksi dua lelaki warga asing menari tarian tradisional ala Maghribi sambil meminta sedekah di Bukit Bintang di sini mengundang padah apabila mereka ditahan awal pagi tadi.

Kegiatan dua lelaki itu turut tular di media sosial apabila dikatakan merosakkan pemandangan ibu negara dengan aktiviti tersebut.

Penahanan kedua-dua lelaki itu dilakukan menerusi Op Kutip KL Strike Force Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur pada pukul 1.30 pagi selepas mendapat aduan awam.

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, semakan mendapati kedua-dua lelaki tersebut menyalahgunakan pas lawatan sosial (PLS).

Katanya, kedua-dua lelaki warga Maghribi itu disiasat di bawah Di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kata beliau, semakan mendapati mereka masuk ke Malaysia menggunakan PLS pada 11 Oktober bagi tujuan melancong.

“Imigresen Kuala Lumpur memberi peringatan tegas kepada pelancong warga asing bahawa menggunakan pas pelawat untuk bekerja adalah salah termasuk mengemis.

“Tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan,” katanya di sini.

Sementara itu, salah seorang yang ditahan, Khalid, 30, berkata, tujuan dia bersama rakan bermain alat muzik sambil menari adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan sepanjang berada di ibu negara.

Katanya, peralatan muzik serta pakaian tradisional Maghribi tersebut dibawa dari tanah airnya dan akan membuat ‘persembahan’ setiap hari bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi.

“Kami datang sebagai pelancong dan tinggal di hotel berdekatan untuk tidur, main muzik untuk cari duit makan sahaja.


“Sehari boleh dapat RM200, cukup untuk makan berdua setiap hari,” jelasnya. – UTUSAN
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register