akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,157
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,157
- Reaction score
- 6,992
- Points
- 881
- Awards
- 1
Dua lelaki mabuk rogol gadis 16 tahun di tandas awam dihukum penjara, sebat
ROSKHOIRAH YAHYA
Dua lelaki yang merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di tandas awam ketika mangsa berada dalam keadaan mabuk dijatuhi hukuman penjara dan sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin (7 April). Gambar hiasan
SINGAPURA - [DIKEMAS KINI] Dua lelaki yang merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di tandas awam ketika mangsa berada dalam keadaan mabuk dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin (7 April).
Muhammad Isnalli David, 22, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun enam bulan dan 12 sebatan selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan rogol.
Manakala, Muhammad Al’Amin Selamat, 23 tahun, pula dijatuhi hukuman penjara 10 tahun enam bulan dan 12 sebatan selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan rogol.
Timbalan Pendakwa Raya Tay Jia En berkata, seorang lagi lelaki, Raden Zulhusni Zulkifri, 27 tahun, yang didakwa turut terlibat sama dalam kes tersebut, sedang dibicarakan dan prosiding baginya masih lagi dijalankan.
Identiti mangsa, yang kini berusia 19 tahun, tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.
Isnalli pertama kali bertemu mangsa pada 27 Mac 2022 ketika itu berusia 16 tahun dan ditemani seorang rakan wanita berusia 21 tahun yang mengenali Isnalli.
Mereka bertiga telah menonton filem di pawagam bersama-sama.
Selepas minum beberapa cawan alkohol, mangsa menjadi mabuk dan mahu muntah.
Isnalli yang juga mabuk, membawa mangsa ke tandas dan membantunya di singki sebelum menarik gadis tersebut masuk ke ruang tandas wanita.
Isnalli mengunci pintu menanggalkan pakaian mangsa dan dirinya, sebelum melakukan serangan seksual dan merogol mangsa.
Raden dan Al’Amin, juga dalam keadaan mabuk, pergi ke tandas untuk mencari mereka sekitar 9.50 malam.
Kedua-dua mereka melihat Isnalli merogol mangsa dan merakam kejadian tersebut dalam satu video dengan durasi selama 52 saat.
Isnalli kemudian merogol gadis tersebut buat kali kedua sebelum Raden memasuki tandas berkenaan.
Tidak lama kemudian, Al’Amin memasuki tandas tersebut dan merogol mangsa.
Mahkamah difahamkan bahawa mangsa beberapa kali mengulang perkataan 'jangan' dan 'tidak' semasa kejadian.
Setelah selesai menyerang mangsa, Isnalli membantu mangsa memakai semula pakaiannya dan mereka keluar dari tandas berkenaan pada pukul 10.17 malam.
Dalam menyampaikan hukumannya, Hakim Mahkamah Tinggi Aidan Xu berkata, kes-kes rogol memerlukan hukuman yang keras tanpa mengira umur pelaku.
Tambah beliau, serangan"berkelompok" menyebabkan pencabulan berpanjangan terhadap mangsa, yang meningkatkan kemudaratan terhadapnya.
Beliau juga berkata bahawa satu serangan adalah"buruk", tetapi serangan"satu demi satu" memerlukan hukuman yang berat.
Atas kesalahan rogol, Isnalli dan Al'Amin boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda atau sebatan - Agensi