BTC USD 96,644.7 Gold USD 2,696.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai di Kajang ditahan polis

Sponsored Post

DHPP amat terkilan, kecewa dengan insiden di Kajang

AZMI YUSOFOctober 28, 2024

Dr Balachandran Gopal Krishnan
KUALA LUMPUR: “Keharmonian yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil keras yang dibina oleh datuk nenek moyang yang tidak sepatutnya diganggu,” kata Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS, Dr. Balachandran Gopal Krishnan.

- -
Sehubungan itu, beliau amat kecewa dengan insiden yang berlaku di Kajang.

“DHPP amat terkilan dan kecewa dengan insiden yang berlaku di Kajang iaitu berkaitan isu daging kepala babi telah diletakkan di sebuah kedai roti canai.

“Tindakan sebegitu bukan sahaja mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat tetapi juga merupakan satu perbuatan yang mencetuskan sentimen perkauman yang berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, isu sebegini adalah sangat sensitif khususnya dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia memandangkan babi merupakan haiwan yang haram untuk dimakan oleh umat Islam.

Tambah beliau, generasi terdahulu iaitu datuk nenek moyang telah banyak berkorban nyawa bagi memastikan keharmonian masyarakat yang ada pada hari ini dapat dikekalkan dengan aman dan saling menghormati.

“Maka sebarang tindakan yang mencemarkan keharmonian ini adalah satu pengkhianatan kepada pengorbanan tersebut dan usaha-usaha kita dalam memastikan keamanan bersama.

“Di samping isu domestik, kita juga sedang berhadapan dengan cabaran luar, seperti isu kapal asing di perairan kita dan pengibaran bendera negara asing di tanah air ini.

“Dalam situasi ini, kita sebagai rakyat Malaysia harus berganding bahu, mengetepikan perbezaan dan bersatu untuk mempertahankan kedaulatan negara.

“Langkah mengibarkan Jalur Gemilang di Menara Condong Teluk Intan, adalah lambang semangat patriotisme kita dan menunjukkan betapa cintanya kita kepada tanah air,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dr. Bala menyatakan bahawa Malaysia adalah milik rakyat negara ini yang tiada tempat untuk menanam segala kebencian yang merosakkan perpaduan.

“Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak sedar akan tanggungjawab masing-masing, agar kita dapat membina Malaysia yang lebih kuat dan lebih bersatu padu.

“Negara kita akan terus kekal aman dan bahagia jika kita, rakyatnya, kekal bersatu dan saling mempercayai,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/10/2024
ini filem tamil...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register