BTC USD 58,322.5 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Gagal Letup ATM Guna Tong Gas

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
ne_11.1.jpg

Seorang anggota polis membawa tong gas yang dipercayai mahu digunakan untuk meletupkan mesin ATM di Ipoh semalam.

IPOH – Dua lelaki yang dipercayai cuba meletupkan sebuah mesin ATM sebuah bank di Jalan Raja Permaisuri Bainun di sini awal pagi semalam gagal apabila loceng keselamatan di premis itu berbunyi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, kedua-dua suspek itu yang mulanya berjaya membuka pintu bilik premis yang berkunci kemudian membawa tong gas, pemetik api dan alat pemotong kemudian menyemburkan pewarna ke arah kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak mereka dikesan.

“Bagaimanapun, ketika mereka ‘membuat kerja’ dalam premis itu, tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi menyebabkan mereka panik dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta,” katanya ketika dihubungi semalam.

Azisman berkata, kejadian tersebut disedari seorang pegawai bank berkenaan ketika membuat pemeriksaan di premis itu pada pukul 9 pagi dan mendapati ada kesan umpilan serta tabung gas yang telah ditinggalkan oleh suspek.
 
Sponsored Post

miXxer

Legendary Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
13,252
Reaction score
63
Points
120
kreatif suspek2 neh.. tp x cukup ilmu lg neh.. :)):))
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
xcukup pakar lg..
bru rancang 2-3hari je nih..
besar la sikit modal tu bg gempak..
buat mcm italian job ke ocean eleven..
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
duit pun hangus rentung..
kutip je la abunya..
 

ladyboss

Active Member
Joined
Nov 28, 2006
Messages
2,078
Reaction score
2
Points
25
Azisman berkata, kejadian tersebut disedari seorang pegawai bank berkenaan ketika membuat pemeriksaan di premis itu pada pukul 9 pagi dan mendapati ada kesan umpilan serta tabung gas yang telah ditinggalkan oleh suspek.[/B][/COLOR]

pelik tak, pukul 9 pagi baru sedar padahal penggera dah berbunyi...
sekarang ni pakai le alarm pun...nobody care
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register