BTC USD 54,517.0 Gold USD 2,497.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,754
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,754
Reaction score
6,411
Points
881
Awards
1
Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel

Operasi mengeluarkan mayat dua mangsa disyaki mencuri kabel di Jalan Dewan Wawasan.- Foto NSTP/Wawn Nabil Nasir
JITRA: Dua lelaki yang ditemukan maut selepas terperangkap di dalam lubang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kamunting, hari ini, dipercayai hendak melakukan jenayah curi kabel milik syarikat telekomunikasi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata kedua-dua lelaki itu dikatakan sempat mencuri kabel sebelum terperangkap dan lemas di dalam lubang berkenaan.

Katanya, kejadian itu disedari orang awam yang ternampak penutup lubang itu dalam keadaan terbuka pada jam 8 pagi tadi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

"Berikutan itu, pihak polis menghubungi syarikat telekomunikasi terbabit dan pihak bomba untuk memaklumkan perkara itu.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan menemui dua lelaki terbabit dipercayai terperangkap dalam lubang sedalam kira-kira enam meter itu.

"Polis memanggil bantuan daripada pihak bomba untuk membawa naik mayat dua lelaki terbabit disebabkan keadaan lubang itu agak dalam," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Menurut Rodzi, berdasarkan siasatan, dua lelaki itu dipercayai sudah berjaya memotong kabel syarikat telekomunikasi itu pada lubang pertama yang jaraknya kira-kira 30 meter dari lubang kedua.

Bagaimanapun, katanya ketika hendak memotong kabel di lubang kedua, mereka dipercayai terperangkap dan mati akibat lemas disebabkan kekurangan oksigen.

"Kita percaya kejadian ini berlaku awal pagi tadi sebelum penemuan mayat kedua-duanya tidak lama kemudian.

"Siasatan juga mendapati mereka adalah warga tempatan namun bukan penduduk di daerah ini.

"Bagaimanapun, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat kedua-duanya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut," katanya.

Media sebelum ini melaporkan dua lelaki ditemui meninggal dunia selepas terperangkap dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting dekat Jitra di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.29 pagi.
 
Sponsored Post

Vandalism

Kat skolah, papanon da byk abis duit sst repair jamban, hancur balik pintu flush

Surah Al Aadiyaat. Ayat 006. Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat tuan nya
Terima kasih atas penerangan dan tafsir tu wahai al ustaz akudotcom al zoukie.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register