BTC USD 97,493.7 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,696
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,696
Reaction score
6,739
Points
881
Awards
1
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli

Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial di Pekan Ringlet, Cameron Highlands. Gambar hiasan

"Siasatan awal polis mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek di aplikasi dating dan telah dibawa suspek dengan menaiki kenderaan Proton Wira untuk 'berjalan-jalan' dan mangsa kemudian telah dibawa ke Kedah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Beliau berkata, mangsa yang dirogol di dalam kereta ditinggalkan di sebuah lorong dan telah diselamatkan oleh orang awam sebelum dibawa ke balai polis.

"Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut," katanya.

Kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut,” katanya. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register