BTC USD 118,542 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Didakwa Pecah Amanah Barangan Mentah Hampir RM3 Juta

Md Hanif

Active+ Member
Messages
4,667
Joined
Jun 13, 2023
Messages
4,667
Reaction score
219
Points
38
fa5b96ddcb97a5389ff71655be947ca2681dabb162e2e

Dua bekas pekerja sebuah syarikat pembungkusan plastik makanan Koh Kian Hwee, 57, (tengah) dan Kua Hsean Soon, 34 (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah barangan mentah syarikat itu membabitkan kerugian berjumlah RM2.9 juta, tahun lepas.

Dua bekas pekerja sebuah syarikat pembungkusan plastik makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah amanah barangan mentah syarikat itu membabitkan kerugian berjumlah hampir RM3 juta, tahun lepas.

Koh Kian Hwee, 57, yang ketika itu Pengurus Besar Pengeluaran Syarikat Contipak Noron Sdn Bhd dan Kua Hsean Soon, 34, Penolong Pengurus Pengeluaran di syarikat sama, didakwa bersama-sama melakukan pecah amanah barangan mentah bernilai RM2,974,383.33 yang diamanahkan kepada mereka di syarikat terbabit di Jalan Genting Kelang, Setapak, antara 25 Jun hingga 16 Okt 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang berdepan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 14 tahun, sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Mohd Shariff tidak menawarkan jaminan kerana kes itu tidak boleh dijamin, namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, beliau memohon jumlah yang tinggi selain syarat tambahan dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

Peguam Carmen Eu Kah Mun yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan RM15,000 dan tidak membantah sekiranya syarat tambahan dikenakan kepada anak guamnya.

"Kedua-dua tertuduh tidak lagi bekerja di syarikat itu dan tiada risiko untuk mereka mengganggu mangsa. Koh yang telah bersara dan berkahwin menghidap penyakit darah tinggi serta sakit tulang belakang manakala Kua juga sudah berkahwin dan kini bekerja di Pulau Pinang serta perlu menyara anak berumur lima tahun," kata peguam itu.

Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan kes.

 
Back
Top
Log in Register