hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,307
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,307
- Reaction score
- 1,343
- Points
- 201
Dua lelaki dicekup polis disyaki terlibat curi kenderaan
KUCHING: Dua lelaki warga tempatan diberkas polis kerana disyaki terlibat kegiatan mencuri kenderaan pada malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 34 dan 39 tahun.
“Dua lelaki terbabit ditahan dan dua kereta dipercayai kenderaan curi turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.
“Dua kereta yang dirampas daripada suspek ialah jenis Proton Waja dengan Perodua Kancil?” katanya.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyaj maklumat lanjut berhubung kejadian, dimohon untuk tampil membantu siasatan.
Kredit
