BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lagi Anggota Polis Di Tahan Bantu Siasatan Pemerasan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
10.02.2024 - Dua lagi anggota daripada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang tukang cuci wanita, Isnin lepas. Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kedua-duanya yang berusia 29 dan 36 tahun kini direman hingga esok.

"Bagaimanapun, seorang pegawai dan tujuh anggota polis yang ditahan sebelum ini dibebaskan semalam dengan jaminan polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Rabu lepas, seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor dan tujuh pegawai rendah daripada IPD Seri Alam ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang tukang cuci wanita. Sebelum ini, tular satu laporan dipercayai berhubung tangkapan kesemua pegawai polis itu menerusi aplikasi Telegram, yang menyatakan seorang tukang cuci wanita mendakwa seorang anggota polis telah meminta wang sebanyak RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah. Wanita berkenaan kemudian mendakwa hadir di IPD itu untuk menyerahkan wang berjumlah RM35,000 sebelum membuat laporan polis selepas mendapati adiknya masih belum dibebaskan.
1707571355321.png
 
Sponsored Post

Berita Sebelum ..

Inspektor, 7 Pegawai Rendah Di Tahan Terkait Kes Pemerasan

10.02.2024 - Seorang inspektor dan tujuh pegawai rendah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor Bahru, ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang wanita tukang cuci. Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata semua individu terbabit yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan susulan laporan yang diterima pada jam 9.32 malam Isnin lalu.

"Polis Kontinjen Johor menerima laporan berkaitan kes pemerasan wang berjumlah RM32,000 oleh pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seri Alam. Kes masih berada di peringkat siasatan dan orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan semua lapan individu terbabit direman empat hari mulai semalam. Menurutnya polis sentiasa komited memerangi masalah integriti serta salah laku jenayah dalam kalangan anggota keselamatan berkenaan demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia.

"Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi, berlandaskan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang di bawah Perkara 8 Lembaga Persekutuan," katanya.

Sebelum ini, tular satu laporan dipercayai berhubung tangkapan semua pegawai polis itu di aplikasi Telegram. Laporan berkenaan menyatakan seorang wanita yang bekerja sebagai tukang cuci mendakwa seorang anggota polis telah meminta wang sebanyak RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan kerana kes dadah. Wanita terbabit mendakwa dia hadir di IPD Seri Alam untuk menyerahkan wang berjumlah RM35,000 sebelum membuat laporan polis apabila mendapati adiknya masih tidak dibebaskan. Sementara itu dalam perkembangan lain, Kumar berkata 15 lelaki berusia 20 hingga 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki berusia di Route 66, Jalan Abdullah Tahir, Johor Bahru pada Ahad lalu.

Katanya polis menerima laporan berhubung kes pembunuhan individu berusia 24 tahun itu pada 4.54 petang. Tambahnya semua lelaki terbabit ditahan di beberapa lokasi berasingan pada Ahad dan Isnin. Seorang daripada suspek, katanya, berusia lingkungan 30-an ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dari Bangkok, Thailand.

"Setakat ini polis masih menyiasat motif kejadian pembunuhan ini. Semua individu itu direman tujuh hari bermula Isnin lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi IPD Johor Bahru Utara di talian 07-2182323 atau pegawai penyiasat ASP Muhammad Afdhal Mat Saupi di talian 013-7711152.
1707571475257.png
 
2 Anggota Polis Di Lepas Dengan Jaminan

11.02.2024 - Dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, yang ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000, dilepaskan dengan jaminan polis hari ini. Ketua Polis Johor Komisioner M.Kumar berkata, kedua-dua anggota polis yang berusia 29 dan 37 dari Bahagian Narkotik IPD Seri Alam itu tidak disambung reman sementara polis melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan dilengkapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, dua lagi anggota dari Ibu IPD Seri Alam, ditahan sebelum direman dua hari bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000. Tambahnya seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan tujuh anggota dari IPD Seri Alam yang direman sejak Rabu lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin. Rabu lalu, seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan tujuh anggota dari IPD Seri Alam dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000. Semua lapan individu berusia 20 hingga 50 tahun itu direman empat hari untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Pada malam Isnin lalu, polis menerima laporan berkaitan kes dakwaan pemerasan membabitkan wang tunai berjumlah RM35,000 oleh pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seri Alam. Seorang tukang cuci wanita berusia 41 tahun dikatakan membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa seorang anggota polis meminta wang RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah. Pengadu dikatakan hadir ke IPD Seri Alam dan menyerahkan wang berjumlah RM35,000 kepada anggota polis berkenaan, namun mendakwa bahawa adiknya masih tidak dibebaskan hingga kini. Susulan itu, enam lelaki dan dua wanita yang juga pegawai serta anggota polis IPD Seri Alam ditahan kira-kira 2 pagi Selasa lalu untuk siasatan lanjut.
1707622086659.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register