BTC USD 50,650.0 Gold USD 1,781.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Dua kontraktor Lebuh Raya SUKE didenda RM300,000

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,110
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,110
Reaction score
437
Points
91
Dua kontraktor Lebuh Raya SUKE didenda RM300,000
FB_IMG_1633964681009.jpg

PETALING JAYA – Dua syarikat pembinaan yang telibat dengan projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dikenakan penalti berjumlah RM300,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak pembinaan yang mengakibatkan kemalangan maut pada 22 Mac lalu.

Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB) menerusi satu kenyataan berkata, denda berkenaan dikenakan melalui prosiding tindakan tatatertib kontraktor yang telah diadakan pada 20 September lalu.

“Prosiding tersebut yang memutuskan kontraktor utama untuk Pakej CA3, jajaran CH4200 hingga CH7800 Projek SUKE iaitu Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn. Bhd. dikenakan penalti sebanyak RM100,000.

“Subkontraktor untuk projek sama pula iaitu China Communications Construction Company (M) Sdn. Bhd. pula dikenakan penalti RM200,000,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu, kedua-dua kontraktor itu didapati bersalah di bawah Seksyen 34B(1)(b), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) yang memperuntukkan setiap kontraktor perlu memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan.

“Sekiranya kontraktor gagal memastikan keselamatan, CIDB boleh mengenakan penalti yang tidak melebihi RM500,000 ke atas kontraktor tersebut.

“Bagi menjamin keselamatan awam dan langkah-langkah kerja bagi projek SUKE, CIDB turut menyarankan agar kontraktor terbabit melakukan audit keselamatan oleh pihak ketiga terhadap keselamatan projek, cara kerja dan pengendalian serta pengurusan tapak bina,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, pada November tahun lalu, CIDB telah mengenakan penalti sebanyak RM180,000 kepada dua kontraktok yang terlibat dengan pembinaan pakej CA2, Suke berikutan kejadian bongkah konkrit terjatuh dari struktur pembinaan lebuh raya itu yang menimpa sebuah kenderaan pada 19 September 2020.

Terdahulu, Kosmo! pada 22 Mac lalu melaporkan tiga individu maut manakala seorang parah apabila sebuah kren gantri terjatuh di tapak projek pembinaan SUKE dan menghempap sebuah kereta di Persiaran Alam Damai, Cheras. – K! ONLINE

Gambar: Media sosial
 

CG Sponsors




Top
Log in Register