BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua kenderaan terbakar dipercayai perbuatan khianat

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,839
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,839
Reaction score
1,301
Points
201
6174493196193743837_121.jpg


Dua kenderaan terbakar dipercayai perbuatan khianat

Chukai: Dua kenderaan milik seorang peniaga yang diparkir di garaj kediamannya di Taman Jakar Jaya, dekat sini, terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat.

Peniaga terbabit, Lau Sin Tat, 62, menyedari kenderaan Toyota Alphard dan Ford Renger Reptor miliknya terbakar jam 3 pagi.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Rohaya Jamil berkata, pihaknya yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian.

"Kebakaran itu hanya membabitkan dua kenderaan dan anggota bomba berjaya memadam kebakaran itu kira-kira jam 3.30 pagi.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian terbabit masih dalam siasatan pihak bomba," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, anggota dari Unit Forensik PDRM telah melakukan siasatan.

" Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat unsur khianat dengan api yang menyebabkan kebakaran itu berlaku.

"Kita percaya perbuatan ini dilakukan lebih daripada seorang individu dan kita minta kerjasama daripada orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil memberi maklumat kepada pihak polis," katanya.

Hanyan berkata, selain itu Unit Forensik Bomba dengan bantuan dua anjing pengesan Unit K9 turut melakukan siasatan.

"Kita akan mengumpul segala bukti termasuk mencari bahan yang digunakan suspek," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut 436 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat dengan api atau benda letupan.


Kredit ➡️ Harian Metro
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register