BTC USD 35,973.0 Gold USD 1,813.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Dua kenderaan dipercayai tertimbus tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron

g-man

Super Active Member
gem
Messages
6,720
Joined
Jan 16, 2011
Messages
6,720
Reaction score
1,080
Points
151
Ha'a..diaorg patut lebihkn domestic affairs.. mcm bomba dan polis.. mcm tentera tu bkn xperlu..tp bergantung.. xkn nk beli kete kebal..bkn nk perang pun skrg ni..
Betul tu, bila bab bencana mmg keperluan tu tinggi
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
#BHwilayah Susulan insiden tanah runtuh di Seksyen 27 KM39 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands)
https://bit.ly/31sxa5d

Masih ada pergerakan tanah, laluan perlu ditutup


Disember 4, 2021 @ 1:28pm

1638597332840.png


JKR giat melakukan kerja pembersihan runtuhan tanah di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands). - FOTO BERNAMA

IPOH: Pergerakan tanah masih berlaku di Seksyen 27 Kilometer (KM) 39 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands), menyebabkan laluan berkenaan perlu ditutup.





Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata pergerakan tanah itu masih dikesan, setakat semalam, justeru tindakan susulan diambil Unit Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) pusat.

"Kita sudah menutup jalan itu walaupun laluan alternatif, iaitu Jalan Tapah-Ringlet baru dibuka semula selepas ditutup susulan tanah runtuh di situ sebelum ini.

"Diharapkan JKR sentiasa memantau pergerakan tanah di laluan itu memandangkan jabatan berkenaan mempunyai kelengkapan diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Sidang Dewan Belia Perak, di sini, hari ini.





Saarani sekali gus menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada ketika melalui kawasan cerun tanpa mengira kawasan tertentu.

Media sebelum ini melaporkan insiden tanah runtuh, kelmarin, mengorbankan dua mangsa membabitkan pemandu lori sayur dan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV).

Semalam, Timbalan Pengarah JKR Perak, Ir Hamdan Ali, dipetik sebagai berkata tempat kejadian itu tidak berada dalam kategori kawasan berisiko tanah runtuh, berbanding tiga lokasi lain di laluan sama iaitu antara Seksyen 38 hingga 46.

Hamdan berkata, kapasiti air yang tinggi diserap tanah susulan hujan berterusan sejak dua minggu lalu menyebabkan struktur tebing menjadi lemah dan runtuh.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
'Anak-anak masih kecil, jadi memang wajarlah saya cari kerja. Perancangannya nak kerja kilang sahaja' - Nor Shahida Saidin

Balu korban tanah runtuh mahu cari kerja sara keluarga

06 Disember 2021


1638797217107.png

Nor Shahida bersama Nurhannan Fitrysha, 3, dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan ketika ditemui di rumahnya di Parit Buntar pada Isnin.

PARIT BUNTAR - Isteri Allahyarham Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Cameron Highlands pada Khamis lalu berhasrat mencari pekerjaan bagi menampung sara hidup bersama dua anaknya yang masih kecil.


Nor Shahida Saidin, 31, berkata, sebelum ini dia tidak bekerja kerana mahu menumpu sepenuhnya menjaga dua anak mereka, Nurhannan Fitrysha, 3, dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan.

"Anak-anak masih kecil, jadi memang wajarlah saya cari kerja. Perancangannya nak kerja kilang sahaja.


"Sebelum ini arwah memang melarang saya bekerja, tetapi seminggu sebelum kejadian, arwah ada menunjukkan dompet dan buku akaun banknya yang kosong.

"Ketika itulah dia memberi kebenaran untuk saya bekerja, tapi hanya di kawasan tempat tinggal kami di sini sahaja untuk memudahkan saya menguruskan anak-anak," katanya ketika menerima kunjungan Skuad Perkeso Prihatin cawangan Taiping di rumahnya di Parit Mat Ali di sini pada Isnin.

Hadir sama ialah Pengurus Perkeso Cawangan Taiping, Tunku Shahrain Tunku Salehan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri.

Muhammad Hafiz Hamdi, 31, maut apabila lori sayur dipandunya terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Simpang Pulai Khamis lalu.



Dalam kunjungan itu, Perkeso menyampaikan bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 dan pencen penakat yang diterima setiap bulan berjumlah RM1,300.

Sementara itu, Nor Shahida berkata, dia bersyukur menerima bantuan daripada Perkeso.

"Insya-ALLAH duit ini akan digunakan sebaik mungkin untuk kami meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak," katanya yang turut berhajat melaksanakan badal haji buat arwah suaminya itu nanti.

Menurut Nor Shahida, dari hari pertama suaminya meninggal dunia sehinggalah kini, anak bongsu mereka kerap demam dan menangis.

"Mungkin teringatkan arwah ayahnya sebab dia paling rapat dengan arwah.

"Kakaknya pula (Nurhannan) selalu menyebut nama arwah setiap kali dengar bunyi motosikal, sebab dia sangka itu motosikal babahnya," katanya.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata, pihaknya melalui pusat khidmat akan membantu mencari pekerjaan sesuai dan hampir dengan kediaman buat Nor Shahida.

"Kita juga akan merujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memohon bantuan yang boleh disalurkan bagi membantu keluarga ini memandangkan anak-anaknya masih kecil," katanya.

Runtuhan tanah di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar jam 1.30 petang itu mengorbankan dua lelaki selepas kenderaan dinaiki tertimbus dalam runtuhan tanah.

Selain Muhammad Hafiz, seorang lagi mangsa merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.



1334637.jpg

Nor Shahida menerima replika cek sebagai bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM2,000 daripada Perkeso yang disampaikan Abdul Yunus.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Alhamdulillah. Banyak jgk rm1300 sebulan tu. Insyaallah cukup
 

afshaman

Active+ Member
Messages
3,402
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,402
Reaction score
423
Points
51
Alhamdulillah. Banyak jgk rm1300 sebulan tu. Insyaallah cukup
ya bang...tu pun dia nak jugak cari kerja untuk tambah lagi pendapatan...semoga dipermudahkan urusan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register