BTC USD 49,656.7 Gold USD 1,690.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua kanak-kanak hilang empat jam disembunyikan bunian?

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
ELAKA 20 Nov. - Kehilangan dua kanak-kanak perempuan selama hampir empat jam sebelum ditemui semula dalam keadaan terpinga-pinga tidak jauh dari rumah mereka menjadi misteri kepada penduduk di Taman Krubong Jaya, di sini.

Malah, ini bukan kali pertama berlaku kerana dua kanak-kanak itu, Noor Shaiera Aunie Zulkarnain, 8, dan Noor Alia Safilah, 6, pernah 'hilang' di tempat yang sama iaitu berhampiran taman permainan rumah mereka pada bulan Mei lalu.

Kejadian misteri yang terbaru itu berlaku pukul 7 petang semalam, ketika dua kanak-kanak tersebut bermain di taman permainan yang terletak kira-kira 50 meter dari sebuah pusat asuhan kanak-kanak, tempat ibu mereka bekerja.

Ibu mereka, Erny Yunista Hashim, 36, berkata, sebelum itu kedua-dua anaknya berada bersamanya di pusat asuhan kanak-kanak.

Kira-kira pukul 6.30 petang, katanya, dua anaknya itu pergi taman permainan dan pulang setengah jam kemudian untuk minum air sebelum ppergi semula ke taman permainan tersebut.

"Lima minit kemudian, saya pergi mencari mereka di kawasan taman permainan tersebut dan sekitarnya termasuk berhampiran beberapa batang pokok pisang di situ tetapi tidak menemui mereka.

"Saya kemudian pulang ke rumah kerana menyangka dua anak saya itu sudah pulang ke rumah kami yang terletak kira-kira 100 meter dari situ," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.

Namun, kata Erny Yunista, selepas mendapati dua anaknya itu tiada di rumah, dia meminta bantuan beberapa orang penduduk untuk mencari mereka di sekitar kawasan taman permainan sehingga ke kawasan sungai berhampiran, namun hampa.

Tambahnya, dua anaknya itu hanya ditemui kira-kira pukul 10.45 malam dalam keadaan terpinga-pinga di kawasan pokok pisang, hanya 50 meter dari rumah mereka sebaik sahaja seorang bilal membaca selawat dan melaungkan azan.

"Saya pelik, kerana sebelum itu saya dan penduduk sudah cari mereka di situ tetapi tidak jumpa," katanya.

Tambahnya, pada Mei lalu, dua beradik itu pernah hilang ketika bermain di taman permainan yang sama pada pukul 7.30 malam.

Sementara itu, Noor Shaiera berkata, dia dan adiknya didatangi dua lelaki berwajah hitam yang tidak memakai baju menaiki sebuah kenderaan hitam ketika dalam perjalanan pulang dari taman permainan itu kira-kira pukul 7 petang.

Ketika itu, katanya, dia nampak kedua-dua lelaki itu mengikut mereka dari arah belakang dalam keadaan marah.

Dakwanya, dua lelaki itu kemudian mendukung dia dan Noor Alia sebelum mencampakkan mereka di sebuah tempat yang kotor.

"Lelaki ini kemudian memukul saya dan adik di kedua-dua kaki dengan kayu sehingga menyebabkan saya pengsan.

"Sebelum pengsan, saya ada nampak ibu mencari-cari kami namun tidak mampu menjerit memanggil ibu," katanya.

Dakwanya, kedua-dua lelaki hitam itu hanya melarikan diri apabila melihat kedatangan bilal



 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
4jam takleh fitnah bunian la.

4 hari baru leh fitnah.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,390
Reaction score
1,559
Points
201
lor .. maghrib2 dak2 kecik duk uma je mengatai keluar main
 

Talib Ali

Active Member
Joined
Nov 22, 2008
Messages
1,304
Reaction score
114
Points
33
Sekarang nie banyak tul kes macam nie..kat kampung aku pun pernah ada kes macamm nie gak... hilang...2 hari..last last jumpa kat atas pokok kat kawasan kubur kampung aku...

Kes Siti Balqis ,,yang di kawal Jin apa perkembangan dia eh?
aku cari suratkhabr berita dia tak jumpa pun
 

moxmeng

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2010
Messages
2,976
Reaction score
8
Points
25
pringatan yg bkn kte je mnetp ats bumi ni
byk ag,rimau,gjah,brung n tmasukla bnde2 ni
so,ati2 la
 

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
duduk kt tempat bunian kot..
 

MA REBORN

Banned
Joined
Jul 9, 2010
Messages
2,034
Reaction score
95
Points
30
tu jin rasayer....lalalalal,,,,,,tumoang lalu
 

katsumoto

Active Member
Joined
Oct 21, 2006
Messages
1,783
Reaction score
38
Points
30
budak-budak nakal ni macam siti balkis jugak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register