BTC USD 100,814 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Ekor Lembu Golek Hidangan Istimewa "Iftar On The Road"

Md Hanif

Active+ Member
Messages
4,131
Joined
Jun 13, 2023
Messages
4,131
Reaction score
209
Points
38
2b409899a6f4fa076d2f6741f5a1a7d467d4eba0be208

b5393bc0f27616b94fb46e4ee585477167d4eb5e33c0d

Lembu golek menjadi menu istimewa berbuka puasa yang disajikan kepada kira-kira 1,000 pengunjung Karnival Mahabbah di Bertam Square, bersempena program 'Iftar on the road', semalam.

Lembu golek menjadi menu istimewa berbuka puasa yang disajikan kepada kira-kira 1,000 pengunjung Karnival Mahabbah di Bertam Square di sini, bersempena program ‘Iftar on the road’, semalam.

Sejak 6.30 petang lagi, orang ramai yang kebanyakannya hadir bersama keluarga dilihat telah mula beratur panjang bagi mendapatkan juadah yang difahamkan belum pernah ada di lokasi lain dan diberikan secara percuma bersama set nasi talam.

Penganjur program Zaini Aboo Hassan berkata dua ekor lembu ditumbangkan khusus bagi acara tersebut dengan tiap seekor haiwan itu dianggarkan seberat lebih 200 kilogram (kg).

“Setiap tahun kita cuba cari idea untuk berikan kelainan buat pengunjung, dan istimewa untuk ‘Iftar on the road’ kali ini, kita bawakan lembu yang digolek seekor-seekor.

“Jika tahun lepas kita kejutkan mereka dengan kurma kepala kambing, tetapi tahun ini kita sediakan menu lain daripada yang lain iaitu lembu golek. Biasanya kita selalu tengok kambing golek, uniknya di sini ada lembu golek,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.

Zaini berkata idea tersebut timbul bagi memberikan sesuatu yang akan dikenang dan diingati oleh pengunjung, dan di samping lembu pihaknya turut menyediakan lebih 200 talam set nasi bersama dalca dan air asam sebagai juadah berbuka puasa yang boleh dimakan tiga ke empat orang.

Beliau berkata hampir 24 jenis herba digunakan untuk perapan daging berkenaan, dan beliau turut mengaku bahawa pasukannya berdepan cabaran untuk menyediakan menu tersebut memandangkan saiz lembu yang besar dan berat.

Zaini berkata sambutan diterima amat menggalakkan berbanding tahun lepas dengan kira-kira 1,000 orang dapat duduk beramai-ramai menjamah juadah itu yang berkonsepkan jamuan di kawasan terbuka.

Sementara itu, seorang pengunjung Shahar Lutfi Azhar, 30-an dari Sungai Dua berkata selain membeli-belah kelengkapan Syawal, beliau memang datang bersama isteri dan sepupu ke karnival itu semata-mata mahu merasa lembu golek.

 
Back
Top
Log in Register