BTC USD 57,232.5 Gold USD 1,785.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua beranak mati, Krismas menyedihkan untuk S.Rajoo

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SEREMBAN- Hanya tinggal beberapa hari sahaja, S.Rajoo akan pulang untuk menyambut Krismas bersama keluarga tetapi ia berakhir hari ini apabila isteri dan anaknya yang baru berusia 7 tahun ditemui mati di bawah gambar Jesus di rumah mereka yang terletak di Jalan BSS 1/3B, Taman Seremban Selatan.

Pada hari Selasa lepas, S. Rajoo, 50, yang bekerja di Johor sebagai pemandu bas berasa tidak sedap hati kerana mengalami masalah sedu yang berpanjangan dari tengah hari sampailah ke pukul 3 pagi keesokkan harinya.

"Saya tidak dapat mimpi apa cuma rasa tidak sedap hati, hari-hari saya cuba menghubungi isteri selama 3 hari tetapi telefon tidak diangkat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk balik ke rumah hari ini tetapi pintu hadapan rumah 2 tingkat pasangan itu terkunci rapat dan dia kemudian menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu dapur.

"Bila masuk, saya nampak isteri dan anak saya mati," katanya sambil menunjukkan ke arah tempat mayat kedua-dua ahli keluarganya ditemui di kawasan ruang tamu rumah mereka.-Bernama
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Messages
35,221
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
kasihan rajoo
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register