my360cam
Active Member
- Messages
- 1,625
- Joined
- Oct 6, 2017
- Messages
- 1,625
- Reaction score
- 65
- Points
- 30
NEW DELHI - INDIA. Negeri Uttar Pradesh sekali lagi digemparkan dengan kes pembunuhan melibatkan mangsa bawah umur.
Menurut polis, kejadian yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu berlaku di daerah Etawah.
Mangsa merupakan dua beradik perempuan berusia 13 dan 17 tahun.
Punca kematian adalah ditembak dari jarak dekat.
Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa keluar rumah untuk pergi ke tandas pada lewat petang namun kelibat mereka tidak kelihatan selepas itu.
"Keluarga mangsa menyangka mereka pergi ke sebuah majlis perkahwinan di hujung kampung.
"Keesokan harinya, mayat mereka ditemui penduduk di sebuah ladang," kata polis.
Sementara itu, bapa mangsa yang enggan dikenali berkata dia terkejut apabila mendapat panggilan memaklumkan mengenai kematian anak-anaknya.
"Kami tidak mempunyai sebarang musuh...saya tidak faham kenapa anak perempuan saya dibunuh," katanya.
Pada masa sama, penduduk kampung mendesak polis segera menjalankan siasatan selain ingin mengetahui sama ada mangsa dirogol sebelum dibunuh.
Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Etawah, Sarita Bhadauriya memberi jaminan kepada keluarga mangsa bahawa kes berkenaan akan disiasat dengan adil, telus dan tulus.
"Ini hal yang sangat serius. Pelaku jenayah ini mesti dihukum," katanya.
Lewat malam semalam, seorang budak perempuan berusia lapan tahun dirogol dan dibunuh dalam kejadian di Etah, kira-kira 100 kilometer dari Etawah.
Ia merupakan kes berprofil tinggi yang menggemparkan seluruh negara. - Hindustan Times
