BTC USD 26,817.8 Gold USD 1,959.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua beradik maut, cubaan keluar ikut pintu jeriji gagal dalam kebakaran rumah teres di Gombak

belam

Super Active Member
gem
Messages
7,007
Joined
Jul 29, 2013
Messages
7,007
Reaction score
602
Points
111
bila rumah terbakar kita jadi panik..rumah lama aku pernah dapur terbakar.....aku cari air air la...cari tuala basah la...pdhal kat rumah ada pemadam api...tgh2 duk kelam kabut baru aku teringat ada pemadam api....alhamdulillah tak sempat merebak n masa tu aku ada kat rumah.

bila terjadi kecemasan otak jadi blur n blank sbb ko terkejut...budak2 lagi lah nak2 tgh mamai baru bgn tidur.pengajaran yg aku dpt...pemada api letaklah bg korg blh nampak hari2..sbb bila hari2 nampak otak ko akan save...klu terselindung sikit..ko takkan ingt bila jd kecemasan..percaya ckp aku..sama juga kunci grill..letak tmpt yg ko n anak2 selalu nampak...klu letak dlm laci dll..konferm takkan ingt klu terjadi kecemasan
 
Sponsored Post

tr4falgar

Legendary Member
gem
Messages
11,358
Top Poster #9
Joined
Oct 14, 2012
Messages
11,358
Reaction score
1,612
Points
206
bila rumah terbakar kita jadi panik..rumah lama aku pernah dapur terbakar.....aku cari air air la...cari tuala basah la...pdhal kat rumah ada pemadam api...tgh2 duk kelam kabut baru aku teringat ada pemadam api....alhamdulillah tak sempat merebak n masa tu aku ada kat rumah.

bila terjadi kecemasan otak jadi blur n blank sbb ko terkejut...budak2 lagi lah nak2 tgh mamai baru bgn tidur.pengajaran yg aku dpt...pemada api letaklah bg korg blh nampak hari2..sbb bila hari2 nampak otak ko akan save...klu terselindung sikit..ko takkan ingt bila jd kecemasan..percaya ckp aku..sama juga kunci grill..letak tmpt yg ko n anak2 selalu nampak...klu letak dlm laci dll..konferm takkan ingt klu terjadi kecemasan
sbb tu apa2 situasi kecemasan, kita tak bole panic, biar amik masa skit utk bertenang dan fikir jalan penyelesaian.. dari panik, satu haram tak jadi.. biasa yg panik lebih ni org pompuan, pastu mulut plak tak reti diam.. pastu kita pon jadi panik skali 😅😅
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,841
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,841
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

Pemasangan jeriji kekal tidak digalakkan - Bomba​

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
03 JAN 2023
A⁻A⁺

2044003.jpg


Bomba menunjukkan reka bentuk jeriji besi yang lebih selamat untuk diguna ketika berlaku kecemasan.


SHAH ALAM – Pemasangan jeriji kekal di kediaman adalah tidak digalakkan kerana merisikokan dan menghalang penghuni menyelamatkan diri ketika berlaku kecemasan.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, dari segi aspek keselamatan kebakaran, penggunaan jeriji yang selamat adalah jeriji yang boleh dibuka dari dalam.

“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ada menghasilkan reka bentuk jeriji yang boleh dibuka dari dalam jika berlakunya kecemasan seperti kebakaran.

“Jika ada pemilik kediaman yang ingin memasang jeriji, bolehlah merujuk kepada kami (bomba) untuk mendapatkan 'design' jeriji yang boleh dibuka dari dalam,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Norazam berkata, beberapa kes kematian yang berlaku berpunca daripada jeriji besi yang tidak boleh dibuka selain keperluan memotong jeriji adalah amat rumit bagi menyelamat mangsa terperangkap.

Katanya, bagi kediaman rumah, pihak bomba menyarankan pemasangan jeriji boleh buka dari dalam, sekurangnya untuk setiap satu bahagian di dalam rumah.

Tambah beliau, pemasangan jeriji dalam premis perlulah mempunyai kaedah buka yang mudah dari bahagian dalam ketika kecemasan. Jika terdapat keperluan kunci, perlu dipastikan ia mudah untuk dibuka termasuklah oleh kanak-kanak.

“Jeriji ini juga perlu dipasang di bahagian yang sesuai contohnya laluan selamat ke anjung bilik, koridor atau anjung kediaman jiran,” ujarnya.
Mengulas mengenai statistik jumlah kes di Selangor, Norazam berkata, pada tahun lalu, kes kebakaran bangunan kedai dan rumah merekodkan 782 kes dengan tujuh kematian.

Ujarnya, antara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah litar pintas akibat dari retakan penebat kabel, lebihan beban aliran kuasa, pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar selain pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.

“Statistik menunjukkan 75 peratus punca kebakaran adalah berpunca daripada elektrik. Oleh itu, penyelenggaraan atau pun pencegahan hendaklah dilaksanakan segera,” jelasnya.

Pada Isnin, dua beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang, Gombak.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, mangsa Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, ditemui rentung dalam kejadian itu.

Semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan mangsa dipercayai cuba keluar berdasarkan keadaan mayat, namun pintu jeriji dalam keadaan terkunci.

 

sranua

Fun Poster
Messages
951
Joined
Jul 25, 2012
Messages
951
Reaction score
361
Points
41
Smoke detector dua2 dah abis bateri ..kesian nau anak nak keluar tapi terhalang oleh jeriji pintu. Kadang orang malaysia ni pun suka nau makan lewat malam.....pukul 3 pagi...
Pejabat aku ada jugak panggil orang bagi ceramah tentang kebakaran ni. Lepas ceramah mmg berebut beli smoke detector dengan alat pemadam api.
Kalau hari biasa takde pulak teringat nak membeli.
 

a b c d e f

Super Active Member
gem
Messages
9,279
Joined
Oct 28, 2010
Messages
9,279
Reaction score
1,404
Points
151
mgkin sebb si mak nk mkn atau mengidam sesuatu sebb si mak tu tgh mengandung.
tp tu la..da ajal anak2..
sebb kalu mgkin ikut fikiran parents mangsa, mgkin depa rasa anak2 da tido, xnk kejut, x bahaya sgt.
da tido, mgkin xkn main api..

tu duk heran, mai mana api tu..kalu sebb litar pintsa, memang sgt2 kebetulan la..
Berat btol ujian ni....semoga mereka tabah.

Tak hairan ada mak bapak yang macam hilang arah hidup bertahun2 bila kene camni....
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,841
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,841
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

Dua beradik rentung: Punca kebakaran diketahui dalam 14 hari​

05 Januari 2023 05:20pm

2046635.jpg


Laporan Sinar Harian.


GOMBAK - Punca sebenar kebakaran di sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggu di sini, yang mengakibatkan dua beradik rentung akan diketahui dalam tempoh 14 hari.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, forensik bomba sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian termasuk uji kaji di makmal forensik.

"Kita akan membuat siasatan secara terperinci, hasilnya dijangka disiapkan dalam tempoh 14 hari bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya dihubungi pada Khamis.

Pada Isnin lalu, media melaporkan dua beradik, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 6, dan Nur Syaza Alfisya, 9, ditemukan rentung selepas rumah mereka terbakar jam 3.54 pagi.

Difahamkan, ketika kejadian pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci dengan ibu bapa mangsa dikatakan keluar rumah.

 
Sponsored Post

Top
Log in Register