BTC USD 26,828.8 Gold USD 1,960.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua beradik maut, cubaan keluar ikut pintu jeriji gagal dalam kebakaran rumah teres di Gombak

Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,530
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,530
Reaction score
22,504
Points
2,866
Awards
1
#BHnasional Kerajaan negeri akan teliti bantuan selanjutnya selepas dapat laporan pihak berkuasa
https://bit.ly/3WG2BQU

Keluarga mangsa kebakaran terima RM1,000​

Januari 2, 2023 @ 11:13pm

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, melawat keluarga yang terbabit dalam kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Gombak. - NSTP/NURUL HIDAYAH BAHAUDIN
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, melawat keluarga yang terbabit dalam kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Gombak. - NSTP/NURUL HIDAYAH BAHAUDIN

KUALA LUMPUR: Tiga keluarga mangsa kebakaran rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanggut yang turut meragut nyawa dua beradik awal pagi tadi, menerima sumbangan RM1,000 setiap keluarga.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata sejumlah RM500 disalurkan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak manakala RM500 adalah bantuan Pusat Khidmat Parlimen Gombak.

Katanya, sumbangan tambahan RM500 turut diberi bagi keluarga yang kehilangan ahli keluarga.

"Sumbangan ini adalah bantuan awal kepada keluarga yang terjejas dan kerajaan negeri melihat tindakan seterusnya selepas laporan bomba diterima," katanya yang ditemui selepas melawat mangsa kebakaran di Dewan Balai Bomba Sukarela Gombak di sini, malam ini.

Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama keluarga mangsa yang kini berlindung di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di situ.

Awal pagi tadi, dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan tiga rumah teres.

Mangsa dikenali sebagai Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 6.

Ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci berikutan ibu bapa mangsa dikatakan keluar makan.
Amirudin berkata, pihaknya akan meneliti untuk menyalurkan bantuan lain kepada mangsa kejadian.

"Saya difahamkan ketiga-tiga rumah berkenaan adalah rumah yang disewa mangsa. Jika tanah sendiri, kita boleh beri bantuan membina semula rumah.

"Disebabkan itu rumah sewa, kita akan lihat sudut lain seperti beri bantuan menyewa di tempat lain dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) jika ada keperluan," katanya.

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,530
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,530
Reaction score
22,504
Points
2,866
Awards
1

`Ibu bapa cuai boleh didakwa'​

Januari 2, 2023 @ 5:37pm

Keadaan rumah yang hangus terbakar menyebabkan dua beradik, Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10  dan adik lelakinya,  Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, rentung. - Foto NSTP/HAZREEN MOHAMAD
Keadaan rumah yang hangus terbakar menyebabkan dua beradik, Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10 dan adik lelakinya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, rentung. - Foto NSTP/HAZREEN MOHAMAD

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu mendapatkan laporan polis sebelum menentukan sama ada ibu bapa mangsa melakukan kecuaian hingga menyebabkan mangsa maut dalam kebakaran di rumah mereka.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh berhubung kebakaran itu untuk sama ada ibu bapa mangsa melakukan kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana cuai.

"Kita sedang menunggu laporan daripada polis sebelum kita dapat mengesahkan status ibu bapa berkenaan," katanya kepada BH.

Beliau ditanya mengenai kejadian kebakaran yang mengorbankan nyawa dua beradik, Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10 dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, di rumah mereka di Kampung Simpang Tiga, awal pagi tadi, termasuk sama ada ibu bapa mangsa boleh didakwa akibat kecuaian.

Dalam kebakaran kira-kira jam 3.30 pagi tadi, mayat dua beradik itu ditemukan rentung dalam bilik utama kediaman berkenaan.

Menurut ahli keluarga, ibu bapa mangsa dilaporkan tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar makan.

Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) menggariskan mengenai penganiayaan, pengabaian, pembuangan dan pendedahan kanak-kanak.

Seksyen 31(1)(a) menyatakan adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Mengenai langkah yang boleh diambil untuk memastikan kejadian sama tidak berulang, Nancy berkata, undang-undang sedia ada perlu diperketat, termasuk yang bukan di bawah bidang kuasa KPWKM.

Katanya, kementerian itu terbuka untuk bekerjasama dengan kementerian lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Selain itu, KPWKM akan berusaha untuk menggalakkan pemerkasan komuniti supaya jiran tetangga dan sukarelawan mengambil tindakan yang dapat mengelakkan perkara seperti ini berlaku," katanya.
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,530
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,530
Reaction score
22,504
Points
2,866
Awards
1

'Memang kunci jam untuk bangun jam 3 pagi'​

Januari 2, 2023 @ 3:09pm

Jiran mangsa rentung, Muhammad Irwan Kadis memeriksa keadaan rumahnya yang turut terbabit kebakaran yang mengakibatkan dua kanak-kanak di maut Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut, di sini, terbakar, awal pagi tadi. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad

GOMBAK: Penyewa di sebelah rumah yang terbakar di Jalan Dewan, Simpang Tiga Kampung Tanggut awal pagi tadi, sempat mengambil dokumen penting sebelum keluar menyelamatkan diri.

Muhammad Irwan Kadis, 39 yang bekerja sebagai pemandu lori di Pasar Borong Selayang, berkata dia sedang tidur ketika kebakaran yang mengorbankan dua beradik, Nur Syaza Alfisya Faizan, 9 dan adiknya, Muhammad Al Qayyum, 6 kira-kira jam 3.45 pagi tadi.

"Saya seorang diri di rumah kerana isteri serta dua anak, pulang ke kampung di Pahang dan mereka hanya akan pulang pada hari ini.

"Selepas dikejutkan jiran, saya masuk ke bilik ambil dokumen dan ketika itu siling rumah saya jatuh. Saya tidak sempat membawa keluar barangan lain sebab takut api merebak," katanya.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan, dia mengunci jam untuk bangun untuk bersiap keluar kerja antara 3 dan 4 pagi. Bila dikejutkan dengan kebakaran itu, penduduk cuba memadamkan kebakaran dengan menjirus air daripada paip di depan rumah.

"Kami juga menggunakan waterjet dan pasukan bomba di jalan hadapan bantu memadamkan kebakaran. Ketika itu rumah yang mula-mula terbakar sudah hangus sepenuhnya dan kemudian api menyambar bahagian dalaman rumah saya di tengah dan rumah paling hujung," katanya.

Dalam kebakaran awal pagi tadi, Nur Syaza Alfisya dan adik lelakinya, Muhammad Al Qayyum ditemukan rentung.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis, berkata ketika kejadian pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci dengan ibu bapa mangsa keluar rumah.

Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.54 pagi tadi.

"Seramai 17 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat sebuah rumah teres terbakar 70 peratus dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,987
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
30,987
Reaction score
5,628
Points
486
Awards
1
#BHnasional Kerajaan negeri akan teliti bantuan selanjutnya selepas dapat laporan pihak berkuasa
https://bit.ly/3WG2BQU

Keluarga mangsa kebakaran terima RM1,000​

Januari 2, 2023 @ 11:13pm

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, melawat keluarga yang terbabit dalam kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Gombak. - NSTP/NURUL HIDAYAH BAHAUDIN
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, melawat keluarga yang terbabit dalam kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Gombak. - NSTP/NURUL HIDAYAH BAHAUDIN

KUALA LUMPUR: Tiga keluarga mangsa kebakaran rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanggut yang turut meragut nyawa dua beradik awal pagi tadi, menerima sumbangan RM1,000 setiap keluarga.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata sejumlah RM500 disalurkan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak manakala RM500 adalah bantuan Pusat Khidmat Parlimen Gombak.

Katanya, sumbangan tambahan RM500 turut diberi bagi keluarga yang kehilangan ahli keluarga.

"Sumbangan ini adalah bantuan awal kepada keluarga yang terjejas dan kerajaan negeri melihat tindakan seterusnya selepas laporan bomba diterima," katanya yang ditemui selepas melawat mangsa kebakaran di Dewan Balai Bomba Sukarela Gombak di sini, malam ini.

Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama keluarga mangsa yang kini berlindung di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di situ.

Awal pagi tadi, dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan tiga rumah teres.

Mangsa dikenali sebagai Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 6.

Ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci berikutan ibu bapa mangsa dikatakan keluar makan.
Amirudin berkata, pihaknya akan meneliti untuk menyalurkan bantuan lain kepada mangsa kejadian.

"Saya difahamkan ketiga-tiga rumah berkenaan adalah rumah yang disewa mangsa. Jika tanah sendiri, kita boleh beri bantuan membina semula rumah.

"Disebabkan itu rumah sewa, kita akan lihat sudut lain seperti beri bantuan menyewa di tempat lain dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) jika ada keperluan," katanya.

Tahan runtuh
Khemah tertanam, ambik rm10k sorg

Rumah terbakar, 2 mati, xpe ambik je sorg rm500
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,530
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,530
Reaction score
22,504
Points
2,866
Awards
1
Tahan runtuh
Khemah tertanam, ambik rm10k sorg

Rumah terbakar, 2 mati, xpe ambik je sorg rm500
tn akecema, MB kata rm500 ni bantuan awal
bantuan lain seperti bantuan bina semula rumah, atau bantuan sewa rumah lain akan menyusul
 
copy left

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,816
Joined
Jun 25, 2008
Messages
27,816
Reaction score
799
Points
171
Tu la bang
Tak kunci gril kan rumah kena pecah masuk pencuri
Bila kunci ada kebakaran tak boleh keluar pulak
Takziah buat ibu bapa budak-budak tu
kena beringat la lepas ni kalau nk tinggalkan anak jgn la kunci gril, kunci pintu je dah cukup,
aku selalunye tinggal anak mmg xkunci gril, depan pintu dlm rumah aku sediakan cctv utk pengawasan
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,841
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,841
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2
kena beringat la lepas ni kalau nk tinggalkan anak jgn la kunci gril, kunci pintu je dah cukup,
aku selalunye tinggal anak mmg xkunci gril, depan pintu dlm rumah aku sediakan cctv utk pengawasan

Terbaik lah ni tuan
Siap ada CCTV lagi
Boleh tengok dekat handphone kan
 
akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,987
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
30,987
Reaction score
5,628
Points
486
Awards
1
kena beringat la lepas ni kalau nk tinggalkan anak jgn la kunci gril, kunci pintu je dah cukup,
aku selalunye tinggal anak mmg xkunci gril, depan pintu dlm rumah aku sediakan cctv utk pengawasan
grill tu xde kunci ke?
mcm aku, ade la ajar anak bukak grill
kunci letak kat meja je
 
Sponsored Post

Top
Log in Register