BTC USD 17,227.6 Gold USD 1,789.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Beradik Mati Terkena Renjatan Elektrik Depan Adik Bongsu

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
01.10.2022 - Sepang, DUA beradik lelaki berusia sembilan dan 10 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mandi dalam besen di pekarangan rumah mereka di Kampung Teras Jernang, dekat Sepang, Selangor. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian itu berlaku pada Jumaat (30 September).

“Mangsa merupakan anak kedua dan ketiga daripada empat beradik," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Wan Kamarul Azran berkata, bapa mangsa sempat melihat dua anak lelakinya sedang mandi di dalam besen sebelum keluar ke kedai berhampiran.

"Bagaimanapun, apabila pulang, dia mendapati kedua-dua anak lelakinya tidak bernafas," katanya.

Beliau berkata, lelaki itu menyedari anak-anaknya terkena renjatan elektrik di mana arus elektrik itu dipercayai mengalir daripada sebatang besi penyangkut baju.

“Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan punca elektrik daripada geseran antara wayar di tepi rumah dengan zink bumbung yang menyebabkan bekalan elektrik mengalir ke ampaian kain. Kedua-dua mangsa terkena renjatan elektrik akibat penyangkut kain yang berada di kawasan mandian,” katanya.

TNB mengesahkan punca elektrik daripada geseran antara wayar di tepi rumah dengan zink bumbung yang menyebabkan bekalan elektrik mengalir ke ampaian kain. Wan Kamarul Azrul berkata, terdapat besi-besi terpakai yang tidak tersusun di sekeliling rumah memandangkan bapa mangsa pernah memiliki bengkel kereta sebelum ditutup.

“Dia terpaksa membawa semua barang di bengkel itu pulang ke rumah. Lelaki itu dan isterinya bekerja sebagai peniaga kedai makan di Teras Jernang," katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kita menasihatkan semua ibu bapa supaya berhati-hati dan tidak membiarkan wayar atau peralatan elektrik terdedah berselerakan tanpa pengawasan,” katanya.

Dalam pada itu, memetik laporan Sinar Harian, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, Norazlin Syahidah Ali berkata, tragedi menimpa dua beradik itu disaksikan oleh adik bongsu mangsa.

"Ada wayar elektrik pada tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) terputus dan terjatuh atas bumbung rumah. Ketika mereka bermain di luar rumah, mangsa (berumur 11 tahun) terpegang besi ampaian baju dalam keadaan basah dan terkena renjatan elektrik.

Polis mendapati terdapat besi-besi terpakai yang tidak tersusun di sekeliling rumah mangsa. Norazlin Syahidah memaklumkan kedua-dua mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras Jernang. Pihak sekolah sedang melaksanakan kutipan derma kilat untuk membantu keluarga tersebut yang dikatakan asnaf tanpa pendapatan tetap.

"Kutipan ini dilakukan bagi meringankan beban keluarga mangsa. Ibu bapa mangsa hanya bekerja sendiri, kutip botol, tin, tangkap ikan di sungai untuk dijual," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga mangsa boleh berbuat demikian sehingga 5 Oktober dengan menghubungi Norazlin Syahidah di talian 016-746818.​

1664621118366.png

1664621128354.png
 
Sponsored Post

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,844
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
27,844
Reaction score
5,829
Points
481
Awards
1
Boleh ka saman tnb kes mcm nie?
 

Quecha

Active Member
Messages
1,207
Top Poster #7
Joined
Nov 8, 2017
Messages
1,207
Reaction score
629
Points
71
Kena cr lawyer probono nie
Lawyer berbayar berebut kes macam ni. Maklumlah saman company besar. memang bakal dapat byk dan bayaran pulak konpem tnb akan bayar ikut arahan hakim jika menang.
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,997
Joined
Apr 18, 2010
Messages
40,997
Reaction score
3,477
Points
266
Awards
1
Tak faham yang last tu.
Ibu bapa mangsa berniaga kedai makan ke kutip barang lusuh?
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,844
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
27,844
Reaction score
5,829
Points
481
Awards
1
Lawyer berbayar berebut kes macam ni. Maklumlah saman company besar. memang bakal dapat byk dan bayaran pulak konpem tnb akan bayar ikut arahan hakim jika menang.
Harap dpt lawyer yg power la skg fee lawyer mcm nie 30% klau xsalah
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,844
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
27,844
Reaction score
5,829
Points
481
Awards
1
Tak faham yang last tu.
Ibu bapa mangsa berniaga kedai makan ke kutip barang lusuh?
Dl Pak dia mekanik pernah buka bengkel...pastu tutup bengkel barang bwk blk pi rumah tu besi bnyk...ikut Berita tu la
 
Sponsored Post

Top
Log in Register