Dua Beradik Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) -- Sepasang adik beradik dipercayai lemas ketika sedang mandi bersama dua lagi rakan mereka di Pantai Teluk Lipat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Ahmad Amirul Hafiz Jaafar dan adiknya Ahmad Amirul Haikal, masing-masing berumur sembilan tahun dilaporkan hilang di laut akibat dihanyut ombak besar.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor berkata, mangsa yang tinggal di Jalan Pantai Sura, Jeti Dungun sebelum itu datang bermain dan mandi di kawasan pantai itu bersama dua lagi rakan mereka Sharifah Amira Adila Syed Mohd Azmi, 10 dan Syed Izat Hakimi Syed Mohd Azmi, 9 kira-kira 4.30 petang.

"Kesemua mereka yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Sura Dungun sebelum itu dipercayai bermain di gigi air sebelum dua daripada mereka dihanyutkan ombak besar," katanya ketika dihubungi di sini pada hari Ahad.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu usaha mencari kedua-dua mangsa telah dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah dengan dibantu orang kampung.

Namun, kerja-kerja mencari hanya dilakukan menerusi darat ekoran keadaan ombak besar, menyebabkan alat menyelamat seperti jet ski tidak dapat digunakan.
 
Sponsored Post

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,760
Reaction score
71
Points
70
takziah....Al-fatihah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register