hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 21,211
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 21,211
- Reaction score
- 1,501
- Points
- 201
Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya. - Foto BH_
HULU SELANGOR: Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut.
Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.
"Seorang sudah jumpa (anak sulung berusia 17 tahun) dan seorang lagi (usia 16 tahun) belum (dijumpai).
"Lain-lain masih dalam siasatan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki dilaporkan hilang pada pagi 1 Januari lalu, selepas pulang dari solat subuh di surau.
Pada malam 11 Januari lalu, seorang daripadanya ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Ibu mangsa yang berusia 39 tahun berkata anaknya yang mesra dengan panggilan Along, mendakwa beliau dan adiknya, dilarikan oleh individu yang tidak dikenali dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling.
#beritaharian
HULU SELANGOR: Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut.
Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.
"Seorang sudah jumpa (anak sulung berusia 17 tahun) dan seorang lagi (usia 16 tahun) belum (dijumpai).
"Lain-lain masih dalam siasatan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki dilaporkan hilang pada pagi 1 Januari lalu, selepas pulang dari solat subuh di surau.
Pada malam 11 Januari lalu, seorang daripadanya ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Ibu mangsa yang berusia 39 tahun berkata anaknya yang mesra dengan panggilan Along, mendakwa beliau dan adiknya, dilarikan oleh individu yang tidak dikenali dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling.
#beritaharian
![]()
Tukang urut didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja hilang
Dua beradik hilang: Suspek kurung, cabul, liwat remaja lelaki ditahan
KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes dua beradik dikurung yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman mereka di Taman Bernam Jaya, Selangor, sejak 1 Januari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, laporan diterima pihaknya daripada seorang remaja berusia 16 tahun pada jam 2.48 pagi, 12 Januari lalu.
Katanya, remaja itu memaklumkan perbuatan cabul dan diliwat oleh seorang individu di sebuah hotel di Jalan Sultan dekat sini.
"Bertindak atas maklumat, risikan pihak polis telah berjaya menahan individu berusia 42 tahun itu yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut di hadapan sebuah hotel di lokasi kejadian.
"Suspek telah direman tujuh hari sehingga 19 Januari untuk siasatan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan serta Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Allaudeen menegaskan, dalam siasatan kes ini, pihak polis mendapati remaja lelaki tersebut bukan diculik sebagaimana dilaporkan.
Sebaliknya, jelas beliau, remaja itu telah keluar dari rumahnya di Hulu Bernam, Selangor dan terdapat siasatan berkenaan kes ini.
"Siasatan kes ini masih berjalan dan pihak polis menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat berhubung kejadian ini di talian Hotline Polis Kuala Lumpur 03- 21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang pada 1 Januari lalu mendakwa dikurung dalam sebuah motel di Jalan Petaling, Kuala Lumpur oleh individu tidak dikenali.
Malah, remaja berusia 16 tahun yang berjaya melarikan diri itu mendakwa selama dikurung bersama adiknya selain diperlakukan tidak baik sebelum dipisahkan pada 9 Januari lalu.
Difahamkan, usaha mengesan adik mangsa berusia 15 tahun itu masih dijalankan pihak polis.
Kes remaja hilang: Mangsa tidak diliwat, tidak dicederakan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid. - Foto NSTP![]()
KUALA LUMPUR: Pemeriksaan pihak hospital ke atas seorang daripada dua beradik yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman mereka di Taman Bernam Jaya, Hulu Selangor, di sini, sejak 1 Januari lalu mendapati tidak diliwat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata pemeriksaan juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada mangsa.
"Hasil siasatan dilakukan mendapati mangsa tinggal bersama suspek iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun selama 10 hari di sebuah hotel di Jalan Sultan.
"Soal siasat dilakukan juga mendapati suspek melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan mencabul remaja itu. Pemeriksaan pihak hospital mengesahkan tiada kecederaan fizikal dan tiada kejadian liwat berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kertas siasatan kes itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek akan didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki direman tujuh hari selepas dipercayai terbabit dalam kes dua beradik yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman mereka di Taman Bernam Jaya, Hulu Selangor, sejak 1 Januari lalu.
Allaudeen dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pada jam 2.48 pagi, 12 Januari lalu yang mendakwa dicabul dan diliwat seorang lelaki di sebuah hotel di Jalan Sultan.
Bertindak atas maklumat itu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di hadapan sebuah hotel di lokasi kejadian.
Allaudeen turut memaklumkan, siasatan dilakukan polis mendapati remaja lelaki terbabit bukan diculik sepertimana dilaporkan.
Sebaliknya, beliau berkata, remaja itu keluar dari rumahnya di Hulu Bernam, Selangor dan terdapat siasatan berkenaan kes itu dilakukan.
Terdahulu, media melaporkan dua beradik lelaki dilaporkan hilang pada 1 Januari lalu dan mendakwa dikurung dalam sebuah motel di Jalan Petaling oleh individu tidak dikenali.
Malah, remaja itu mendakwa selama dikurung bersama adiknya mereka diperlakukan tidak baik sebelum dipisahkan pada 9 Januari lalu.
Bagaimanapun, remaja itu berjaya melarikan diri sebelum ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni, pada 11 Januari lalu.
Kuala Lumpur: Tukang urut lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki yang hilang di Hulu Bernam, Selangor, awal bulan lalu.
Tertuduh, Hamid Khan Samoon, 43, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap lelaki berusia 16 tahun di bilik hotel di Jala Sultan, di sini, pada 8 malam, 1 Januari hingga 10 Januari lalu.
Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan serta melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan kerana perlu menanggung kakak yang sudah tiada suami.
"Saya menanggung kakak saya, anak dia (kakak) sudah meninggal dunia, kakak saya mengharapkan saya sangat-sangat," katanya.
Mendengar hujah kedua-dua pihak, Mohd Kafli membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang lelaki direman selama tujuh hari selepas dipercayai terbabit dalam kes dua beradik yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman mereka di Hulu Selangor, sejak 1 Januari lalu.