BTC USD 28,606.1 Gold USD 1,969.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Bengkel, Tujuh Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran Di Malim

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,829
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,829
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2
MELAKA, 23 Okt - Dua buah bengkel dan tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Suria 4, Taman Malim Jaya, Malim di sini Rabu malam.

Kebakaran pada pukul 11.45 malam itu melibatkan bengkel servis kenderaan dan mengecat kenderaan memusnahkan lima kereta, sebuah lori pikap dan sebuah motosikal.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Ab Razid Karim berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.50 malam dan tiba lapan minit kemudian bersama 20 anggota dengan tiga jentera dan satu unit Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan dari Balai Bomba Jalan Kubu dan Ayer Keroh.

"Api dapat dikawal pada 12.13 tengah malam sebelum padam sepenuhnya 27 minit kemudian. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini Khamis.

Sementara itu, pemiliki bengkel servis kenderaan terbabit Foo Chin Fat berkata dia dimaklumkan tentang kebakaran tersebut oleh jiran hadapan bengkelnya melalui telefon kira-kira 12 tengah malam sebelum tiba di premis berkenaan 20 minit kemudian.

"Apabila sampai saya lihat bengkel telah terbakar dan banyak peralatan servis kereta serta wang tunai RM4,000 musnah dalam kebakaran itu," katanya, dan menambah, dua daripada tiga kenderaan yang musnah dalam kebakaran itu milik pelanggannya.
 
Top
Log in Register