BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Anggota Polis Di Syaki Berkhalwat Di Tukar Serta-Merta

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,202
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,202
Reaction score
7,155
Points
916
Awards
1
13.03.2024 - Dua anggota polis masing-masing berpangkat Koperal dan Sarjan Mejar yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, tindakan terhadap pasangan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya itu diambil selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

"Selain arahan pertukaran, tindakan tatatertib juga diambil terhadap dua anggota terbabit oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang bersama seorang lelaki yang juga rakan sekerjanya ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas disyaki berkhalwat di dalam bilik sebuah hotel. Serbuan dilakukan pada jam 1.30 pagi selepas pihak JHEAIPP menerima aduan daripada suami wanita terbabit. Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Alamin Majok berkata, hasil serbuan membawa kepada tangkapan seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berumur 37 tahun. Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana berkhalwat.
1710326840727.png
 
Sponsored Post

Rupanya Dua Anggota Polis Yang Di Tangkap Khalwat Lepas Suami Wanita Buat ‘Report’

Semalam dilaporkan seorang wanita yang merupakan penjawat awam telah ditangkap khalwat dengan rakan sekerjanya oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) ketika berada di sebuah hotel terletak Tanjung Tokong, Georgetown Pulau Pinang. Rupa-rupanya mereka berdua anggota polis. Menurut laporan MyNewsHub, dua anggota polis yang masing-masing berpangkat sarjan mejar dan koperal berusia 37 tahun itu ditukarkan jabatan serta merta. Bukan tu jer, mereka berdua juga dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. Dua anggota itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad. Sebelum ini, si suami kepada wanita ditangkap itu yang membuat laporan kepada pejabat agama dan berada di lokasi serbuan. Pasangan yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat.
1710327036474.png

Sumber asal OhMedia / MyNewsHub
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register