Dua anggota JPJ cedera, kenderaan dibaling objek besi

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,826
Reaction score
134
Points
33
KENDERAAN JPJ yang rosak di cermin hadapan. FOTO Ihsan JPJ.


Pendang: Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah cedera di muka selepas terkena serpihan cermin hadapan kenderaan mereka yang pecah akibat dibaling objek besi dipercayai 'bearing', hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Kampung Cina menghala ke pejabat JPJ di sini.

Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Sharif ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kedua-dua anggota berusia 30-an itu mengalami cedera ringan.

Katanya, kejadian berlaku pada 12.45 tengah hari ketika mereka mengiringi tiga lori yang dikenakan tindakan kerana membawa muatan berlebihan.

"Bagaimanapun, kenderaan dinaiki anggota dipercayai dibaling objek besi seperti 'bearing' dan anggota ternampak dua individu tidak dikenali yang menunggang motosikal, disyaki melakukannya," katanya, hari ini.

Ismasuhaimi berkata, anggotanya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pendang dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis.

"Kenderaan rosak pada cermin hadapan dan cermin sisi," katanya.


== hmetro
 
Sponsored Post

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,448
Reaction score
517
Points
71
jpj ni klau sedang meronda, kat belakang confirm dalam 2-3 biji kereta 4wd follow blakang.
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,409
Reaction score
864
Points
171
RM150 ja dashcam..buh 4 penjuru baru RM600..haishhh
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,083
Reaction score
112
Points
43
tonto le tu, deme marah tahan lori gamaknya..
 

WalKing

Fun Poster
Joined
Jun 17, 2014
Messages
357
Reaction score
45
Points
30
jpj ni klau sedang meronda, kat belakang confirm dalam 2-3 biji kereta 4wd follow blakang.
Tula sampai bila la nk setel penguatkuasaan kalau asyik kena polo saja
 

Ahmad Pintu8_8

Active Member
Joined
Mar 26, 2012
Messages
1,824
Reaction score
139
Points
43
saya pernah tengok depan mata, peronda JPJ kejar Lori, Tonto cucuk belakang kejar JPJ..

dah la tengah jem, selamba je cucuk, himpit kereta orang lain dan potong Q barisan..

terpikir jugak, bukan kalau menghalang penjawat awam menjalankan tugas bukan satu kesalahan ke..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register