BTC USD 66,937.4 Gold USD 2,663.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua anggota bomba sesak nafas padam kebakaran madrasah pusat tahfiz

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,931
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,931
Reaction score
6,490
Points
881
Awards
1
Dua anggota bomba sesak nafas padam kebakaran madrasah pusat tahfiz

Reza A Hamid10 July 2023

Dua anggota bomba terpaksa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka selepas mengalami sesak nafas ketika memadam kebakaran sebuah madrasah pusat tahfiz di Tabong Naning, tengah hari tadi.

ALOR GAJAH – Dua anggota bomba terpaksa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah selepas mengalami sesak nafas ketika memadam kebakaran sebuah madrasah pusat tahfiz di Tabong Naning di sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Zamri Omar berkata, kedua-dua anggota itu bagaimanapun stabil selepas menerima rawatan.

“Kedua-dua anggota itu mengalami sesak nafas ketika operasi pemadaman namun keadaan mereka stabil tanpa kecederaan selepas dihantar ke Hospital Alor Gajah.

“Selain itu, semua 10 pelajar lelaki madrasah tahfiz ini berusia 9 hingga 21 tahun juga selamat,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

d140a6f5-60bf-49a7-922a-977430eed50c-e1688983011770
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Zamri Omar
Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 18 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) didapati sebuah madrasah lelaki yang menempatkan 10 pelajar hangus dijilat api dengan kerosakan kira-kira 45 peratus bahagian bangunan.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, kesemua pelajar sedang berehat di asrama masing-masing manakala kebakaran dipercayai berpunca dari ruangan kelas yang terletak di bahagian hadapan bangunan,” katanya.

Tambah Mohd Zamr, struktur bangunan yang bercampur dengan kayu menyebabkan api merebak dengan cepat dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette
 
Back
Top
Log in Register