Dua (2) Lelaki Di Penjara, Denda Halang PKP

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,316
Reaction score
3,057
Points
236
27.03.2020 - Sungai Siput, Dua lelaki dihukum penjara 14 hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Sungai Siput (U), hari ini selepas kedua-duanya didapati bersalah menghalang penjawat awam menjalankan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak COVID-19.

Kedua-dua tertuduh, iaitu Muhamad Saiful Izhar Roslan, 25, dan Chan Chee Heng, 36, mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Mereka masing-masing dituduh cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dan enggan menunjukkan pengenalan diri sewaktu diminta anggota polis bertugas sepanjang penguatkuasaan PKP.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Saiful Izhar, pekerja di sebuah kilang didakwa cuba melarikan diri dengan memecut laju motosikal ditunggangi daripada sekatan jalan raya berhampiran Kem Balak Jaya Setia, di sini jam 5.15 petang semalam sejurus diarahkan memberhentikan untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun motosikal ditunggangnya terbabas ke kawasan semak berhampiran, sebelum ditahan.

Sementara bagi Chee Heng, pengusaha salon rambut didakwa kerana memarahi dan dengan sengaja tidak mengendahkan arahan anggota polis yang menyuruhnya pulang ke rumah selain enggan menunjukkan pengenalan diri sewaktu diminta.

Chee Heng didapati berada di hadapan dewan Persatuan Penduduk-penduduk Sungai Buloh, di sini, kira-kira jam 9.15 malam, malam tadi dengan kehadiran seorang kenalannya yang mematuhi arahan polis.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwei di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob yang dibacakan dalam bahasa Melayu terhadap kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mengikut peruntukan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Muhamad Saiful Izhar memohon agar hukuman terhadapnya diringankan atas alasan menyesali kesalahan dilakukannya, manakala Chee Heng turut memohon hukuman diringankan kerana masih menjaga ibunya yang sudah tua dan memerlukan wang bagi menjalani rawatan dialisis.

Norhabsarina kemudiannya menetapkan hukuman kepada kedua-dua tertuduh iaitu penjara 14 hari bermula dari tarikh tangkapan dan denda RM5,000 atau penjara 10 bulan jika gagal membayar denda terbabit.

[


Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/669781/dua-lelaki-dipenjara-denda-halang-pkp
 
Sponsored Post

iced_coolz

Fun Poster
Joined
May 18, 2013
Messages
934
Reaction score
175
Points
23
Jgn pula dikatakan nanti ada penyakit mental, kad oku ada, baru nk order.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register