Dua (2) Cedera Bergaduh Kerana Pakej Island Hopping

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,462
Reaction score
2,015
Points
176
12.09.2019 - Langkawi, Gara-gara bergaduh mengenai tempahan pakej aktiviti lawatan dari pulau ke pulau atau island hopping, dua lelaki cedera dalam pergaduhan membabitkan 30 individu di Jeti Teluk Baru, Mukim Padang Matsirat di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, dua lelaki iaitu pelancong tempatan dan seorang pemandu bot sebuah syarikat pelancongan cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha di sini.

Individu lain yang terlibat sama disyaki terdiri daripada ahli keluarga pelancong tersebut dan kakitangan syarikat pelancongan di jeti berkenaan tidak cedera.

Video pergaduhan berdurasi kira-kira enam minit tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pergaduhan dikatakan tercetus selepas pelancong lelaki berusia 24 tahun dimarahi seorang pekerja kaunter kerana tidak mengambil pakej island hopping dengan sebuah syarikat di situ.

"Seorang pekerja kaunter wanita marah dengan tindakan lelaki terbabit yang tidak mahu mengambil pakej ditawarkan kerana harga lebih tinggi daripada syarikat lain selain bot disediakan tidak mencukupi.

"Perselisihan faham seterusnya mencetuskan insiden tumbuk-menumbuk antara pelanggan dengan pekerja syarikat pelancongan di jeti tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, kejadian itu mengakibatkan pelanggan berkenaan dan seorang pemandu bot berusia 24 tahun cedera ringan.

"Pelanggan mengalami kecederaan lebam pada hidung manakala pemandu bot bengkak dan luka pada dahi," ujarnya.

Menurut Mohd. Iqbal, keadaan menjadi tegang apabila ada yang mahu menggunakan kayu dalam pergaduhan tersebut.

"Bagaimanapun, tiada senjata berbahaya digunakan dalam kejadian itu," katanya.

Susulan itu, kata beliau, pihaknya menahan lima suspek termasuk seorang wanita berusia antara 24 hingga 50 tahun yang disyaki terlibat dalam pergaduhan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan," tambahnya.


Berita asal https://www.kosmo.com.my/negara/dua-cedera-bergaduh-kerana-pakej-em-island-hopping-em-1.969455
 
Sponsored Post

BRAVOZULU

Active Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
1,514
Reaction score
139
Points
33
customer always right, syarikat yg tidak cakna dgn kehendak pelanggan memang susah laaa.
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,462
Reaction score
2,015
Points
176
customer xnak xpayah paksa, ni macam Petaling Street dulu sampai bertumbuk paksa suruh beli barang :D
 

akundaktau

Legendary Member
Joined
Mar 6, 2013
Messages
10,736
Reaction score
179
Points
128
Aduh...memalukan la.... Harap pekerja kaunter (syarikat) bukan melayu... Kalau tidak... Akan jadi counter pula untuk #bmf nanti...
 

redcloud

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,283
Reaction score
112
Points
33
kalau orang taknak takyah paksa..
mengong da
 

bell&ross

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
3,799
Reaction score
139
Points
33
Aduh...memalukan la.... Harap pekerja kaunter (syarikat) bukan melayu... Kalau tidak... Akan jadi counter pula untuk #bmf nanti...
Teknik org melayu berniaga mmng mcm ni..suka paksa org...

Teringat dulu masa ke tioman melalui jeti mersing...driver bus & sykt boat buat kerjasama politik..pagi2 buta dlm pkl 5.00- 5.30am sampai kat jeti mersing..driver bas stop kat kaunter sykt boat suruh beli tiket kat situ juga..tak boleh beli kat kaunter lain..

Dulu lagi dah diamalkan #BMF..sekrang BBNU je yg lebih2...kihkihkih..
 

moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
7,152
Reaction score
232
Points
73
Teknik org melayu berniaga mmng mcm ni..suka paksa org...

Teringat dulu masa ke tioman melalui jeti mersing...driver bus & sykt boat buat kerjasama politik..pagi2 buta dlm pkl 5.00- 5.30am sampai kat jeti mersing..driver bas stop kat kaunter sykt boat suruh beli tiket kat situ juga..tak boleh beli kat kaunter lain..

Dulu lagi dah diamalkan #BMF..sekrang BBNU je yg lebih2...kihkihkih..
Tuan tak pernah beli barang kat petaling street ke dulu2. Tak beli kn belasah
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,241
Reaction score
858
Points
161
aku br jerk balik bercuti kt langkawi mgg lepas... island hopping per head rm30 visit 4 island.... last aku g dl dlm thn 2010.... so dah 9 thn br aku dtg balik... dl mase g tasik dyg bunting life jacket sume free... skrg ni sume kene caj... binawe.... dah lah naik manchinchang pun nk ke glass bridge pun kene top up lg.... vangang... tp puas cuci mata kt telaga tujuh... mat salleh separuh vogel... hahhaha...
 

bell&ross

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
3,799
Reaction score
139
Points
33
Tuan tak pernah beli barang kat petaling street ke dulu2. Tak beli kn belasah
Kat Petaling street saya beli bunga ros saje...

Yg kena belasah tu sebab saje suka2 nk main tawar menawar..lps tu tak beli..mmng kena la..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register