DS Anwar umum kerajaan pusat telah jatuh bawah pimpinan TS Muhyiddin

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,398
Reaction score
11,151
Points
1,906
Point No. 2, Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan Negara. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

1604030320180.png
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,439
Reaction score
2,246
Points
191
IMG_20201030_124954.jpg


Bagus info ni, kerajaan minoriti dan tuntutan pembangkang..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,398
Reaction score
11,151
Points
1,906
Ab Jalil Backer

50m ·

Timbalan Perdana Menteri.
1. Jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas. Yang ada hanyalah Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
2. Kewujudan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan dan pembentukan potfolio adalah kuasa-kuasa pentadbiran yang diberikan kepada Perdana Menteri.
3. Kesemua jawatan ini akan terbubar dengan sendirinya jika Perdana Menteri meletak jawatan atau meninggal dunia.
4. Tiada peruntukan undang-undang membenarkan Timbalan Perdana Menteri mengambil alih jawatan Perdana Menteri, kecuali ia disokong oleh majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat; dan mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
5. Justeru andaian kononnya Menteri Kanan akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekiramya sesuatu berlaku kepada Perdana Menteri adalah tidak berasas.
6. Andaian ini kerana beberapa kali Timbalan Perdana Menteri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bila berlaku kekosongan jawatan tersebut.
7. Namun itu dulu ketika BN mempunyai kerusi majoriti di Dewan Rakyat. Dalam keadaan sekarang, sebarang kekosongan jawatan Perdana Menteri memerlukan proses perundingan semula dengan semua Ahli Dewan Rakyat bagi memilih seorang Perdana Menteri yang baharu.
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,792
Reaction score
756
Points
121
geng non punya kerja




 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,398
Reaction score
11,151
Points
1,906
Tiada rentas daerah atau negeri, tiada kempen pilihan raya dan tiada lawatan rumah ke rumah, kata Dr Noor Hisham.

1604074013608.png


Tiga permintaan KKM jika pilihan raya tetap dilaksanakan


Diterbitkan 30 Oct 2020, 9:45 pm

Dikemaskini 30 Oct 2020, 10:19 pm



Ketidaktentuan politik dalam negara hari ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak akan berlakunya pilihan raya dalam tempoh terdekat, di saat negara masih bergelut menangani wabak Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam ini, sebanyak 799 jangkitan baru telah dilaporkan.

Majoriti kes baru ini dilaporkan di Sabah yang baru mengadakan pilihan raya negeri (PRN) bulan lalu. Negeri itu juga mencatatkan tiga kematian hari ini.

Mengulas soalan pemberita berhubung kemungkinan PRU diadakan dalam waktu terdekat, Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang ia dijalankan di tengah-tengah penularan wabak.

Bagaimanapun, dia berkata sekiranya ia dilaksanakan, pihaknya hanya meminta tiga perkara diutamakan.

"Kita rasa sebaik-baiknya tangguhkan, kalau kita ada kuasa.

"Tetapi Kementerian Kesihatan tidak ada punca kuasa ataupun dapat menggunakan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) setakat ini....Kalau nak laksanakannya kita kena patuh kepada tiga prinsip.

"Iaitu tidak boleh merentas negeri atau sempadan negeri atau daerah, tiada kempen pilihan raya dan yang ketiga tiada lawatan rumah ke rumah," katanya pada sidang media perkembangan situasi Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Susulan PRN Sabah pada 26 September dan dua minggu tempoh kempen sebelumnya, kes baru Covid-19 telah meningkat secara mendadak.

Selain Sabah yang menerima kesan terburuk, negeri dan wilayah persekutuan lain juga mencatatkan peningkatan kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke negeri itu.

Noor Hisham kemudian ditanya sama ada Akta 342 boleh digunakan untuk menguatkuasakan tiga prinsip tersebut ketika pilihan raya.

Dia menjawab yang pihaknya sedang mengesyorkan akta itu dipinda untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

"Akta ini dirangka pada 1988, (ketika) kita tak jangka ia akan digunakan untuk pandemik. Akta ini untuk penyakit berjangkit.

"Ada keperluan untuk melihat pindaan dijalankan...Perlu rujuk kepada pihak Peguam Negara," katanya.

Katanya lagi, KKM telahpun menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk digunakan dalam pilihan raya di saat penularan Covid-19.

"Jika lihat SOP untuk pilihan raya memang ada di PRK Chini dan Slim.

"Kita juga telah siapkan SOP untuk PRN Sabah, tetapi isunya ialah ketidakpatuhan. Contohnya ada perhimpunan, kegiatan dari rumah ke rumah dan sebagainya.

"Sebaik-baiknya kita tangguhkan pilihan raya, tetapi KKM tiada kuasa (berkenaan perkara itu)," katanya lagi.

 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,175
Reaction score
1,437
Points
201
Budget yg akan menyelamatkan Kerajaan PN

3 Perkara Sahaja..

1) Moratorium dilanjutkan Setahun..

siapa kata bank2 x bole bertahan setahun lagi? bank2 mempunyai kapasiti yg banyak berupa simpanan akaun2 yg besar di luar negara atas nama pelaburan..

ada sebuah bank mempunyai dormant akaun shj berbillion duit yg tak di sentuh langsung dlm tu berpuluh2 tahun. itu baru cerita satu bank shj..kalau nak cerita perjalanan duit dlm bank tu bole buat documentary berpuluh siri..silap2 ada yg simpan duit lebih kaya drpd Pablo Escobar..

2) Budget persekutuan yg membenarkan pengeluaran duit rm10 ribu simpanan org perseorangan dlm Akaun 1 KWSP..

KWSP mempunyai asset sebanyak rn800 billion ke rm900 billion.. jika 10 juta rakyat keluar rm10 ribu = rm100 billion di keluarkan drpd akaun . rm800 billion tolak rm100 billion = rm700 billion baki lagi didalam EPF..banyak lagi tu..x goyang pun..

siapa kata KWSP tak bole bantu rakyat masa kini..skrg bukan musibah paling besar? keluar pun hanya sebahagian shj drpd simpanan.. x kan la semua KWSP dah di laburkan? mesti la sekurang2 nya 40% berupa bentuk tunai .itu basic ekonomi apabila org berniaga pun sekurang2nya 40% disimpan dlm berbentuk tunai..

tunjuk kan kepada rakyat bahwa kerajaan masih mempunyai wang2 tersebut..skrg dunia dah x menentu..hari tua nya sempat ka?

3) Budget persekutuan yg mendesak kerajaan negeri bawah pemerintahan memberi tanah percuma pada rakyat

Desak kerajaan negeri memperuntukan setiap keluarga mendapat satu ekar tanah utk tujuan pertanian dan separa kediaman. Kerajaan desak negeri keluar budget infra seperti pembikinan jalan, letrik, air , longkang dalam kawasan tanah2 tersebut..balik kpd idea2 arwah Dato Harun dan Tun Razak dahulu dlm pemberian tanah pada masa dahulu..

siapa kata x bole buat. rakyat kalau terdesak dan dgn bantuan kerajaan ,bercucuk tanam sendiri pun mereka sanggup..agensi2 pertanian seperti FAMA la, Jabatan Pertanian, masa ini la keluar skill ajar rakyat tanam cili, kobis, dll..jangan la dok ingat rakyat ni malas mcm ada org tu cakap...

letak la syarat2 nya yg mudah tapi tegas supaya tanah itu betul2 di pergunakan utk pertanian..tanah kerajaan banyak yg tak digunakan..terbiar mereput..tanah haram beratus2 ribu ekar tanam durian musang king pun bole tutup mata berpuluh2 tahun..

Nak berebut kuasa sgt, skrg la masa mengunakan kuasa utk menolong rakyat .kalau itu x bole, ini x bole, ada undang2 dan peraturan2 la katanya, buat apa jadi YB? kamu jadi YB utk gubal undang2..undang2 buatan manusia..

Bentang dlm budget..kita tgk sebelah PH boikot atau tidak...

kalau x lepas kena hadap PRU jugak akibatnya , tahulah rakyat saper pengkhianat rakyat yg sebenarnya...

kalau x lepas atas alasan x cukup majoriti , maka kita tahu la PH dan kuncu2nya yg mengagalkan budget kali ini.. PRU15 nanti nak pilih mereka lagi ke..?

x payah berbakul2 manifesto..ini cadangan utk situasi skrg yg depan mata secara realiti dan nyata..bukan angan2 masa depan dlm ceramah dgn formulanya..mulakan 3 perkara ini shj dah bole memenangkan PN..

hahahahaha bab duit Jho Low tu serah pada Abg tapi bayar dulu deposit la..nanti Abg buat kerja penat2 korang x bayar Abg ..pastu nak dpt nama soh org luar negeri tangkap Abg..bukan bole percaya org politik ni.. hehehe..keluar lagi kes 1 sen yg lain.." Jho Low 1 sen pun x bole pakai "..hehehehehe

Itu cadangan saya kpd PM jika nak pertahankan kerusi PM 2 minggu lagi ni..hahaha

 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,454
Reaction score
492
Points
86
bagi tanah 1 ekar..abes di jualnya...tak pun ali baba...

bagi aku solusi dia duit kwsp + marotarium
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,533
Reaction score
709
Points
121
bagi tanah 1 ekar..abes di jualnya...tak pun ali baba...

bagi aku solusi dia duit kwsp + marotarium
Setuju... kalau nak pakai tanah untuk berkebun beri had 5 ke 10 tahun untuk balik modal. Kalau bagi tanah alamat jadi tanah cina/bangla/indon/rohingya lah tanah melayu ni
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,887
Reaction score
2,114
Points
201
Tiada rentas daerah atau negeri, tiada kempen pilihan raya dan tiada lawatan rumah ke rumah, kata Dr Noor Hisham.

View attachment 304082

Tiga permintaan KKM jika pilihan raya tetap dilaksanakan


Diterbitkan 30 Oct 2020, 9:45 pm

Dikemaskini 30 Oct 2020, 10:19 pm



Ketidaktentuan politik dalam negara hari ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak akan berlakunya pilihan raya dalam tempoh terdekat, di saat negara masih bergelut menangani wabak Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam ini, sebanyak 799 jangkitan baru telah dilaporkan.

Majoriti kes baru ini dilaporkan di Sabah yang baru mengadakan pilihan raya negeri (PRN) bulan lalu. Negeri itu juga mencatatkan tiga kematian hari ini.

Mengulas soalan pemberita berhubung kemungkinan PRU diadakan dalam waktu terdekat, Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang ia dijalankan di tengah-tengah penularan wabak.

Bagaimanapun, dia berkata sekiranya ia dilaksanakan, pihaknya hanya meminta tiga perkara diutamakan.

"Kita rasa sebaik-baiknya tangguhkan, kalau kita ada kuasa.

"Tetapi Kementerian Kesihatan tidak ada punca kuasa ataupun dapat menggunakan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) setakat ini....Kalau nak laksanakannya kita kena patuh kepada tiga prinsip.

"Iaitu tidak boleh merentas negeri atau sempadan negeri atau daerah, tiada kempen pilihan raya dan yang ketiga tiada lawatan rumah ke rumah," katanya pada sidang media perkembangan situasi Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Susulan PRN Sabah pada 26 September dan dua minggu tempoh kempen sebelumnya, kes baru Covid-19 telah meningkat secara mendadak.

Selain Sabah yang menerima kesan terburuk, negeri dan wilayah persekutuan lain juga mencatatkan peningkatan kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke negeri itu.

Noor Hisham kemudian ditanya sama ada Akta 342 boleh digunakan untuk menguatkuasakan tiga prinsip tersebut ketika pilihan raya.

Dia menjawab yang pihaknya sedang mengesyorkan akta itu dipinda untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

"Akta ini dirangka pada 1988, (ketika) kita tak jangka ia akan digunakan untuk pandemik. Akta ini untuk penyakit berjangkit.

"Ada keperluan untuk melihat pindaan dijalankan...Perlu rujuk kepada pihak Peguam Negara," katanya.

Katanya lagi, KKM telahpun menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk digunakan dalam pilihan raya di saat penularan Covid-19.

"Jika lihat SOP untuk pilihan raya memang ada di PRK Chini dan Slim.

"Kita juga telah siapkan SOP untuk PRN Sabah, tetapi isunya ialah ketidakpatuhan. Contohnya ada perhimpunan, kegiatan dari rumah ke rumah dan sebagainya.

"Sebaik-baiknya kita tangguhkan pilihan raya, tetapi KKM tiada kuasa (berkenaan perkara itu)," katanya lagi.

ingat politaik ni nak dengar ke...selamba je depa akan langgar SOP......kepala batu punya manusia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register