DS Anwar umum kerajaan pusat telah jatuh bawah pimpinan TS Muhyiddin

CG Sponsors

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,046
Reaction score
1,713
Points
151
KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
29 Oktober 2020

PERDANA MENTERI HARUS JUNJUNG TITAH TUANKU DAN BERUNDING SEGERA DENGAN PEMBANGKANG BERKENAAN BELANJAWAN 2021

Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja di atas penolakan berprinsip terhadap permohonan Perdana Menteri untuk mengisytihar darurat. Kenyataan Majlis Raja-Raja bertarikh 25 Oktober menjelaskan pertimbangan yang telah diambil kira oleh Raja-Raja Melayu dalam isu yang amat serius ini. Duli-Duli Tuanku amat sedar tentang hak dan budi bicara serta peranan seperti yang termaktub di dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dalam mengimbangi pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa, dan telah membuat keputusan berdasarkan perkara tersebut.

Majlis Presiden juga mengambil maklum kenyataan Istana Negara bertarikh 28 Oktober 2020 yang menyampaikan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Dalam kenyataan tersebut, Tuanku telah menasihatkan semua Ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 demi kelangsungan kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara yang cukup terkesan akibat pandemik Covid-19.

Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada keperluan petugas barisan hadapan yang menjadi benteng rakyat Malaysia dari wabak Covid-19. Ia juga perlu menetapkan halatuju yang mampu memastikan Malaysia akan terus maju sewaktu dan selepas pandemik - termasuk dengan mengenalpasti strategi-strategi pembangunan baharu untuk ekonomi serta membantu jutaan rakyat Malaysia yang terkesan sama ada akibat kehilangan pekerjaan mahupun pendapatan pada tahun 2020 ini.

Berjuta-juta rakyat Malaysia yang berada pada atau di bawah paras kemiskinan amat mengharapkan bantuan melalui belanjawan ini. Golongan yang tidak harus ketinggalan juga adalah yang mengharapkan moratorium pinjaman dilanjutkan.

Atas sebab-sebab ini Majlis Presiden Pakatan Harapan amat bersetuju dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa amatlah penting dan serius untuk Belanjawan 2021 ini dirundingkan dengan Pembangkang sebelum dibentang di Parlimen.

Maka Perdana Menteri harus menjunjung titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan pihak Pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 6hb November, supaya ia dapat mencapai objektif-objektif yang diingini Tuanku.

Majlis Presiden yakin bahawa semua Ahli Parlimen akan terlibat di dalam sesi perbahasan yang sihat untuk memastikan Belanjawan 2021 mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, serta menepati aspirasi seperti yang telah dititah Tuanku.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Sponsored Post

ahmaddpintu

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2017
Messages
220
Reaction score
79
Points
30

kuat mengampu bang non
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,351
Reaction score
11,144
Points
1,906
sumber dari mana yg 90% boleh dipecayai dear?

selain mal gazz

dear tn aim, selain MG, mungkin FMT dan MalaysiaNow
saya tak sure nak kata 90% boleh dipercayai tu, tapi saya tengok kemampuan diorang utk defend diorang dan produce kan bukti jika mereka dihentam kata bawa berita yg salah info

mcm MalaysiaNow bagitahu surat sokongan pakJib dan pakZahid tu,
MG kemudian call pejabat UMNO tanya, sumber kat situ kata surat tu palsu

namun MalaysiaNow bertegas dengan info yg diorang beritakan
kemudian esok, lusa pastu, saya dapat info dari sumber yg saya follow, mengatakan surat sokongan itu adalah benar, takde tipunya
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,351
Reaction score
11,144
Points
1,906
MT UMNO Mesyuarat Pilih Calon TPM

29 October 2020
MGF29102020_MT-UMNO-MESYUARAT06.jpg

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 OKTOBER 2020.
MGF29102020_MT-UMNO-MESYUARAT04.jpg

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 OKTOBER
2020
MGF29102020_MT-UMNO-MESYUARAT08.jpg

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 OKTOBER 2020.
MGF29102020_MT-UMNO-MESYUARAT05.jpg

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 OKTOBER 2020.
MGF29102020_MT-UMNO-MESYUARAT03.jpg

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 OKTOBER
2020

MGF29102020_MT-UMNO-MESYUARAT01.jpg

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Said hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 OKTOBER 2020.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,351
Reaction score
11,144
Points
1,906
Sumber memaklumkan, antara tiga nama yang dicadangkan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menjawat jawatan nombor dua dalam Kabinet itu.
#ICYMI #AWANInews #AWANI745 #PolitikMalaysia

MT UMNO bermesyuarat lagi, Ismail Sabri disebut-sebut sebagai TPM

Oktober 29, 2020 20:39 MYT
MT UMNO bermesyuarat lagi, Ismail Sabri disebut-sebut sebagai TPM

Mesyuarat khas MT UMNO malam ini bincangkan mengenai calon yang paling sesuai untuk dicadangkan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO sekali lagi berkumpul di Menara Dato Onn malam ini, bagi menghadiri Mesyuarat Khas yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Astro AWANI difahamkan bahawa mesyuarat khas ini akan membincangkan secara terperinci mengenai calon yang paling sesuai untuk dicadangkan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sumber memaklumkan bahawa antara tiga nama yang dicadangkan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Kanan Pertahanan, dilihat memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menjawat jawatan nombor dua dalam Kabinet itu.

Nama lain yang disebut-sebut ialah Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan nama yang terbaharu ialah Ahmad Zahid sendiri.

Sebelum ini media melaporkan, Muhyiddin sedang mempertimbangkan secara serius untuk melantik TPM daripada parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu, sebagai timbal balas terhadap sokongan mereka untuk Rang Undang-Undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, dan kestabilan politik negara.

“Memang ketiga-tiga nama tokoh ini naik. Tetapi Datuk Seri Ismail Sabri yang paling memahami sentimen antara dua pihak, iaitu Perikatan Nasional dan UMNO dan Tan Sri nampak lebih selesa dengan beliau (Ismail Sabri).

“Beliau yang sering menjadi pengantara antara Perdana Menteri dan UMNO, dan sedikit sebanyak kurangkan pertelagahan antara dua kumpulan ini, berbanding Tok Mat (Mohamad) dan Datuk Hisham (Hishammuddin),” kata sumber yang rapat dengan kepimpinan UMNO kepada Astro AWANI baru-baru ini.

Dalam pada itu, pemerhatian Astro AWANI mendapati perbualan di kalangan media sosial, terutamanya akar umbi UMNO dan pemerhati politik, sudah mula tertumpu ke arah siapa calon TPM yang sesuai.
Sebagai rekod, Ismail Sabri merupakan Ahli Parlimen Bera, Hishammuddin adalah Ahli Parlimen Sembrong, manakala Ahmad Zahid adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Mohamad, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau. Untuk memegang jawatan dalam Kabinet, seseorang individu itu perlu menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara (Senator).

Bagaimanapun, pemerhati politik berpendapat, Hishammuddin tidak mempunyai sokongan yang begitu kukuh dari kalangan akar umbi parti, manakala Ahmad Zahid masih menghadapi beberapa kes di mahkamah.

Walaupun Mohamad dilihat memenuhi kriteria yang diperlukan, namun mereka berpendapat seseorang TPM itu lebih sesuai dipilih dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,351
Reaction score
11,144
Points
1,906
Semua menteri Umno kekal dalam Kabinet, kata Zahid

October 30, 2020 6:53 AM

UMNO-PWTC-191020-FMT-2.jpg

Majils Kerja Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat khas di Pusat Dagangan Dunia Putra hampir 5 jam malam tadi.

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua menteri daripada parti itu akan kekal dalam Kabinet pimpinan Perikatan Nasional diketuai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika timbul spekulasi mereka akan diminta meletak jawatan.

Zahid dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Umno hampir 5 jam di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi berkata, parti itu juga memutuskan pilihan raya umum perlu diadakan selepas pandemik Covid-19 dapat dikawal.

Beliau turut mengulangi kepentingan melaksanakan gencatan politik dan perdamaian nasional demi memerangi Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.

Katanya, Umno menyokong titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu untuk terus memastikan negara ditadbir dengan baik berpandukan undang-undang.

Zahid berkata, Umno akan memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat untuk Belanjawan 2021, termasuk lanjutan tempoh moratorium pembayaran balik pinjaman, bantuan sara hidup kepada pekerja hilang punca pendapatan akibat Covid-19, bayaran khas kepada petugas barisan depan dan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

“Umno akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan,” katanya.

Beliau kesal dengan pihak yang mempersoalkan keputusan parti itu menyokong titah Agong dan raja-raja Melayu yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Sekiranya pendirian Umno dalam perkara ini masih dipersoalkan, Umno tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas demi menjaga kedaulatan raja-raja dan kepentingan rakyat.

Mesyuarat MKT malam tadi bermula kira-kira 8 malam dan ia adalah mesyuarat ke-2 dalam tempoh 4 hari.

Antara ahli MKT yang hadir ialah Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin, Abdul Rahman Dahlan, Noh Omar, Shahidan Kassim, Razali Ibrahim, Tajuddin Abdul Rahman, Ahmad Shabery Cheek, Ahmad Said dan Jalaluddin Alias

Isnin lalu, mesyuarat diadakan untuk memutuskan hala tuju Barisan Nasional selepas Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Ahad lalu memutuskan tiada keperluan mengisytiharkan darurat bagi membendung Covid-19.

Semalam, seorang pemimpin kanan Umno dilaporkan berkata, parti itu perlu mempunyai kata putus berhubung individu yang mahu dicalonkan sebagai timbalan perdana menteri.

Menjelang mesyuarat malam tadi, timbul spekulasi mengatakan Umno akan mendesak rombakan Kabinet diadakan.

Orang dalam parti memberitahu FMT, ada isu dengan kumpulan menteri sedia ada daripada Umno kerana pelantikan tidak mengikut hierarki parti.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,351
Reaction score
11,144
Points
1,906
UMNO kekal dalam Kabinet Muhyiddin, mahu PRU selepas Covid-19 reda

30 October 2020

MGF29102020_MT-UMNO-MESYUARAT06-1.jpg

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat empat jam malam ini memutuskan semua anggota Kabinet yang mewakili parti itu akan terus kekal dalam kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat serta mempertahankan maruah parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan fungsi UMNO sebagai sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat.

Mesyuarat juga, katanya, memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dengan mengadakan pilihan raya umum setelah pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum.

“UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang sudah berkali-kali dikeluarkan tentang peri pentingnya Gencatan Politik dan Rekonsiliasi Nasional demi mendepani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk terus memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan keluhuran undang-undang.
UMNO juga, katanya, menghormati semangat yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan tidak membawa negara ke dalam darurat sebagaimana yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, mesyuarat malam ini juga memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk diangkat kepada kerajaan termasuklah isu perlanjutan tempoh moratorium dan bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Covid-19.

Turut dibincangkan bantuan kepada belia yang menganggur, bayaran khas kepada barisan hadapandan beberapa inisiatif untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara.

“Lantaran itu, UMNO akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan,” katanya.
Ahmad Zahid juga menegaskan bahawa UMNO tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mempersoalkan pendirian UMNO dalam mendukung titah Seri Paduka Baginda demi menjaga kedaulatan Raja-Raja dan kepentingan rakyat.

“Maka sebarang tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan keputusan UMNO dalam mendokong titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali,” katanya. – MalaysiaGazette

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,351
Reaction score
11,144
Points
1,906

TERKINI : UMNO Kekal Dalam Kabinet Muhyiddin, Mahu PRU Selepas Covid-19 Reda

30 October 2020
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat empat jam malam ini memutuskan semua anggota Kabinet yang mewakili parti itu akan terus kekal dalam kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat serta mempertahankan maruah parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan fungsi UMNO sebagai sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register