DS Anwar umum kerajaan pusat telah jatuh bawah pimpinan TS Muhyiddin

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,984
Reaction score
11,103
Points
1,906


1600830515011.png


Anwar buat pengumuman penting 12 tengah hari
Diterbitkan Hari ini 8:46 am

Dikemaskini Hari ini 10:55 am



Presiden PKR, Anwar Ibrahim dijadual akan mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari ini untuk membuat satu "pengumuman penting".

Terdapat spekulasi bahawa anggota parlimen Port Dickson itu berjaya mengumpulkan sokongan Ahli Parlimen untuk mendapatkan majoriti di parlimen.
Ditanya apakah Anwar mempunyai sokongan, satu sumber yang dekat dengannya berkata: "Ya."

Ditanya lebih lanjut, sumber terbabit enggan menyatakan jumlah sokongan atau butiran mengenainya buat masa ini.

"Tetapi (ini adalah) majoriti besar," katanya.

Tidak jelas siapa yang berpihak kepada Anwar, tetapi spekulasi mengatakan bahawa ia tidak termasuk kumpulan dari parti Pejuang yang diasaskan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad atau Warisan.
Sebaliknya, Anwar mungkin mendapat sokongan daripada ahli parlimen Umno.

Sumber PKR juga mengatakan bahawa dia mungkin mendapat sokongan daripada GPS di Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Fadhilah Yusof, ketika dihubungi bagaimanapun menafikan perkara itu dan mengatakan dia sedang dalam perjalananan menghadiri mesyuarat kabinet.

Terdapat juga khabar angin bahawa Anggota Parlimen Port Dickson itu mungkin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Semalam Yang di-Pertuan Agong dilaporkan sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), tetapi keadaan baginda tidak membimbangkan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilapor masih berada di Semenanjung, namun dijadual akan berada di Kota Kinabalu, Sabah malam ini.
Pada masa ini, PKR, DAP dan Amanah memiliki 91 kerusi.

Warisan, Upko dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mempunyai 15 kerusi, manakala dua anggota Parlimen dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga tidak berpihak kepada kerajaan Perikatan Nasional.
Gabungan blok pembangkang sekarang ini mempunyai 109 kerusi.

Sekiranya Anwar mendapat sokongan daripada GPS, ini bermakna mereka mempunyai 117 kerusi dengan majoriti 6 kerusi.

Bagaimanapun, sekiranya Anwar tidak mendapat sokongan Warisan dan Pejuang, maka dia masih boleh membentuk kerajaan dengan 112 kerusi jika mendapat sokongan PSB dan Syed Saddiq.
Jika tidak, presiden PKR itu mesti menarik sokongan anggota parlimen daripada PN.

Tidak kira sama ada dia mempunyai majoriti atau tidak, Perlembagaan Persekutuan meletakkan kuasa di tangan Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan sama ada baginda akan meminta perdana menteri yang kehilangan sokongan untuk mengundurkan diri atau membubarkan parlimen.


 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,833
Reaction score
2,093
Points
201
boring la lu Nuar..tak habis habis....majoriti....16 September....kalau kerajaan tumbang lagi...4-5 bulan korang dok sibuk nak lantik ahli kabinet....lepas tu buat upacara punch card menteri...lepas mesyuarat caras kerja org....lepas tu buat dasar baru....lepas tu sibuk dok ceramah lagi.....lepas tu gabra nanti kerajaan jatuh lagi.....aku dah naik menyampah dah.....masalah rakyat....keperluan rakyat taik taik politik ni main tabur janji je.....hujung hujung penutkan poket sendiri.........
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,984
Reaction score
11,103
Points
1,906
Astro AWANI



8m ·

Anwar dilapor sudah mencapai kata sepakat dengan 20 wakil rakyat dari Perikatan Nasional untuk beroleh majoriti sokongan daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat.
#AWANInews #AWANIpagi

Sidang Media Anwar Ibrahim: Adakah kerajaan bertukar sekali lagi?


September 23, 2020 10:36 MYT
Sidang Media Anwar Ibrahim: Adakah kerajaan bertukar sekali lagi?

Spekulasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai majoriti kerusi mula bertiup kencang apabila beliau dijadual mengadakan sidang media khas tengah hari ini. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Spekulasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai majoriti kerusi mula bertiup kencang apabila beliau dijadual mengadakan sidang media khas tengah hari ini.
Beberapa media memetik sumber sebagai berkata Ahli Parlimen Port Dickson itu akan membuat satu pengumuman penting, dipercayai mengenai jumlah sokongan yang diperlukan untuk mengambil alih kedudukan sebagai perdana menteri.


Sebuah portal turut melaporkan Anwar sudah mencapai kata sepakat dengan 20 wakil rakyat dari Perikatan Nasional untuk beroleh majoriti sokongan daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat.
Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mempunyai jumlah majoriti yang tipis apabila usul menggugurkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Arif Md Yusoff hanya disokong 111 berbanding 109.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Kota Marudu dari Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Maximus Ongkili tidak hadir ketika usul dibentangkan pada 13 Julai itu.
Tonton sidang media oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di LIVE TV dan Facebook Astro AWANI mulai jam 12 tengah hari ini.


 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,385
Reaction score
618
Points
81
Supering .....


Kalau tak jadi nanti salah najib dan lebai pas
 
Sponsored Post
Top
Log in Register