BTC USD 17,023.0 Gold USD 1,798.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DS Anwar Ibrahim - Perdana Menteri ke 10, Kemaskini Isu Kerajaan

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,237
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,237
Reaction score
20,235
Points
2,866
Awards
1
Berita terkini pun hanya bagi tau Tun M nak jadi penulis
Tak ada pula pasal sakit
Last sakit masa masuk IJN tu la rasanya 😀
aah berita tak bagitau
saya tau pun dari socmed influencer, terkejut jugak sebenarnya
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
hahahaha .. ramai dah cari dia :D

1669304601913.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
387,886
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
387,886
Reaction score
25,527
Points
2,836
Awards
1
aah berita tak bagitau
saya tau pun dari socmed influencer, terkejut jugak sebenarnya

Tak apa lah mek
Kita doakan Tun M sihat walafiat je
Tak rugi pun doakan yang baik-baik buat orang lain
Moga-moga Allah bagi lebih baik 😀
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Sidang Parlimen 19 Dis, Usul Undi Percaya & Emolumen Penjawat Awam

24.11.2022 - Kuala Lumpur, Persidangan Parlimen ke-15, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, akan diadakan pada 19 Disember. Anwar yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini berkata satu usul undi percaya akan dibentangkan pada sidang itu bagi menamatkan soal keabsahan beliau selaku perdana menteri.

“Usul pertama selain daripada angkat sumpah adalah usul dari kerajaan iaitu undi percaya. Jadi tidak timbul keresahan kita tentang keabsahan yang ada,” katanya pada sidang media pertamanya sebagai perdana menteri di Sungai Long Golf & Country Club, Kajang hari ini.

Selain Pakatan Harapan (PH), beliau turut mendapat sokongan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.

“Soal kestabilan tidak sepatutnya berbangkit,” katanya.

Anwar berkata pada sidang Parlimen itu juga kerajaan akan membentangkan dan meluluskan emolumen bagi penjawat awam terlebih dahulu, sebelum Bajet 2023 dibentangkan semula.

“Bajet, sudah pasti kita ada emolumen jelas (kepada penjawat awam) pertama pada 19 Dis ini. Supaya penjawat awam tidak perlu risau. Kemudian berikan tempoh kira-kira sebulan, kita akan bentangkan bajet baharu, atau mungkin bajet yang disemak semula,” katanya.

Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Okt lepas oleh Menteri Kewangan ketika itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion, dan tiga hari kemudian Parlimen dibubarkan bagi memberi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.​

1669304818518.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Pemimpin Seteru Politik Turut Ucap Tahniah Kepada Anwar

24.11.2022 - Kuala Lumpur, Walaupun beberapa hari lepas mereka ‘bertempur’ di medan Pilihan Raya Umum ke-15, ramai pemimpin politik tanah air tampil menzahirkan ucapan tahniah dan kata-kata nasihat kepada Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10. Antaranya Presiden MCA Dr Wee Ka Siong, Presiden Pejuang Mukhriz Dr Mahathir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin, Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan.

6816b449a91600f9148023507d9159bd.jpg


Wee menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 dan menghormati keputusan Seri Paduka bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan demi membangunkan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat.

“Semoga dengan kepimpinan Perdana Menteri baharu ini, negara kita dapat menghapuskan politik dendam dan mengelak daripada sebarang perpecahan dalam sebuah masyarakat majmuk. Masa depan negara perlu ke arah kesederhanaan dan meraikan kepelbagaian. Semoga Malaysia menuju ke arah kestabilan dan kemakmuran,” katanya melalui hantaran di laman Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Bung Moktar menerusi ciapan di Twitter beliau juga mengucapkan tahniah selepas penantian lebih 20 tahun Anwar berakhir, setelah dia mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri yang baharu di hadapan Seri Paduka petang ini.

“Buat yang terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya.

Seterusnya, Mukhriz berkata pihaknya berharap penubuhan kerajaan yang dianggotai Pakatan Harapan, BN, Gabungan Parti Sarawak dan lain-lain akan menstabilkan keadaan politik yang bergelora lebih dua tahun.

ad70b53a4a79dd804267195cf3269461.jpg


Beliau juga berkata rakyat mengharapkan sebuah kerajaan yang memberi tumpuan kepada krisis ekonomi yang dijangka lebih buruk tahun hadapan, kenaikan harga barang yang membebankan dan pandemik COVID-19 yang masih mengancam nyawa.

“Pejuang doakan kerajaan penggal ke-15 di bawah kepemimpinan Anwar akan menakhodai Malaysia keluar dari lautan yang bergelora ini dan memulihkan negara, sekali gus meletakkannya kembali di atas landasan yang benar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut senada, Arutchelvan dalam satu kenyataan berkata PSM berharap beliau akan berusaha untuk menyatukan seluruh negara serta menjaga kepentingan rakyat.

“Kami berharap dasar-dasar terbaik dan reformasi demokrasi yang progresif jadi teladan,” katanya.

6615d1f4f9bfa2a1faa5112d1158cc6b.jpg


Ahmad pula berharap Anwar memperbaiki ekonomi rakyat dan ekonomi negara dengan menjadikan usaha membasmi kemiskinan sebagai fokus utama.

“Kos hidup mesti dikurangkan. Pendapatan kerajaan mesti ditambah. Pendidikan dan kemahiran tinggi orang muda. Bangunkan kawasan desa. Adil kepada semua kaum. Hebatkan #Malaysia peringkat antarabangsa,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/645652
 

pajey

Active Member
Messages
2,030
Joined
Jul 7, 2006
Messages
2,030
Reaction score
26
Points
30
Entah nk lawan ape pasni
Tu ak ada tanya sbelum ni
Unity gov ni cane konsep dia
Kalau semua gabung jd kerajaan sape nk bangkang kalo ade bende fishy..
bangkang sesama sendiri dlm parlimen kalau ada bende2 yg dirasakan perlu bangkang
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
PM Lee Ucap Tahniah Kepada PM Baharu Malaysia Anwar Ibrahim

24.11.2022 - Kuala Lumpur, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Tahniah saya ucapkan atas kemenangan anda pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10,” kata Lee dalam perutusan tahniahnya kepada Anwar.

Teks perutusan itu dilampirkan kepada media di sini.

“Tahniah juga kepada Pakatan Harapan (PH) atas prestasi mantap pada Pilihan Raya Umum,” kata Lee.

Lee berkata beliau tidak sabar untuk bertemu Anwar tidak lama lagi “untuk membincangkan isu-isu biasa yang dihadapi kedua-dua negara dan bagaimana kita boleh memajukan lagi hubungan dua hala”.

“Saya dan Ho Ching mendoakan kesihatan dan kebahagiaan anda dan Dr Wan Azizah Ismail,” katanya.

Lee berkata jawatan perdana menteri datang ketika "persekitaran serantau dan global kita" berhadapan cabaran yang sangat ketara.

“Sebagai jiran dan rakan rapat, Singapura dan Malaysia harus bekerjasama untuk menguruskan cabaran ini dan meneroka peluang kerjasama baharu,” katanya.

Menurut Lee, Singapura dan Malaysia berkongsi hubungan substantif yang telah lama terjalin, disokong oleh "hubungan sejarah kita, kerjasama pelbagai segi, dan hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh." Sepanjang pandemik COVID-19, Lee berkata kedua-dua negara telah menjadi rakan kongsi yang teguh menyokong antara satu sama lain.

“Koordinasi rapat antara menteri dan pegawai membolehkan kita mengekalkan aliran barangan keperluan dan pekerja, dan membuka semula sempadan dengan cepat dan berkesan. Kami juga telah menjadi rakan kongsi rapat di ASEAN, yang kekal menjadi pusat kepada kestabilan di Asia Tenggara di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat," kata perdana menteri itu.

Anwar, 75, dipilih sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas lima hari kebuntuan politik berhubung Parlimen yang tergantung susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 Nov.​

1669305029110.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
387,886
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
387,886
Reaction score
25,527
Points
2,836
Awards
1

Jawatan TPM mungkin diberi kepada BN, GPS​

RAIHAM MOHD SANUSI
24 NOV 2022
A⁻A⁺

1999203.jpg


Sidang akhbar Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim.


KAJANG – Jawatan Timbalan Perdana Menteri dijangka akan diberikan kepada parti komponen terbesar lain dalam kerajaan perpaduan seperti BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, di sini, pada Khamis.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terdahulu berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tambun itu selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.06 petang Khamis.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat angkat sumpah berkenaan menamatkan kemelut politik yang melanda negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas tiada gabungan parti politik meraih kemenangan dengan majoriti mudah.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
387,886
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
387,886
Reaction score
25,527
Points
2,836
Awards
1
hahahaha .. ramai dah cari dia :D

1669304601913.png

Peringatan buat kita sebenarnya

Kita ingat menda tu mustahil sampai sanggup janji akan buat sesuatu yang memalukan jika menda tu berlaku

Tapi kena ingat ada yang lagi berkuasa yang boleh jadikan perkara mustahil itu realiti

Hati-hatilah dalam buat status di Media Sosial sebab sekali dah di screen shot dan tersebar dalam internet
Ianya akan kekal selamanya dalam internet

Mudah kata
Tak pasti jangan kongsi
 
Sponsored Post

Top
Log in Register