synyster
Legendary Member
- Messages
- 17,678
- Joined
- Nov 29, 2010
- Messages
- 17,678
- Reaction score
- 3,605
- Points
- 261
- Awards
- 1
Doh chukop jumeloh, mestilah kuat.Ayoh chik yang tersakiti saing2 walaun juga.
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Doh chukop jumeloh, mestilah kuat.Ayoh chik yang tersakiti saing2 walaun juga.
Bang Non Lemah !!!
Nk ckp lemah x lemah ni bergantung kpd persepsi dan perspektif masing2, dan juga kelemahan itu sendiri dilihat dlm pelbagai aspek.Logik aku, kerajaan bang non mmg lemah..
Sebab tu bang non ckp gitu je..
Tak nmpk lgi mcm mana bang non nk handle DAP dgn UMNO.. So tunggu masa diorang ni mereput dari dalam kemudian runtuh.. Bila nak runtuh ? Anologi je.. Kena tgk mcm mana isu2 yg boleh spark kpd keruntuhan..
Nk ckp lemah x lemah ni bergantung kpd persepsi dan perspektif masing2, dan juga kelemahan itu sendiri dilihat dlm pelbagai aspek.
Bagi aku, aku xnk komen PMX lemah atau tidak sbb penilaian kita ni subjektif. Aku lebih suka melihat isu lemah/kuat ini secara objektif, iaitu dari sudut penerimaan dan keyakinan pelabur luar terhadap negara kita, dan dari sudut pergerakan indicator2 ekonomi negara.
Jika tamat penggal nnt, dan ekonomi negara kekal lemah, maka mmg terbukti PMX lemah.
Ni berapa bijik bas ni guna utk angkut hadirin?20,000 Banjiri Himpunan Keadilan, Suara Rakyat Suara Keramat
20.09.2024 - Kira-kira 20,000 hadirin membanjiri Himpunan Keadilan, Suara Rakyat Suara Keramat yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil di ibu negara bermula jam 6 petang tadi. Setakat jam 9 malam, orang ramai terus berpusu-pusu memasuki pintu utama stadium sementara menunggu ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis bermula dengan pengisian beberapa aktivis dan pimpinan PKR sebelum ucaptama oleh Perdana Menteri. Dijadualkan majlis akan mengimbau kembali perjuangan pemimpin gerakan reformasi yang berlaku 26 tahun lepas, termasuk beberapa momen penting seperti pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Himpunan ini juga turut akan memperingati peringkat awal gabungan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya dan menubuhkan kerajaan negeri sebelum perubahan seterusnya menjadi kerajaan Persekutuan pada 2018. Perdana Menteri dijangka menyampaikan pidato khas yang dijadualkan pada 10 malam.
Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/20000-banjiri-himpunan-keadilan-suara-rakya-suara-keramat/
Harap PN sahut cabaran PMX. Jatuhkan kerajaan sedia ada, dan lantik TGHH jadi PMXI.Nak Turun Jawatan PM, Bawa Usul Undi Tak Percaya, Anwar Cabar Pembangkang
20.09.2024 - Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan. Beliau berkata pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesanya untuk ‘turun’ daripada jawatannya. Ada 30 orang (pembangkang) suruh Anwar turun. Ingat negara dia, tak ikut hukum. Kalau nak suruh turun, bawa usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat Okt ini, katanya semasa berucap dalam Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Stadium Axiata, Bukit Jalil.
Ini bukanlah kali pertama Anwar mencabar Perikatan Nasional untuk membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat. Anwar membuat cabaran serupa pada 11 Jan tahun ini dan 6 Mei tahun lalu, dan menambah beliau akan memendekan tempoh notis. Gesaan untuk menguji keabsahan Anwar itu susulan dakwaan presiden PKR terbabit tiada majoriti mudah 112 sokongan Ahli Parlimen, merujuk kepada gerakan Langkah Dubai. Beberapa media melaporkan kewujudan perbincangan yang didakwa berlangsung di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil rakyat kerajaan tertentu bertujuan menjatuhkan pentadbiran Anwar.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata pembangkang tiada kekuatan untuk meneruskan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinannya termasuk mengemukakan usul di Dewan Rakyat, sebaliknya terus memainkan propaganda mengaburi penyokongnya.