BTC USD 38,838.2 Gold USD 1,812.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Dron Boeing MQ-25A Berjaya Lakukan Ujian Isi Minyak Pesawat Pejuang

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Tiga tahun lalu, Boeing memenangi kontrak untuk menghasilkan dron yang akan digunakan untuk tujuan mengisi minyak pesawat pejuang milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Selepas hampir tiga tahu, dron Boeing MQ-25 T1 telah berjaya dalam ujian melakukan misi mengisi minyak pesawat pejuang pada 4 Jun lalu.

Dalam kejayaan pertama dalam sejarah dunia ini, MQ-25 T1 mengisi minyak sebuah Boeing F/A-18 Super Hornet. Pihak Tentera Laut Amerika Syarikat dilaporkan berpuas hati dengan hasil ujian yang dilakukan. MQ-25 T1 akan mengambil tugas yang sebelum ini ia dilakukan oleh pesawat pejuang Boeing F/A-18 yang dilengkapi Buddy Pod. Ini mengurangkan jumlah pesawat pejuang dan juruterbang untuk melalukan misi yang lebih penting. Dron boleh terbang lebih lama berbanding pesawat sedia ada serta juruterbang yang boleh bertukar-tukar menerbangkannya menggunakan sistem syif.

Amerika Syarikat mempunyai beberapa program dron yang bukan sahaja boleh mengisi minyak tetapi menjadi pengiring pesawat tempur, pesawat mempertahankan pesawat mengisi minyak dan berfungsi secara berkumpulan untuk melakukan serangan sebelum pulang semula ke sebuah pesawat induk.


Sumber asal https://boeing.mediaroom.com/2021-0...-Unmanned-Aircraft-to-Refuel-Another-Aircraft
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
14,520
Reaction score
4,282
Points
201
Memang keperluan ke fuel minyak di udara ?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register