BTC USD 57,325.6 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr Zulkifli teruskan lawatan ke Madinah

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,327
Reaction score
12,642
Points
1,906
#madinah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tiba di Madinah semalam bagi meneruskan lawatan kerjanya ke Arab Saudi atas jemputan Liga Dunia Islam (MWL)
https://www.hmetro.com.my/.../dr-zulkifli-teruskan...

1618226624981.png

DR Zulkifli (kanan) disambut wakil Perhubungan Antarabangsa MWL Mohammed bin Said Al-Majdouie. FOTO Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Madinah: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tiba di Madinah semalam bagi meneruskan lawatan kerjanya ke Arab Saudi atas jemputan Liga Dunia Islam (MWL).

Ketibaan beliau dan delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz dari Riyadh disambut wakil Perhubungan Antarabangsa MWL Mohammed bin Said Al-Majdouie.

Zulkifli dijangka mengadakan pertemuan dengan Gabenor Madinah Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud atas jemputan istana.

Beliau juga dijangka mengadakan program ramah mesra bersama pelajar di Universiti Islam Madinah sebelum berangkat ke Makkah.

Di Makkah, Zulkifli dijadual mengadakan perbincangan dengan Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Panduan Arab Saudi Shaikh Abdullatif Abdulaziz Aal Al Shaikh serta Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Issam bin Saad bin Saeed.

Lawatan yang bermula Jumaat lalu hingga 18 April ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah sebagaimana yang dimeterai dalam memorandum persefahaman hasil kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu.

Zulkifli sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung MWL Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa bagi meneruskan kerjasama hal ehwal Islam dan pertukaran kepakaran dalam menangani isu ancaman ekstremisme dan fahaman keganasan.

Disiarkan pada: April 12, 2021 @ 2:58pm

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,327
Reaction score
12,642
Points
1,906
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tiba di Madinah Ahad, sempena lawatan kerjanya ke Arab Saudi atas jemputan Liga Dunia Islam (MWL).

Ketibaan beliau dan delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz disambut wakil Perhubungan Antarabangsa Liga Dunia Islam, Mohammed Bin Said Al-Majdouie.

Zulkifli yang tiba dari Riyadh, dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Gabenor Madinah Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud atas jemputan istana.
Berita lanjut di : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1951264...

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,327
Reaction score
12,642
Points
1,906
Menteri itu memaklumkan perkara itu sebagai menjawab pertanyaan tentang jumlah kos penerbangannya ke Madinah.

1618297884081.png

Perjalanan ke Arab Saudi ditaja sepenuhnya, kata menteri agama​

Diterbitkan 13 Apr 2021, 2:33 pm

Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad memaklumkan lawatannya ke Arab Saudi ditaja sepenuhnya.
Dia memaklumkan perkara itu sebagai menjawab ciapan kepada Twitter yang bertanyakan jumlah kos perbelanjaan untuk menyewa penerbangan ke Madinah.

"Semuanya ditaja kerana hubungan baik antara kedua-dua negara," ciapnya semalam.
Perjalanan Zulkifli adalah atas undangan Liga Dunia Muslim - sebuah NGO yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi.

Satu video mengenai Zulkifli dan rombongannya yang menaiki jet peribadi tular di media sosial hari ini.
Berdasarkan video yang dimuat naik akaun Twitter Bernama, Zulkifli dilihat menaiki Airbus A319, yang memang memiliki varian jet korporat.
Zulkifli tiba di Riyadh pada 10 April sebelum bertolak ke Madinah semalam.

Menurut siaran akhbar pada 9 April, lawatan kerja itu meliputi perbincangan dua hala mengenai haji dan umrah, serta pertemuan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa mengenai hal ehwal Islam.

Dikatakan bahawa lawatan itu akan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh kerajaan Arab Saudi.
Zulkifli selesai menerima vaksin untuk Covid-19 pada 19 Mac lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tiba di Madinah pada Ahad, sempena lawatan kerjanya ke Arab Saudi atas jemputan Liga Dunia Islam @drzul_albakri pic.twitter.com/aU1S7jEdhK
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 12, 2021

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,996
Reaction score
2,229
Points
201
Dita timur tgh tk ikut skali ke
 
dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
26,175
Reaction score
1,987
Points
206
Menteri itu memaklumkan perkara itu sebagai menjawab pertanyaan tentang jumlah kos penerbangannya ke Madinah.

View attachment 360930

Perjalanan ke Arab Saudi ditaja sepenuhnya, kata menteri agama​

Diterbitkan 13 Apr 2021, 2:33 pm

Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad memaklumkan lawatannya ke Arab Saudi ditaja sepenuhnya.
Dia memaklumkan perkara itu sebagai menjawab ciapan kepada Twitter yang bertanyakan jumlah kos perbelanjaan untuk menyewa penerbangan ke Madinah.

"Semuanya ditaja kerana hubungan baik antara kedua-dua negara," ciapnya semalam.
Perjalanan Zulkifli adalah atas undangan Liga Dunia Muslim - sebuah NGO yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi.

Satu video mengenai Zulkifli dan rombongannya yang menaiki jet peribadi tular di media sosial hari ini.
Berdasarkan video yang dimuat naik akaun Twitter Bernama, Zulkifli dilihat menaiki Airbus A319, yang memang memiliki varian jet korporat.
Zulkifli tiba di Riyadh pada 10 April sebelum bertolak ke Madinah semalam.

Menurut siaran akhbar pada 9 April, lawatan kerja itu meliputi perbincangan dua hala mengenai haji dan umrah, serta pertemuan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa mengenai hal ehwal Islam.

Dikatakan bahawa lawatan itu akan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh kerajaan Arab Saudi.
Zulkifli selesai menerima vaksin untuk Covid-19 pada 19 Mac lalu.

di sudut ni Saudi muliokan ulamak, den respeklah,
muliokan alim ulamak, Allah akan muliokan kito

berkat ramadan ni moh kito doakan alim2 ulamak malaysia supayo panjang umor dlm sihat & kebaikan supayo dpt berbakti beri ilmu & pimpin masyarakat org2 awam mcm den

aminnnn
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,327
Reaction score
12,642
Points
1,906
di sudut ni Saudi muliokan ulamak, den respeklah,
muliokan alim ulamak, Allah akan muliokan kito

berkat ramadan ni moh kito doakan alim2 ulamak malaysia supayo panjang umor dlm sihat & kebaikan supayo dpt berbakti beri ilmu & pimpin masyarakat org2 awam mcm den

aminnnn

Allahumma Amiin
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,327
Reaction score
12,642
Points
1,906
Saya dulu guna penerbangan komersial sahaja - Mujahid #malaysiagazette #mgnews

Saya dulu guna penerbangan komersial sahaja – Mujahid​

14 April 2021

MGF04072019_MUJAHID-JKSM23.jpg

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof (kanan) dan Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri (dua dari kiri). foto NOOREEZA HASHIM, 04 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Agama Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sinis dengan keistimewaan yang diperoleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Mujahid berkata, ketika memegang jawatan itu beliau tidak menaiki jet peribadi ke Riyadh, Arab Saudi, sebaliknya hanya menggunakan pesawat komersial.

“Antara moment trip resmi ke Saudi di Makkah dan di Riyadh dgn Menteri Agama dan Menteri Haji.

“Saya naik commercial flite (penerbangan komersial) dari Jeddah ke Riyadh. Tak ada rombongan besar, hanya TS Pengerusi TH dan 2 pegawai saya. Tahniah menteri hari ni diberi kemudahan tajaan,” katanya di Twitter.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu mengulas mengenai penularan video berdurasi 57 saat yang memaparkan Zulkifli berada dalam pesawat mewah semasa lawatan ke negara itu bagi membincangkan hal ehwal haji dan umrah untuk umat Islam di Malaysia.

Bagaimanapun sebelum ini Zulkifli menjelaskan bahawa penerbangan beliau dari Riyadh ke Madinah seperti yang dipaparkan dalam rakaman video yang tular itu diuruskan sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia (Muslim World League).

“Saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati,” kata Zulkifli. – MalaysiaGazette

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,327
Reaction score
12,642
Points
1,906

Universiti Islam Madinah tawar biasiswa tanpa had​

1618454102153.png

DATUK Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. FOTO Syafeeq Ahmad.

Madinah: Universiti Islam Madinah menawarkan jumlah biasiswa tanpa had kepada penuntut Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli berkata, universiti itu turut menawarkan biasiswa kepada penuntut Malaysia di dalam pelbagai bidang termasuk perubatan dan kejuruteraan.

Beliau berkata, tawaran itu adalah hasil dari pertemuannya dengan presiden universiti itu, Putera Mamdouh bin Saud bin Thunayan Al Saud bersempena lawatan kerjanya ke Arab Saudi.

"Kami ditawarkan untuk hantar penuntut bukan semata-mata dalam bidang agama dan syariah, tetapi dalam bidang kejuruteraan sains dan lain-lain.

"Insya-Allah saya ambil maklum perkara ini dan akan berbincang dengan pihak berkepentingan untuk hantar penuntut terbaik kita mendalami pelbagai ilmu di Kota Suci Munawwarah," katanya kepada media Malaysia selepas mengadakan kunjungan di universiti itu di sini Selasa.

Antara kelebihan biasiswa itu ialah setiap penuntut akan diberikan kemudahan seperti elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, tawaran itu mencerminkan hubungan erat di antara Malaysia dengan Arab Saudi dalam pelbagai peringkat termasuk pendidikan.

Beliau yang juga alumni universiti itu berkata, selain itu, Universiti Islam Madinah juga berhasrat untuk mengadakan program pertukaran pelajar bersama universiti tempatan di Malaysia.

"Universiti ini sudah melalui banyak fasa perubahan sehingga mampu meletakkannya di dalam kelompok terbaik dunia.

"Ketika ini, universiti ini bukan sahaja menawarkan buku-buku yang terkini, malah sistem pendidikan yang maju mengikut peredaran teknologi terkini," katanya.

Pada masa ini terdapat lebih 200 penuntut Malaysia yang belajar di institusi pendidikan tinggi itu.
Disiarkan pada: April 14, 2021 @ 4:56pm

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,712
Reaction score
12,572
Points
2,376

Universiti Islam Madinah tawar biasiswa tanpa had​

View attachment 361323

UNIVERSITI ISLAM MADINAH | Tawar Biasiswa Tanpa Had Kepada Pelajar Malaysia

Universiti Islam Madinah menawarkan biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register