Dr. Sheikh Muszaphar, Dr.Halina bertunang

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
SEREMBAN 1 Jan. — Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat mengikat pertunangan dengan Dr Halina Mohd Yunos di sini hari ini.

Majlis pertunangan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, bermula pada pukul 4 petang itu berlangsung sederhana tetapi meriah dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu jemputan terdiri daripada anggota keluarga, sanak saudara, rakan-rakan rapat dan wakil media.

Dr Sheikh Muszaphar, 37, segak berpakaian baju Melayu kelabu dan bersamping merah muda dan bersongkok dengan diiringi bapanya Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ibunya Datin Zuraidah Sheikh Ahmad.

Sementara Dr Halina, 29, yang tampak manis berpakaian baju kurung moden merah muda diiringi bapanya Mohd Yunos Mohd Ali dan ibunya Habibah Endan.

Dr Halina adalah anak jati Negeri Sembilan yang kini bertugas sebagai doktor bius di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.
 
Sponsored Post

hanissyazwan

Fun Poster
Joined
Dec 19, 2009
Messages
393
Reaction score
1
Points
15
congrat...upload la gambar... untuk cg. nk tgk juga gmbar pngantin pmpuan tu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register