Dr Rosli Mohon Batal Perintah Mufarakah Dengan Isteri Kedua

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KOTA BAHARU, 4 Jan (Bernama) -- Bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kader, Isnin mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini untuk membatalkan perintah mahkamah itu pada 21 Dis lalu agar dia dan isteri keduanya tinggal berasingan kerana pernikahan mereka diragui.

Alasan yang dinyatakan dalam permohonan yang difailkan menerusi peguam Syarie, Mustafa Kamal Mat Hassan, ialah beliau dan Ilyani Mohd Noor, 30, telah bernikah semula mengikut hukum syarak di Kampung Bangsal Wakseng, Yarang, Pattani, Thailand pada 22 Dis lepas.

Mustafa Kamal memberitahu Hakim Syarie, Mohd Yusoff Awang, bahawa bagi menyokong permohonan bantahan awal dan pembatalan perintah mufakarah yang dikeluarkan terhadap defendan, beliau memfailkan beberapa afidavit sokongan sebagai bukti terdiri daripada salinan surat nikah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Pattani, pas sempadan milik Rosli Allani dan pasport antarabangsa milik Ilyani yang tertera cop imigresen berhubung kenyataan keluar masuk pasangan itu di sempadan negara.

"Berdasarkan beberapa fakta dan pernyataan itu, saya dengan rendah diri memohon mahkamah membenarkan semua perintah sebagaimana permohonan ini bagi mengelak reputasi kedua-dua defendan terus diaibkan di mata masyarakat," kata Mustafa Kamal.

Pada prosiding hari ini Rosli Allani dan pasangannya tidak hadir manakala bapa Ilyani, Mohd Noor Che Man, 58, hadir bersama peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin.

Mohd Zaki pula membantah permohonan yang difailkan oleh Rosli Allani itu.

Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua pihak, Mohd Yusoff menetapkan 17 Jan ini untuk mengumumkan keputusan terhadap permohonan itu, dan sehingga tarikh itu, perintah mufarakah yang dikeluarkan terhadap pasangan terbabit dikekalkan.

Pada 21 Dis lalu, mahkamah yang sama telah mengarahkan pasangan itu tinggal berasingan (bermufaraqah) kerana terdapat keraguan pada kesahihan pernikahan mereka di sebuah masjid di Selangor pada 26 Dis 2008.
 
Last edited:
Sponsored Post

virtualbiz

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
kenapa thread politik...bukan ke dia dh letak semua jawatan dlm PAS?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register