Dr Rosli bernikah kali kedua dengan Ilyani

CG Sponsors




roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
KOTA BHARU: Bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, bernikah kali kedua dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd Noor di selatan Thailand, seminggu lalu selepas perkahwinan mereka sebelum ini dikatakan tidak sah.

Sehubungan itu, Dr Rosli Allani mendakwa mereka boleh terus tinggal bersama kerana arahan mahkamah supaya kedua-duanya tinggal berasingan merujuk perkahwinannya sebelum ini.

"Perintah mufarakah yang dikeluarkan itu adalah merujuk kepada perkahwinan sebelum ini (yang berlangsung pada 28 Disember 2008), sedangkan perkahwinan kami di selatan Thailand pada 22 Disember lalu, perlu mendapat perintah baru.

"Saya dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinan baru ini dan pada masa sama satu afidavit sudah difailkan peguam saya untuk mengetepikan kes sebelum ini. Kami sedang menunggu tarikh untuk sebutan kes,” katanya ketika dihubungi, petang semalam.

Kelmarin, Dr Rosli Allani, 35, dan Ilyani, 30, melarikan diri dari rumah sewa mereka dekat Telipot di sini, selepas hampir 19 jam dikepung keluarga mentuanya yang menentang perkahwinan pasangan terbabit.

Pada 9 November lalu, bapa Ilyani, Mohd Noor Che Man, 58, mendapat perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu yang mengarahkan pasangan itu tinggal berasingan menerusi Perintah Interim Mufarakah.

Dr Rosli Allani yang melepaskan semua jawatannya dalam Pas ekoran isu berkenaan, menegaskan mereka tidak membelakangkan hukum.

“Kami membuat semua ini berpandukan nasihat pelbagai pihak yang mahir dalam undang-undang syariah demi menyelesaikan polemik ini," katanya.

Ilyani pula sangat berharap bapanya dapat menerima jodohnya dengan Dr Rosli Allani dengan hati terbuka.

"Saya merayu supaya kami diberi peluang untuk hidup seperti pasangan suami isteri lain. Saya masih menyayangi keluarga dan berharap hubungan kami akan pulih seperti sediakala selepas ketegangan ini berakhir," katanya.

Beliau juga meminta masyarakat tidak membuat persepsi negatif atau memandang serong sehingga mendengar penjelasan mereka.

Sementara itu, Mohd Noor tetap mahu pasangan itu berpisah sementara seperti diperintahkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan, Mohamed Yusof Awang sehingga perbicaraan kes mereka selesai.

"Tidak ada gunanya mereka melarikan diri. Kalau mereka buat begitu, lagi bermasalah. Bila dia buat begitu, dia pun tidak senang kerana dikejar undang-undang akibat ingkar perintah interim mahkamah,” katanya.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register