BTC USD 67,159.8 Gold USD 2,340.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr Malar Berang Di Larang Naik Bot, Dah Bayar Beribu Untuk Resort Tiada Housekeeping

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,231
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,231
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
Influencer Dr Malar Santhi Santherasegapan kecewa apabila percutiannya ke Pulau Redang tidak berjalan lancar. Dr Malar mendakwa sebuah agensi pelancongan bersikap acuh tak acuh, sekali gus merosakkan jadual perjalanannya ke pulau peranginan berkenaan.

"Respons (ejen) lembab sangat. Mesih tak berbalas berhati-hari. Call tak angkat. Kita bayar dia, kita pula kena kejar. Lepas dah habis bayar full, dia pun dah bagi resit, confirmation semua. Tiba-tiba dia minta tambah bayar dalam RM400. Sekali lagi saya melenting. Kenapa nak tambah? Kan pihak awak dah keluarkan qoutation sejak awal? Katanya sebab tarikh kami pergi tarikh peak. Ya itu saya tahu, sejak awal saya book tarikh sama. Kenapa baru sekarang dah confirm baru nak gunakan taktik untuk minta tambah duit. Memang saya fight. Tapi budak tu sebut minta maaf. Jadi saya cair hati dan bayar je. Bukan tak mampu bayar tambahan, cuma tak suka taktik tak jujur peniaga," ujar Dr Malar.

Dia sekali lagi kesal apabila dihalang menaiki bot ke pulau berkenaan disebabkan ejen yang gagal membayar wang tempahan kepada pihak resort.

"Bila sampai jeti. Orang resort nak jemput kami. Saya diberitahu ejen tak bayar lagi kat resort. Jadi kami tak boleh naik bot. Dengan selamba mamat dari resort tu kata, tak apalah, you all check in lambat. Memang buat hal betul agensi ni. Sekali lagi saya 'berbulu' habis. Kenapa pula saya kena check in lambat, dah la panas kat jeti tu, kami ni angkut budak-budak. Jadi kami call agensi dari jeti tu, haram tak berangkat! Mamat wakil resort tu pun tak profesional langsung. Dia kutuk agensi tu depan-depan kami," ceritanya lagi.

Tidak terhenti di situ, Dr Malar mendakwa dia turut berdepan banyak masalah ketika menginap di sebuah resort berhadapan panorama pantai di pulau berkenaan.

"Tiada housekeeping. Saya tak tahu normal ke tidak, tapi bayangkan bayar beribu-ribu, datang holiday nak rehat nak healing, alih-alih saya kena kemas bilik, sapu bilik, basuh tandas apa bagai. Owner untung juta-juta, tak nak bayar housekeeping, customer pula merana. Sampah pun tak diambil setiap hari, rimas mata tengok bakul sampah tak clear. Saya bawa shower gel sendiri. Tak ada tempat nak letak. Letaklah atas lantai je masa mandi. Biliknya tiada televisyen, tiada air mineral dan telefon. Jadi tak boleh call reception. Air dia kotor warna coklat, kena cari air mineral untuk jerang air. Tapi hotel tak sedia air mineral. Kalau nak tukar tuala, kita kena berjalan bawa tuala ke reception. Dan dia akan datang ke bilik lepas tu. Saya dah tukar hari kedua. Bila nak tukar sekali lagi hari ketiga, budak reception tak bagi. Dia kata kalau empat hari tiga malam boleh tukar dua kali. Kalau tiga hari dua malam, sekali je," dakwanya lagi.

Menerusi luahan panjang lebar di Facebook, Dr Malar turut menegur kualiti makanan di resort berkenaan yang dikatakan tidak mencapai standard biasa dan dianggap setaraf juadah dewan makan asrama sahaja. Akhir bicara, Dr Malar berkata dia sekeluarga tetap seronok dapat berkunjung ke destinasi peranginan itu, namun kecewa dengan khidmat resort serta agensi pelancongan yang disebutnya.

"Nasib baiklah dalam trip ni kami sewa private bot untuk pergi tengok turtle dan tengok deep water corals dan ikan-ikan. Kami sewa bot Pok Di, dia baik dan sporting sangat. Next time kitaorang nak book bilik direct kepada hotel, cari hotel yang best. Lepas tu cari private bot untuk water activity, tak pyah ambil pakej yang kononnya semua included tapi akhirnya dia orang suruh bayar again and again and again," tulisnya lagi.

Tambah Dr Malar, dia kecewa apabila hasratnya untuk bercuti dengan tenang terbantut kerana resort tersebut tidak menyediakan perkhidmatan yang sepatutnya diterima pelanggan, sebagaimana di resort-resort lain.​

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register