Dr Mahathir: Tengku Razaleigh Sepatutnya Guna Saluran Sesuai Nyatakan Pendirian Royal

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Beliau berkata Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sepatutnya menggunakan medium lain yang lebih sesuai seperti forum untuk menyatakan sesuatu pandangan.

"Saya rasa ini tidak boleh diterima, saya sendiri akan menggunakan saluran seperti forum untuk menyuarakan pandangan saya.

"(Malahan) Beliau boleh bercakap dengan Perdana Menteri jika Perdana Menteri mahu berjumpa beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk "Asean: Present and Future Challenges" pada Persidangan Asean Logics 2010 di Universiti Islam Antarabangsa Malayaia (UIAM) di Gombak di sini hari Selasa.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian terbaru anggota Parlimen Gua Musang itu bahawa Kelantan berhak mendapat royalti minyak yang berbeza dengan pendiriannya sebelum ini.

Kenyataan itu dibuat Tengku Razaleigh semasa berucap pada majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan minggu lepas yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dr Mahathir berkata beliau fikir Tengku Razaleigh sebagai orang Kelantan tentu mahu melihat Kelantan mendapat wang royalti minyak itu.

Ketika ditanya sama ada tindakan Tengku Razaleigh itu boleh memberi kesan kepada pengundi di Kelantan, Dr Mahathir berkata : "Mungkin boleh beri kesan, macamana pun kita (Barisan Nasional) tidak boleh dapat (Kelantan) kerana orang Kelantan ada dia punya idea sendiri."
 
Sponsored Post

glyceraldehyde

Active Member
Joined
Oct 19, 2008
Messages
1,597
Reaction score
113
Points
33
Inilah masaalah nih... dah lepas pilihanraya dah pun, tindakan Ku Li patut disokong, untuk kemaslahatan negeri baguslah bersatu.... jgn ego tak tentu pasal hanya kerana perbezaan ideologi politik, nak tunjuk ego politik mase pilihanraya dah ler......
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
Siape mahathir? Menteri ape dier?
 

viper207

Banned
Joined
Nov 12, 2008
Messages
5,590
Reaction score
54
Points
70
MahaFiraun memang banyak bercakap sampai Overdose
 

zkry

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
Suka hati dialah nak luahkan pendirian dia kat mana2pun...:D:D
Berani kerana benar
 

TANjb

Fun Poster
Joined
Nov 24, 2008
Messages
287
Reaction score
1
Points
15
Kalau dah hak Kelantan dapat royalti, bayar sajelah .......kenapa susah sangat bila nak bayar kpd negeri pembangkang? Dulu terengganu, skrg Kelantan.
 

hisham27

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
3,035
Reaction score
11
Points
25
Ada lagi yang masih berfikiran sempit dalam berpolitik... tidak boleh mengatakan kebenaran.
Saluran apa lagi yang Kuli perlu lalui ? Dalam paper dah kata, dalam Tv tak keluar...
Bila berceramah dengan PAS dikatan saluran tidak betul....aduhhh cian laa...:((
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,255
Reaction score
516
Points
176
kalau kuli jumpe najib rasanya dah tau dah apa jawapannye...
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
ku li berceramah bkn bawah pas..pas anjurkan solat magrib n hajat jek..yg anjurkan majlis ni adalah gerak kalau tak silap sy...

bo doh jugak cek det ni..:))

saluran ape yg betol ?biarlah rakyat tau..

owh..ni mesti sebab kuli ckp teran2 kat org ramai..mahthir nak ku li ckp senyap2..xmau org lain tau..kalo da tau,hbsla..agagagagaga bo dos semakin hari semakin bo dos org umno ni ek..aritu zambry..ni chedet..
 

mustang rider

Active+ Member
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
Ku Li patut di beri pujian kerana dia bercakap atas kebenaran dan bukan atas ideologi politik semata2......rasa dah sampai masa Ku Li bersuara oleh kerana dia salah seorang pengasas Petronas.....:D:D:D





:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register