BTC USD 27,532.3 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr Mahathir saman Zahid Hamidi berhubung isu 'Kutty'

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1
Bekas Perdana Menteri berkata, meskipun mempunyai darah keturunan India, susur galur tersebut tidak menjadikan beliau 'kurang Melayu' atau 'bukan Melayu'.
https://www.utusan.com.my/.../ahmad-zahid-sengaja.../

Ahmad Zahid sengaja bangkit isu perkauman – Dr. Mahathir​

tunt3.jpg


  • 13 September 2022, 3:19 pm









KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid sengaja membangkitkan isu perkauman ketika memfitnah dan mempertikai asal keturunannya sewaktu menggelar beliau ‘Mahathir anak lelaki (a/l) Iskandar Kutty’.

Bekas Perdana Menteri berkata, meskipun mempunyai darah keturunan India, susur galur tersebut tidak menjadikan beliau ‘kurang Melayu’ atau ‘bukan Melayu’.

Jelas Dr. Mahathir selaku plaintif, isu berhubung salasilah keturunannya hanya dibangkitkan oleh Ahmad Zahid selepas beliau tidak lagi bersama UMNO yang jelas menunjukkan niat jahatnya.
Bekas Perdana Menteri menyatakan demikian dalam jawapan kepada pembelaan yang difailkan oleh Ahmad Zahid.

Dr. Mahathir mengemukakan saman fitnah terhadap Ahmad Zahid kerana mengeluarkan kenyataan palsu yang mempersoal keturunan dan perjuangan politik beliau ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya, lima tahun lalu.

Plaintif selanjutnya menegaskan, Presiden UMNO mempunyai niat jahat ketika menggelarnya demikian di hadapan khalayak ramai sehingga menjatuhkan dan merendahkan imejnya sebagai seorang tokoh politik yang berpengaruh.

Menurut Dr. Mahathir, defendan membuat kenyataan fitnah tanpa usul periksa atau mengambil sebarang langkah wajar dan munasabah untuk memastikan kebenaran maklumat tersebut.

Plaintif menyatakan, pembelaan-pembelaan yang dibangkitkan oleh defendan iaitu pembelaan perosak dan penawar (bane and antidote), justifikasi, ulasan saksama, dan perlindungan bersyarat dan/atau

pembelaan Reynolds, tidak berjaya.

Sehubungan itu, beliau memohon mahkamah menolak pernyataan pembelaan Ahmad Zahid dan membenarkan tuntutan samannya dengan kos.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 17 Ogos lalu menafikan kenyataan yang dibuat pada 30 Julai 2017 adalah berniat jahat untuk memfitnah dan merendahkan reputasi plaintif di khalayak umum.

Dakwa Presiden UMNO itu, nama `Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ merujuk kepada seorang individu berdasarkan maklumat dalam salinan kad pengenalan yang lama selain mendakwa beliau juga tidak mempunyai kawalan ke atas sebarang penerbitan video berhubung kenyataannya di platform media.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr. Mahathir memberitahu pihak media, mahkamah menetapkan 7 November ini untuk pengurusan kes selanjutnya pada prosiding di hadapan Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris secara e-Review hari ini.

Dr. Mahathir memfailkan writ saman di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Julai lalu melalui Tetuan Haidir & Co. dengan menamakan Ahmad Zahid sebagai defendan tunggal.
Dalam pernyataan tuntutannya, Dr. Mahathir, 97, selaku plaintif mendakwa Presiden UMNO itu antara lain mempertikai asal usulnya yang dikatakan bukan berketurunan Melayu ekoran perkataan `kutty’ didakwa tertera pada kad pengenalan berwarna biru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, rakaman video mesyuarat tersebut yang berlangsung pada 30 Julai 2017 kemudian diterbitkan semula dalam akaun Youtube Astro AWANI dan telah mencatat 148,199 tontonan.

Pernyataan tuntutan tersebut antara lain menyatakan, Ahmad Zahid (defendan) seperti dalam rakaman video berdurasi hampir tiga minit itu turut memfitnah beliau dengan menyentuh perjuangan politiknya ketika dalam UMNO.

Menurut Dr. Mahathir, rakaman video itu turut disiarkan melalui platform lain termasuk portal-portal berita iaitu Free Malaysia Today (FMT), Malay Mail, Malaysiakini dan Malaysia Today.
Plaintif menyatakan, defendan berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan fitnah sehingga mendedahkan beliau kepada kebencian masyarakat dan menyebabkan kedudukannya sebagai seorang negarawan dan tokoh politik berpengaruh, dipandang serong.

Plaintif turut memplidkan bahawa kenyataan-kenyataan fitnah itu telah merosakkan nama baik, maruah, reputasi dan integriti beliau selain bertujuan melemahkan pengaruh politiknya secara berterusan.

Menurut Dr. Mahathir, kenyataan fitnah itu juga turut membawa maksud plaintif menggunakan orang Melayu semasa berjawatan Perdana Menteri untuk mendapatkan keuntungan politik dan peribadinya serta memperkecilkan rakyat Malaysia berketurunan India Muslim.

Plaintif juga berasa malu dan terhina dengan keturunan nenek moyangnya yang mempunyai darah India.

Plaintif memplidkan bahawa kenyataan-kenyataan fitnah itu secara tersiratnya membawa maksud bahawa kredibiliti beliau selaku pemimpin negara dan pemimpin parti yang mengutamakan orang Melayu, diragui.

Pernyataan tuntutan itu turut menyertakan alasan munasabah berhubung kelewatan plaintif mengambil tindakan segera kerana beliau terlebih dahulu telah bertindak mencabar kenyataan defendan dalam beberapa peristiwa sebelum menyamannya.

Menurut Dr. Mahathir, antara langkah-langkah itu termasuk mengeluarkan kenyataan media seperti yang disiarkan dalam video di akaun YouTube KiniTV pada 31 Julai 2017.

Defendan tidak mengambil sebarang tindakan atau langkah munasabah bagi mengesahkan kenyataan tersebut atau menghalang penerbitan semula walaupun menyedari kenyataan itu mendapat perhatian pembaca.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi keterlaluan yang akan ditaksir oleh mahkamah.

Plaintif menuntut ganti rugi am kerana kenyataan fitnah itu memalukan beliau dan menjatuhkan reputasinya selaku negarawan dan pemimpin politik yang disegani.

Plaintif turut menuntut perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejen-ejennya atau sesiapa sahaja daripada berkomunikasi, mengeluarkan komen dan mengulangi kenyataan fitnah terhadapnya.

Plaintif juga menuntut satu perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf tanpa syarat secara lisan dan bertulis berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkannya. – UTUSAN
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1
sebelum ini


Dr Mahathir saman Zahid Hamidi berhubung isu 'Kutty'​

Ogos 19, 2022 @ 12:30pm


Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mempersoalkan asal usul bekas Perdana Menteri itu pada 2017.

Dr Mahathir, 97, yang juga bekas Pengerusi BERSATU selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haidir & Co di Mahkamah Tinggi di sini, pada 20 Julai lalu dengan menamakan Ahmad Zahid, 69, yang juga Presiden UMNO sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan dalam sistem mahkamah yang dilihat BH, Dr Mahathir berkata defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepada plaintif ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.



Ahmad Zahid menyampaikan ucapan perasmian persidangan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 28 Mac 2021. - Foto hiasan UMNO ONLINE
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan perasmian persidangan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 28 Mac 2021. - Foto hiasan UMNO ONLINE

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan palsu dan fitnah diterbitkan semula menerusi Youtube Astro AWANI berdurasi dua minit 41 saat.

Rakaman video berkenaan mencatatkan tontonan sebanyak 148,199 kali setakat writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan.

Dr Mahathir percaya individu dirujuk Zahid adalah beliau
Plaintif percaya dengan sesungguhnya bahawa individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah itu sebagai 'orang itu', 'dia' dan 'Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty' jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

Kenyataan fitnah yang diterbitkan Youtube Astro AWANI boleh diakses dan ditonton oleh semua pengguna internet di setiap pelusuk dunia tanpa sebarang sekatan atau had.

Jumlah pihak yang mengetahui atau menonton rakaman video majlis yang mengandungi kenyataan fitnah itu tidak diketahui jumlah sebenarnya.

Lanjutan itu, terdapat media dan platform dalam talian lain melaporkan mengenai kenyataan fitnah berkenaan seperti Malay Mail, Free Malaysia Today dan Malaysiakini.

Pada 17 Mei lalu, Dr Mahathir dilaporkan mempertimbang akan mengambil tindakan saman terhadap Ahmad Zahid jika bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah berkenaan.

Dr Mahathir dipetik berkata, beliau tidak gemar menggunakan mahkamah walaupun ramai yang memfitnahnya kerana sedar dalam kempen politik akan ada yang bertindak di luar batas dan had.

Namun, beliau berasa perlu ada tindakan kerana sikap pembohong Ahmad Zahid amat memualkan dan tidak boleh dibiar begitu sahaja.

Kenyataan fitnah jejaskan kredibiliti Dr Mahathir sebagai negarawan
Dr Mahathir menerusi pernyataan tuntutan berkenaan itu juga berkata, Ahmad Zahid yang berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkannya kepada rasa tidak puas hati dan dibenci oleh masyarakat.

Susulan itu, beliau berkata, kedudukannya sebagai seorang negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong.

Kenyataan itu merendahkan, mencederakan dan mencemarkan reputasi, nama baik, maruah, integriti serta imej baik plaintif, selain ia bertujun melemahkan pengaruh politiknya secara berterusan sehingga mengalami kerugian besar dan teruk.

Kenyataan fitnah itu dalam maksud semula jadi dan biasa adalah sepanjang masa merujuk kepada plaintif dan diertikan, dimaksudkan atau difahamkan untuk membawa maksud seperti berikut:
Plaintif bukan dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Islam dengan nama asal didakwa sebagai Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.
Plaintif menggunakan orang Melayu semasa menjadi Perdana Menteri untuk mendapatkan keuntungan politik dan peribadi.

Kenyataan Zahid seperti memperkecilkan golongan India Muslim
"Plaintif memperkecilkan rakyat Malaysia yang berketurunan atau berbangsa India Muslim dan plaintif berasa malu serta terhina dengan keturunan nenek moyang yang mempunyai darah India," kata Dr Mahathir dalam kenyataan tuntutan saman berkenaan.

Selain itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, kenyataan fitnah Ahmad Zahid secara tersirat memberi maksud kredibilitinya untuk memimpin negara dan parti yang mengutamakan orang Melayu secara keseluruhan dipersoalkan dan diragui.

Ia juga difahamkan beliau adalah pembohong, tidak boleh dipercayai, mementingkan diri, tidak beretika semasa memegang jawatan awam serta tidak layak untuk menjadi pemimpin atau tokoh masyarakat.

Implikasi kenyataan fitnah itu menjatuhkan reputasi plaintif sebagai ahli politik dan ahli Parlimen bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat, meningkatkan kemakmuran dan prestasi negara.

Ia juga merendahkan prestasi, martabat, integriti, kredibiliti, kebolehpercayaan dan kebolehan plaintif untuk memimpin negara. Selain itu, kenyataan Zahid turut menyebabkan plaintif mendapat serangan peribadi sehingga dibenci, dikecam dan direndahkan oleh masyarakat.

Menjadikan plaintif seorang yang stereotaip, mendiskriminasi, rasisme dan memandang rendah kaum India Muslim di Malaysia terutama memberi sentimen atau tanggapan plaintif tidak jujur, mementingkan diri, licik dan penuh dengan tipu helah demi kepentingan peribadi.

Pengurusan kes seterusnya 13 September ini
Sementara itu, peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi ketika dihubungi berkata, pengurusan kes saman itu diadakan di depan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nor Afidah Idris, pagi ini secara dalam talian.

"Pengurusan kes seterusnya pada 13 September ini manakala jawapan pembelaan (Ahmad Zahid) adalah pada atau sebelum 8 September ini. Permohonan interlokutori (permohonan sebelum perbicaraan) boleh difailkan pada bila-bila masa sebelum tarikh akan datang," katanya.
Ahmad Zahid diwakili peguam bela, Aina Dalila Daman Huri.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1
perkembangan terdahulu boleh dilihat di link berikut

 
Sponsored Post

Top
Log in Register