Dr Mahathir ingatkan rakyat supaya bertenang

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menasihati rakyat supaya bertenang berikutan insiden membaling bom api di empat gereja sekitar Kuala Lumpur dan tidak bertindak melakukan perbuatan di luar kawalan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Beliau berkata, lebih mudah untuk mengawal golongan sofistikated, berpendidikan dan bersikap terbuka dalam perkara yang membabitkan sentimen keagamaan tetapi bukan mereka yang "dikatakan" kurang berpendidikan dan tidak rasional.

"Satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu ini adalah untuk bertenang, tetapi bagaimana anda boleh beri jaminan bahawa mereka yang kurang berpendidikan akan turut akur dan bertenang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Keluarga Proton 2010 yang diadakan sempena ulang tahun ke-25 Proton di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, lebih baik untuk membincangkan isu sensitif seperti isu keagamaan secara tertutup dan tidak terlalu brsikap ghairah dengan mengadakan perhimpunan awam dan demonstrasi.

"Di negara ini, isu sensitif tertentu perlu diselesaikan secara tertutup tetapi apabila ada peristiwa umum dengan mahkamah membuat keputusan, maka sesetengah pihak mungkin berasa gembira dan ada juga yang tidak gembira... saya berasa tidak gembira," katanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember yang membenarkan Gereja Roman Katolik di Malaysia menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitan mingguannya, Herald.

Mengenai gesaan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) yang meminta penerbitan media supaya tidak memainkan isu perkauman dalam penerbitan mereka, Dr Mahathir berkata pengamal media perlu lebih matang untuk tidak memainkan isu seperti itu.

Beliau turut menggesa masyarakat Malaysia supaya tidak dipaksa bersetuju dengan pandangan terbuka berhubung isu sensitif tertentu yang diterima dan diamalkan oleh beberapa negara maju.

"Kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai agama, pelbagai ekonomi, pelbagai budaya dan pelbagai bahasa... kita tidak seharusnya dipaksa bersetuju dengan apa yang dikatakan peradaban dan pandangan terbuka negara maju.

"Kita telah pun muncul sebagai sebuah negara maju dalam acuan kita sendiri dan ini tidak bermakna bersikap terlalu bebas sehingga mula berjalan ke sana sini tanpa berpakaian dan sebagainya. Itu adalah cara mereka (negara maju) yang menganggapkan diri mereka maju dan bukannya kita," katanya.
 
Sponsored Post

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
siapakah pm yang menafikan hak anak melayu islam untuk mendapat biasiswa dan diganti dengan hutang siswa

tun

banyak lagi jenayah dalam pendidikan yang telah dia buat
sekarang bising pulak kata orang islam tak berpendidikan tak berfikiran rasionallah bla bla lah
 

periamuda

Super Active Member
Joined
May 30, 2009
Messages
5,907
Reaction score
66
Points
70
siapakah pm yang menafikan hak anak melayu islam untuk mendapat biasiswa dan diganti dengan hutang siswa

tun

banyak lagi jenayah dalam pendidikan yang telah dia buat
sekarang bising pulak kata orang islam tak berpendidikan tak berfikiran rasionallah bla bla lah
Mcm terasa je...anda salah seorg dari yg 'kurang pendidikan' dan tidak rasional mcm tun kata ke...:D
 

BlueDream

Legendary Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
12,909
Reaction score
59
Points
120
betul cakap chedet
jgn buat demo...
kena sebiji org umno
 

lampor_2003

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
11,045
Reaction score
137
Points
123
nak tenang ker?dah ader surau yg da kene baling batu pon nak tenang lg ker?
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
Mcm terasa je...anda salah seorg dari yg 'kurang pendidikan' dan tidak rasional mcm tun kata ke...:D
bro lihat lah realiti lepas tun gantikan biasiswa kepada hutang siswa berapa ramai anak melayu yang tidak dapat melanjutkan pelajaran

dan berapa ramai juga anak melayu yang tamat pelajaran belum kerja dah berhutang sedangkan kerja belum tentu lebih lebih lagi dalam situasi gawat mcm nie

kalau nak sebut rasional adakah tindakan tun tu rasional sedangkan mungkin kita rasa tun tu terlajak berpendidikan

lagi satu bagaimana kita seorang islam boleh bertenang jika agama kita telah dihina ingatlah lagi kita kisah natrah betapa beraninya mereka mempertahankan aqidah seorang kanak kanak yang hendak dimurtadkan adakah dengan cara bertenang

dengan hanya cara demo sahaja kita mampu menunjukkan kekesalan dan tak puas hati kita
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register