Dr Mahathir beri amaran PH boleh jadi kerajaan sepenggal

CG Sponsors




tjbumi

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2007
Messages
2,584
Reaction score
8
Points
25
Semua yg jadi wakil rakyat ingat nak cepat kaya dalam otak memasing. Bukan nak bantu rakyat kat bawah. Kalau sikap begini berterusan, mmg sepenggal je la memerintah. Tak kira la parti mana pun.
 
Sponsored Post

oso050

Fun Poster
Joined
Feb 25, 2018
Messages
995
Reaction score
121
Points
33
Kita tggu Saudara Anwar..hrp beliau berjaya
 

MatDev

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2016
Messages
198
Reaction score
17
Points
25
Semua yg jadi wakil rakyat ingat nak cepat kaya dalam otak memasing. Bukan nak bantu rakyat kat bawah. Kalau sikap begini berterusan, mmg sepenggal je la memerintah. Tak kira la parti mana pun.
ada dengar cerita kedai kopi jelar.. sejauh mana kebenaran wallahualam..

kalau politik kat selangor lagi kuat main duit.. difahamkan 3 orang su zuraida silent millionaire..
 

moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
8,207
Reaction score
626
Points
111
ada dengar cerita kedai kopi jelar.. sejauh mana kebenaran wallahualam..

kalau politik kat selangor lagi kuat main duit.. difahamkan 3 orang su zuraida silent millionaire..
Biasa lah tu. Diorg boleh bukak akaun kat luar negara. Salah satu cara nak lepas. Sbb tu boleh panggil silent millionaire.
 

MatDev

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2016
Messages
198
Reaction score
17
Points
25
Biasa lah tu. Diorg boleh bukak akaun kat luar negara. Salah satu cara nak lepas. Sbb tu boleh panggil silent millionaire.
sebab tu sanggup bergaduh apa bagai.. fuhh bahaya betul politik
 

JiJi_86

Fun Poster
Joined
Sep 28, 2008
Messages
381
Reaction score
28
Points
25
kita rakyat jadi mangsa dengan amaran ini.menteri2 ahli parlimen,kuncu2,masing2 fikir nak selamatkan diri.memenuhkan poket sebanyak munkin,x de masa nk fikir fasal rakyat.asyik gaduh sesama sendiri.Belanjawan lepas bukan untuk kita,untuk diorang.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
53,336
Reaction score
6,791
Points
1,746
Malaysiakini (BM Version)
Sebentar tadi ·
ULASAN | Tak perlu Dr Mahathir cuba melepas diri dengan menuding jari kepada orang lain, kata setiausaha AMK.


'Dr M tak patut tuding jari untuk lepaskan diri'
Syukri Razab
Diterbitkan Hari ini 3:38 petang

ULASAN | Saya membaca kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang bertajuk ‘Dr M beri amaran PH boleh jadi kerajaan sepenggal’.

Dalam kenyataan tersebut, Dr Mahathir memberi amaran bahawa kerajaan hari ini boleh menjadi kerajaan sepenggal sekiranya pemimpinnya tidak mahu berubah.

Beliau juga mengatakan pemimpin hari ini sibuk bergaduh sesama sendiri sehingga kerja-kerja untuk rakyat terabai. Saya akui dan bersetuju bahawa pemimpin Pakatan Harapan perlu kembali fokus kepada agenda rakyat.

Usaha yang berlipat kali ganda perlu dilakukan bagi memastikan isu-isu periuk nasi rakyat dapat diselesaikan segera.

Iklan





Namun alangkah bagusnya jika Dr Mahathir lebih bersikap rendah diri dan tidak menuding jari atas kelemahan prestasi kerajaan Pakatan Harapan hari ini.

Sewajarnya beliau mengakui bahawa kekalahan demi kekalahan yang dialami Pakatan Harapan dalam beberapa siri pilihan raya kecil adalah manifestasi kelemahan jentera Kerajaan.



Ironinya, Dr Mahathir sendiri merupakan ketua kepada jentera kerajaan yang sedang dilihat lemah ini. Oleh itu tak perlu Dr Mahathir cuba melepas diri dengan menuding jari kepada orang lain.

Apa juga yang berlaku terhadap hal ehwal dalaman Pakatan Harapan sebenarnya tidaklah begitu penting untuk rakyat. Apa yang lebih utama untuk rakyat adalah kebajikan dan masalah beban sara hidup yang sekian lama mereka hadapi dapat diselesaikan segera.



Malah tidak jelas apa sebenarnya yang cuba diperkatakan oleh Dr Mahathir mengenai pemimpin Pakatan Harapan sibuk bergaduh. Apa juga justifikasinya, sokongan rakyat pasti akan lebih baik sekiranya kerajaan hari ini benar-benar melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan sebelum pilihan raya umum yang lalu.



Lupakah Dr Mahathir bahawa beliaulah yang mula-mula mengatakan bahawa manifesto Pilihan Raya itu bukan kitab suci. Maka tidak hairan jika prestasi kerajaan hari ini tidak bertepatan dengan kehendak sebenar yang rakyat idam-idamkan.



Jika benar ada menteri yang gagal, lalu apa yang menghalang Dr Mahathir untuk merombak kabinet?

Apa perlu Dr Mahathir mengekalkan 'menteri kereta terbang' yang telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan menjadi bahan lawak jenaka.

Akhirnya bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik yang tertendang walaupun ramai yang berpandangan 'menteri kereta terbang' sewajarnya disingkirkan lebih awal.



Peringatan agar kerajaan Pakatan Harapan lebih serius dalam melaksanakan agenda rakyat sudah dibuat sejak hari pertama Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan.

Namun sehingga hari ini usaha tersebut kelihatan terlalu lemah dan perlahan. Kekalahan demi kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil juga nampaknya gagal menjadi iktibar untuk Kerajaan bermuhasabah.



Oleh itu secara tuntasnya, saya mendesak agar Dr Mahathir sebagai ketua kerajaan untuk mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan demi kekalahan Pakatan Harapan ini.

Saya percaya perdana menteri cukup sedar yang prestasi kerajaan di bawah pimpinan beliau jauh terkebelakang berbanding harapan sebenar rakyat. Justeru atas dasar tanggungjawab, wajarlah Dr Mahathir sendiri sebagai Perdana Menteri Malaysia meletak jawatan.



SYUKRI RAZAB merupakan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.

 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,435
Reaction score
460
Points
81
Dah terlambat.. Walaupun ko uturn, org dah x caya.. Sebab generasi X ni lain sikit, ko patahkan hati dia...siap la ko. Lagipun Generasi X bukan jenis yang setia... Byk kes cerai pun dari sini la..

Eh termasuk cerai pula..

Kat Sabah, Warisan pun mcm dah senyap je.. Aku rasa PH PKR DAP ni menten kat Penang, Selangor, Kedah, dan KL je kot. Lain2 tempat BN dan sekutunya ambik balik.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register