Dr. M ulas isu MV Agusta

CG Sponsors

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Selepas hampir empat tahun, isu penjualan 57.75 peratus pegangan saham Proton Holdings Bhd. (Proton) dalam MV Agusta Motor Spa (MV Agusta) pada harga 1 euro (RM4) sekali lagi dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Isu itu timbul rentetan laporan edisi terbaru Robb Report iaitu sebuah majalah untuk golongan kaya dan ternama mengenai kedudukan semasa MV Agusta selepas ia dibeli oleh pengeluar motosikal Harley Davidson.

Dalam entri bertajuk MV Agusta Again yang disiarkan dalam laman blognya, www.chedet.co.cc, Dr. Mahathir yang juga Penasihat Proton memetik laporan di bawah seksyen "Front Runners" majalah tersebut yang berbunyi:

"MV Agusta baru yang terus hidup dengan sempurna... Sejak mendapatkan MV Agusta pada harga lebih AS$100 juta (RM340 juta) pada 2008, Harley Davidson telah membantu mencergaskan semula jenama Itali yang berusia 65 tahun itu. MV Agusta baru 2010 (www.mvagustausa.com) membuat penampilan pertama pada November..."

Mengulas mengenainya, Dr. Mahathir berkata, rakyat mungkin masih mengingati Proton menjual pegangan sahamnya pada harga RM4 kepada syarikat Itali yang tidak dikenali yang kemudiannya menjual sebahagian daripada saham itu kepada Harley Davidson pada harga lebih RM340 juta.

Katanya, rakyat juga masih ingat bahawa baki saham itu dijual kepada BMW dengan harga yang hampir sama.

"Jadi kita menjual sesuatu dengan harga RM4 kepada pembeli misteri dari Itali yang menjualnya semula pada harga melebihi RM680 juta.-bijak ekonomi namanya ni

"Kita juga mungkin tahu Proton (sebelum itu) membeli sebahagian daripada MV Agusta pada harga kira-kira RM560 juta," katanya.

Pada 2 Mac 2006, Proton mengumumkan penjualan pegangan sahamnya dalam MV Agusta kepada GEVI SpA telah selesai.

Menurut kenyataan Proton, keputusan itu dibuat untuk kebaikan syarikat berdasarkan pilihan yang terhad pada waktu itu di samping menimbang segala kemungkinan dan nasihat daripada bank pelaburan yang dilantik oleh Proton.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, pengurusan Proton terdahulu mendakwa penjualan pada harga RM4 itu bertujuan menyelamatkan jutaan ringgit aset syarikat pengeluar kereta nasional itu.

Katanya, beliau masih cuba untuk memahami rasional penjualan itu dan meminta bantuan pembaca blognya untuk membantu beliau mendapatkan jawapan.

"Saya dilantik sebagai Penasihat Proton tetapi sewaktu era pengurusan terdahulu, merekalah yang menasihatkan saya bahawa penjualan telah dibuat.-cover...cover diri cepat

"Nyata sekali tugas penasihat ialah menerima nasihat dan bukannya memberi nasihat," katanya sinis.
 
Sponsored Post

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,354
Reaction score
467
Points
86

ooo citer nih ..
tu sebab dulu CHet Det nih ngajuk ngan Proton.
penat dia soh proton beli agusta .. sesenang je boodoowi jual .
 
eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
ooo citer nih ..
tu sebab dulu CHet Det nih ngajuk ngan Proton.
penat dia soh proton beli agusta .. sesenang je boodoowi jual .
boooodoowi jual :-?:-?:-? bukan kes nie zaman mahathir dulu ke
 
katsumoto

Active Member
Joined
Oct 21, 2006
Messages
1,783
Reaction score
38
Points
30
che det lupa yg MV Agusta ada hutang beratus juta, so jual harga rm4 dengan hutang2nya sekali, tak boleh la kira rm4 tu... kalau betul rm4 tu boleh beli agusta, aku pun nak beli
 
aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
teruskan kritikan anda terhadap kerajaan dulu dan skang

biau keluar semua rahsia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register