Dr M pertahan hak Malaysia tidak hantar pulang Zakir Naik

Recommended Brokers


cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,013
Reaction score
5,769
Points
1,346
Solidariti Untuk Dr Zakir Naik

sejak 2 hari petisyen ni dilancarkan, 113,542 tandatangan sudah berjaya dikumpulkan

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,013
Reaction score
5,769
Points
1,346
Dr Zakir Naik dipanggil kali ke-3



DR Zakir Naik tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi keterangan kali ke-3. FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ






PENCERAMAH bebas Dr Zakir Naik dipanggil ke Bukit Aman, petang ini, untuk diambil keterangan kali buat kali ketiga.

Dia yang sentiasa berimej kopiah dan berkemeja putih serta berseluar hitam dilihat menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova berwarna gelap memasuki Bukit Aman jam 3.38 petang.

Jumaat lalu, Zakir turut memberi keterangan di Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Bukit Aman bermula jam 3.30 petang hingga 7 malam.

Keterangan Zakir disambung semula pada Isnin lalu sebelum selesai 10 jam kemudian.

Pendakwah antarabangsa itu dipercayai datang bersama peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader, hari ini.

Rakaman percakapan itu dibuat susulan dua aduan diterima terhadap pendakwah terkenal berkenaan.

Satu aduan berhubung video ceramah beliau menyatakan penganut Hindu tidak menyokong Perdana Menteri Malaysia sebaliknya menyokong Perdana Menteri India.

Aduan kedua mengenai kenyataan Zakir yang meminta kaum Cina untuk keluar dari Malaysia yang dilaporkan sebuah portal berita.








sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/08/488688/dr-zakir-naik-dipanggil-kali-ke-3

Zakir Naik ke Bukit Aman lagi

Diterbitkan Hari ini 4:47 petang




Pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik, berkunjung sekali lagi ke Bukit Aman petang ini.

Bagaimanapun kedatangan Zakir ke ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bukanlah untuk memberi keterang berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Sebaliknya, menurut peguam Zakir, Akhberdin Abdul Kadeer, pendakwah yang dikehendaki New Delhi itu datang untuk memberikan keterangan terhadap laporan polis yang dibuatnya.

“Kami akan memberikan keterangan mengenai laporan polis oleh Zakir terhadap Kula, Ramasamy, Dennis Ignatius, Satees Muniandy dan Charles Santiago," katanya kepada Malaysiakini melalui mesej pesanan ringkas sebelum itu.

Akhberdin membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy; Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy; Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago dan bekas duta Malaysia ke London, Beijing dan Washington, Ignatius.

Menurut Akhberdin, mereka menetapkan sendiri tarikh dan waktu untuk memberi keterangan tersebut.

"Sejak Isnin lalu kami tidak mempunyai banyak masa (untuk datang ke Bukit Aman)," katanya.

Zakir bersama Akhberdin tiba secara berasingan di pintu masuk Bukit Aman kira-kira jam 3.40 petang tadi. Zakir menaiki kereta Toyota Innova manakala peguam terbabit menggunakan Honda Civic hitam.

Mereka tidak melayan sebarang soalan dikemukakan wartawan yang menunggu di situ, sebaliknya terus memasuki Bukit Aman.

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,013
Reaction score
5,769
Points
1,346
Sekatan polis pada Zakir Naik sah atau tidak?

Diterbitkan Hari ini 9:12 pagi | Dikemaskini Hari ini 11:17 tengahari




Selepas Dr Zakir Naik dilarang menyampaikan ceramah dikhalayak umum termasuk dimedia sosial, timbul persoalan sama ada tindakan polis itu sah.

Menurut ketua komunikasi korporat polis Asmawati Ahmad, sekatan itu dikeluarkan berdasarkan Seksyen 3(3) Akta Polis bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam


Seksyen itu menyebut: “Tertakluk kepada akta ini, pasukan hendaklah diguna khidmat di dalam dan di seluruh Malaysia (termasuk perairan wilayahnya) bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.”

Larangan polis itu dikeluarkan selepas ketengan selepas penceramah kontroversi itu berucap di Kelantan pada 8 Ogos lalu, yang dikatakan mengguris perasaan orang Cina dan India.

Zakir mendakwa kenyataannya itu dilapor di luar konteks.

Peguam-peguam yang bercakap dengan Malaysiakini berpendapat seksyen yang diguna pakai itu tidak memberikan kuasa kepada polis untuk menyekat seseorang bercakap di khalayak ramai.

“Seksyen itu hanya untuk mengenal pasti peranan anggota polis.

“Ia tidak memberikan kuasa jelas kepada polis untuk melakukan suatu tindakan khusus,” kata Haniff Khatri ketika dihubungi.


Haniff Khatri


New Sin Yew


Peguam New Sin Yew berkongsi pandangan sama.

Dalam kenyataan ringkas kepada media melalui WhatsApp, Selasa lalu, polis berkata bagi mengelakkan kontroversi dan mengelakkan ketegangan awam, semua ketua polis negeri diarah menasihatkan penganjur untuk memberhentikan acara melibatkan Zakir.

Ketika diminta menjelaskan perkara itu, seorang jurucakap polis berkata nasihat itu boleh ditafsirkan sebagai larangan.

Haniff berkata nasihat polis itu sebenarnya bagus dengan mengambil kira isu-isu keselamatan awam dan Zakir sendiri.

“Tetapi polis tidak boleh haramkan acara, terutamanya jika ia dianjurkan secara tertutup,” katanya.


New pula berkata tiada undang-undang membenarkan polis mengeluarkan larangan terhadap Zakir.

Menolak larangan penuh, New berkata jika Zakir melanggar undang-undang ketika berucap, barulah polis boleh menhentkan acara itu.

“(Sekarang) kalau dia nak bercakap tentang kucing dia pun, forum pencinta kucing (misalnya), itu pun tak boleh,” katanya.

 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
3,672
Reaction score
897
Points
71
org yg buat fitnah tu takde intelektual & tak mampu sangkal fakta yg dibawa oleh DZN.
malah DZN lebih memahami agama org hindu dan kitab mereka dari org hindu tu sendiri.

DZN hanya suruh mereka ikut ajaran kitab mereka sahaja.
Pengikut syaitan takut dengan kebenaran.

Jumpa face 2 face takut. so main tikam belakang lah. style zionist & anglo saxon.
Maka di ciptakan drama tamil utk tutup hak kebebasan bersuara.

NO HUMAN RIGHT NO FREEDOM OF SPEECH
HANYA HIPOKRASI SI PENAKUT YG TELO DA MASUK KE DALAM
 

soyabean84

Active+ Member
Joined
Mar 18, 2009
Messages
3,258
Reaction score
78
Points
30
Saya ada buat sedikit kajian tentang cara dakwah Dr.ZN dan cara org Islam di negara kita berdakwah.

Org Islam Malaysia berdakwah : Lebih kepada org sedang tercari2 jalan yg lurus, yakni org beragama selain Islam tetapi tercari2 kebenaran beragama. Selain tu secara pernikahan. Yang paling femes sekarang seperti Ustaz Abit Liew berdakwah kepada mereka2 yg dalam kesusahan, kesempitan, yg sedang mencari bimbingan.

Dr.ZN : Lebih kepada perbandingan agama, menerangkan kebenaran sebenar yg terkandung dalam kitab agama lain dibandingkan dgn Quran. Cara ini bukan sekadar org yang sedang mencari kebenaran, bahkan org yg pergi ke ceramah Dr.ZN yg kadang2 cuma sekadar utk dengar2 sahaja tetapi terpaut hati terhadap kebenaran dari ceramah Dr.ZN. Seorang yg hebat dlm perdebatan terdahap perbandingan agama kerana bukan sekadar kitab A-Quran, bahkan Dr.ZN juga mahir dgn kitab2 agama lain.

Jadi pendapat sy org bukan Islam di negara kita masih belum mencapai tahap di mana org agama lain boleh mempertikaikan kebenaran agama mereka dalam berdakwah. Disebabkan itu jgklah kenapa org Islam di negara kita panas punggung dgn Dr.ZN ni kerana masih lagi berpegang teguh dgn konsep kebebasan beragama.
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,013
Reaction score
5,769
Points
1,346
pendapat pendapat sekitar isu Dr Zakir

1.
Lukman Sheriff
1 jam ·

What a load of crap. (look the difference is of months aje between the 2 reports while ZN has used Comparative method bertahun2). Takkan baru tahu?
I have to remind dulu masa NUCC, Dr Mujahid and liberal groups mati2 defend freedom of speech. It was clearly defined by them that one can speak anyhow one wants so long as there’s no threat of physical harm. Kita kena liberallah terima criticism. I made known my stand then on this. Umat islam ketika itu upset sebab interference on agama kita seperti yg dilakukan oleh eric Paulson. Mati2 group ni defend this definition of free speech. Kata umat islam terlalu sensitiflah. Kena hormat their definition of freedom of speech lah. Tak kuat imanlah. Dsbg.
Totally have enough of this rubbish. Nak muntah camni. I cannot believe how unprincipled and hypocritical we have become. How double standard we have become on freedom of speech. Crap betul semua ni.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10156046667102820&set=pcb.10156046667192820&type=3&__tn__=HH-R&eid=ARCwLXOPT1CLjcLa0e8JsCSs69wd4tRUKeJiVxvKK54uwOufBbu5bh7xS1jEYMmyCJSiGhve-mNz2KA1




2.
Kamarul Yusoff
4 jam ·

CERDIKKAH FAISAL TEHRANI BILA MENGGELAR ULAMA, USTAZ, HAJI, MUFTI DAN LEBAI SEBAGAI TIDAK PUNYA OTAK UNTUK BERFIKIR

Membaca catatan Faisal Tehrani (Dr Mohd Faizal Musa) dalam Free Malaysia Today hari ini bertajuk "Hikayat Mufti Sombong" membuatkan saya terfikir siapakah yang sebenarnya sombong dan bodoh antara beliau atau mereka yang beliau anggap sebagai sombong dan bodoh itu.

Tidak salah untuk Faisal Tehrani atau sesiapa sahaja mengkritik Dr Zakir Naik atas apa-apa alasan juga, tetapi mengapa sampai perlu membuat generalisasi umum berbaur penghinaan bahawa "seorang ulama, ustaz, haji, mufti dan lebai itu kadang-kala tidak punya otak untuk berfikir"?

Bukan sekali, malah empat kali ayat yang sama telah Faisal Tehrani gunakan secara berulang-ulang dalam catatan beliau ini, iaitu bahawa "Kita sukar memahami lojika agamawan, sehingga kita merasakan seorang ulama, ustaz, haji, mufti dan lebai itu kadang-kala tidak punya otak untuk berfikir".

Ditambah pula pengakhiran lebih spesifik Faisal Tehrani yang menyentuh kedudukan mufti dengan menyebut "Kadang, melihat muka mufti pun kita tahu dia penyembah berhala. Yakni berhala dalam diri (yang dinamai ego). Mukanya sombong sekali. Mulutnya termuncung-muncung angkuh".

Saya tidak faham apa perlu Faisal Tehrani merangkumkan semua daripada golongan "ulama, ustaz, haji, mufti dan lebai" sebagai mereka yang "kadang-kala tidak punya otak untuk berfikir" jika beliau hanya bermasalah dengan individu tertentu daripada golongan "ulama, ustaz, haji, mufti dan lebai" ini.

Mengapa hanya dikhususkan kepada "ulama, ustaz, haji, mufti dan lebai" sahaja sebagai mempunyai sindrom "kadang-kala tidak punya otak untuk berfikir" sedangkan dari segi realitinya banyak lagi golongan lain yang lebih-lebih lagi menunjukkan sindrom "kadang-kala tidak punya otak untuk berfikir" ini?

Tidakkah Faisal Tehrani terfikir bahawa tindakan beliau mengelompokkan golongan "ulama, ustaz, haji, mufti dan lebai" sebagai mereka yang "kadang-kala tidak punya otak untuk berfikir" ini boleh menimbulkan kebencian kepada mereka selain mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat?

Siapa sebenarnya yang "kadang-kala tidak punya otak untuk berfikir"?




3.
DrMAZA.com
5 jam ·
[ADMIN] Ulasan Ustaz Salman Ali yang patut kita baca.

Salman Ali
7 jam ·

DAP dan Amanah, Amanah dan DAP
Hubungan antara DAP dan Amanah sangat unik, mereka berjaya menyatukan pandangan politik mereka dalam isu melibatkan agama dan bangsa dengan pendekatan berbeza. Yang 1 dengan pendekatan lantang dan lagi 1 dengan pendekatan halus.


DAP menganggap semua tuduhan kaitan TKM Penang dengan LTTE sebagai salah faham, menteri amanah tampil menyatakan pandangan serupa secara harmoni.

Menteri-menteri DAP tampil bersama mengkritik polis dalam menguruskan rusuhan di kuil, lalu menteri Amanah tampil bertenaga menjulang tangan pemimpin kuil ke udara.

DAP sendiripun bersuara membantah taikun cina menghina ATM lalu kehadapanlah menteri Amanah selepas berhari-hari hari isu berlalu dengan berani dan tegasnya menganggap tindakan menghina ATM sebagai pengkhianatan

DAP bersuara tegas menuntut DZN di ekstradisi ke India lalu menteri Amanah secara halus bermain kata dengan anologi bahtera menyampaikan maksud sama.

Kita boleh mendengar sebahagian suara2 lantang Pemimpin Bersatu dan PKR dalam beberapa isu sedangkan suara pemimpin Amanah entah dimana. Samada DAP ibarat sayap bukan islam Amanah, ataupun Amanah ibarat sayap islam DAP, Allah lebih mengetahui.

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,013
Reaction score
5,769
Points
1,346
Peace TV milik Zakir Naik bersalah siar ucapan kebencian, apikan pembunuhan, kata Ofcom UK

August 22, 2019 12:47 PM


Peace TV, yang disiarkan dari Dubai, merupakan sebahagian daripaya empayar perniagaan Zakir Naik yang kini disiasat di India, Bangladesh dan Sri Lanka.

PETALING JAYA: Pengawal selia penyiaran di UK mendapati saluran televisyen satelit milik Dr Zakir Naik, Peace TV, bersalah melakukan ucapan kebencian dan boleh menyebabkan lesennya ditarik balik pada saat penceramah itu berdepan dakwaan rasisme di Malaysia.

Ofcom, badan pengawal selia kerajaan UK yang mempunyai bidang kuasa luas dalam sektor penyiaran, telekomunikasi dan pos berkata, ia meneliti 5 program televisyen yang disiarkan oleh Peace TV berikutan aduan berkaitan homofobia dan pengapian jenayah.

“Ofcom memutuskan bahawa 4 daripada 5 program berkenaan melanggar tatatertib, sementara satu tidak,” kata laporan suruhanjaya itu bulan lepas yang dilihat oleh FMT.

Ofcom berkata, 4 program berkenaan didapati melanggar tatatertib penyiaran disiarkan antara November 2017 dan Mac 2018.


Katanya, 2 daripada pelanggaran itu melibatkan edisi bahasa Inggeris dan Urdu dan oleh dijatuhi hukuman “pengenaan sekatan statutori”.

Pelanggaran itu meliputi pengapian jenayah, ucapan kebencian dan layanan buruk.

Salah satu program tersebut, “Kitab-ut-Tawheed”, adalah program berbahasa Urdu yang terdiri daripada ceramah berdasarkan tulisan Muhammad Ibn Abd al-Wahab, pengasas Wahhabisme, dibincangkan.

Dalam satu episod, penceramahnya, Shaikh Ashfaque Salafi menyarankan ahli sihir dipancung.

Pemegang lesen Peace TV di UK bagaimanapun mempertahankan kenyataan tersebut.

“Program berkenaan bukanlah mengenai Harry Houdini, Paul Daniels, David Blaine dan penghibur lain yang melakukan helah silap mata untuk tujuan kewangan atau hiburan.

“Ia adalah berkaitan sihir dan penyihiran seperti yang dapat difahami oleh penonton,” kata Club TV Ltd.

Dalam program lain berjudul “Strengthening Your Family”, penyampai Imam Qasim Khan membuat perbandingan antara homoseksual dengan babi.

“Di sini 2 orang manusia mengamalkan dan cuba mewajarkan sesuatu yang tidak dilakukan oleh haiwan sekali pun. Subhanallah, ia lebih buruk daripada haiwan.

“Manusia boleh menjadi lebih buruk daripada haiwan. Paling tidak haiwan mempunyai kehormatan untuk mengehadkan nafsu mereka, nafsu seks mereka kepada jantina yang berlainan.

“Manusia kadang-kala hilang kewarasan dan cuba mewajarkannya, selain mempunyai keberanian melampau untuk mengaplikasikan agama terhadap amalan yang tidak waras dan berdosa itu.

“Homoseksual Baptis, homoseksual Methodis, homoseksual Katholik, homoseksual Yahudi dan kini homoseksual Muslim. Itu sangat tidak waras. Apakah yang boleh kita lakukan mengenainya?,” laporan penyiasatan Ofcam memetik Qasim.

Dalam pembelaan yang dikemukakan kepada Ofcom, Club TV berkata, saluran itu ditujukan kepada orang Islam “dengan penekanan khusus mengenai pengajaran bagaimana untuk menjalani kehidupan beragama selari dengan ajaran agama”.

Ia berkata, justeru penonton sememangnya menjangka penceramah mempunyai pandangan tegas mengenai homoseksual.

Ofcom berkata, ia tidak berniat menghalang hak kebebasan bersuara penceramah agama, termasuk hak untuk menyoal kepercayaan lain yang boleh “menyinggung, mengejutkan atau mengganggu”, dengan berkata, ia dilindungi di bawah perlembagaan Britain.

“Bagaimanapun, apabila menyampaikan bahan sebegini, penyiar mesti mematuhi semua peraturan tatatertib berkaitan, termasuk Peraturan 3.1 (larangan bahan yang boleh mengapikan jenayah); Peraturan 3.2 (ucapan kebencian yang mesti diwajarkan oleh konteks); Peraturan 3.3 (bahan yang mengandungi layanan buruk atau menghina terhadap individu, kumpulan, agama atau komuniti tidak boleh disiarkan di televisyen),” kata Ofcom.

Peace TV, yang disiarkan dari Dubai, merupakan sebahagian daripaya empayar perniagaan Zakir Naik yang kini disiasat di India, Bangladesh dan Sri Lanka.

Zakir yang mendapat perlindungan di Malaysia kini disiasat oleh polis berikutan beberapa kenyataan beliau yang didakwa mengapikan sentimen perkauman.

Penceramah itu, yang juga berdepan pertuduhan pengubahan wang di India berkata, beliau merupakan mangsa kempen memburuk-burukkan oleh ekstremis Hindu di India.

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,526
Reaction score
1,259
Points
206
Polis larang berhimpun di Brickfields



POLIS melarang orang ramai menyertai perhimpunan ‘Say No to Zakir Naik, Equal Rights To Indian & Other Races’ yang akan diadakan di Brickfields, Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, ini kerana notis dikemukakan penganjur perhimpunan tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.

“Polis sudah menerima notis pemakluman mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 daripada penganjur yang berhasrat mengadakan perhimpunan di Water Fountain Little India, Brickfields jam 2 petang.

“Bagaimanapun, notis dikemukakan penganjur perhimpunan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai tidak menyertai perhimpunan itu bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan awam.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/488796/polis-larang-berhimpun-di-brickfields
 
Sponsored Post
Top
Log in Register