BTC USD 28,009.5 Gold USD 1,968.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr M, Muhyiddin dinamakan dalam saman projek HSR KL-Singapura

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Dr M, Muhyiddin dinamakan dalam saman projek HSR KL-Singapura​

Januari 31, 2023 @ 12:42pm
Dua bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai defendan dalam saman berhubung pembatalan Projek Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

KUALA LUMPUR: Seorang individu memfailkan saman terhadap dua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam dan cuai berhubung penamatan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Mohd Hatta Sanuri, 47, yang memfailkan saman itu menerusi Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail pada 30 Disember lalu, turut menamakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan kerajaan selaku defendan pertama hingga kelima.

Tindakan saman itu difailkan Mohd Hatta mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dan kecewa dengan pembaziran yang telah dilakukan oleh semua defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohd Hatta selaku plaintif mendakwa Dr Mahathir, yang ketika itu Perdana Menteri ketujuh telah melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatan awam apabila mengambil keputusan menangguhkan projek HSR, menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

Plaintif juga mendakwa Muhyiddin, yang ketika itu Perdana Menteri kelapan turut cuai dan menyalah guna jawatan awam apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.

Dakwa plaintif, Mustapa yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek itu telah melakukan kecuaian ketika menangguhkan projek berkenaan sehingga menyebabkan wang negara perlu dikeluarkan sebanyak RM46 juta.

Selain itu, Mohd Hatta mendakwa Wee juga cuai semasa menguruskan projek itu yang juga pengangkutan awam bagi rakyat Malaysia sehingga mendatangkan kesusahan dan kerugian berjumlah RM46 juta dan RM320,270,519.24 kepada rakyat Malaysia sekali gus menafikan hak rakyat untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah.

Oleh itu, plaintif antara lain menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah selain memohon deklarasi kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.

Pada 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek HSR sejauh 350 kilometer kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Sehubungan itu, Malaysia telah membayar S$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura untuk kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penggantungannya.

Projek itu dijangka menyediakan tiga servis utama iaitu perjalanan secara langsung antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit, servis domestik di Malaysia dan perkhidmatan shuttle dari Iskandar Puteri (Johor) sehingga Singapura.

Pengurusan kes saman itu ditetapkan pada 2 Feb ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar. - BERNAMA
 
Sponsored Post

yussv

Super Active Member
gem
Messages
8,496
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
8,496
Reaction score
1,805
Points
151
Kalau batalkan tu atas sebab politik saja
Memang tak berbaloi atas kerugian yang kerajaan kena tanggung
Mcm ni tuan.. bila sesuatu projek dibuat kroni akn dpt limpahan..tu sbb bila kerajaan tukar, projek yg besar2 mcm ni akn di revise atau dibatalkn.. smua kroni terbabit mkn asap.. jika projek diteruskn, kroni2 td mmg dah kena tendang kluar..dan kroni kerajaan baru akn diletakkn ditmpt yg sepatutnya..itu tujuan sebenar pembatalan dibuat.. bab law tu sape jd kerajaan pandai2 la dia goreng..janji batal dulu..
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,160
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,160
Reaction score
27,548
Points
2,836
Awards
2

Jadi tujuan utama batal atau kaji balik sekadar nak bagi makan dekat kroni je la ye tuan
 
yussv

Super Active Member
gem
Messages
8,496
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
8,496
Reaction score
1,805
Points
151
Jadi tujuan utama batal atau kaji balik sekadar nak bagi makan dekat kroni je la ye tuan
Kalau pemimpin jujur..dia akn batal yg melibatkb kroni dan segala kontrak dia buat open kpd yg berkelayakan.. kalau dia xjujur dia akn batal..kontrak dia bg kroni2 atau pelobi yg mesra kerajaan..
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,160
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,160
Reaction score
27,548
Points
2,836
Awards
2

Projek HSR: Dua bekas PM, tiga lagi diarah bela diri​

02 Februari 2023 03:26pm

2078432.jpg

Laporan Sinar Harian pada Selasa lalu.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Khamis mengarahkan dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) selewat-lewatnya 28 Februari ini.

Selain Dr Mahathir dan Muhyiddin, turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan kerajaan.

Peguam Mohaji Selamat, mewakili plaintif Mohd Hatta Sanuri, 47, berkata, mahkamah juga mengarahkan anak guamnya memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan pada 28 Mac.

"Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 30 Mac ini," katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nur Shasha Hidayah Nor Azahar secara dalam talian pada Khamis.

Tindakan saman itu difailkan Mohd Hatta pada 30 Disember tahun lepas, mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dan kecewa dengan pembaziran yang telah dilakukan oleh kesemua defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohd Hatta selaku plaintif mendakwa Dr Mahathir, yang ketika itu Perdana Menteri ketujuh telah melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatan awam apabila mengambil keputusan menangguhkan projek HSR, menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

Plaintif juga mendakwa Muhyiddin, yang ketika itu Perdana Menteri kelapan turut cuai dan menyalah guna jawatan awam apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.

Dakwa plaintif, Mustapa, yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek itu telah melakukan kecuaian ketika menangguhkan projek tersebut sehingga menyebabkan wang negara perlu dikeluarkan sebanyak RM46 juta.

Selain itu, Mohd Hatta mendakwa Ka Siong juga cuai semasa menguruskan projek tersebut yang merupakan pengangkutan awam bagi rakyat Malaysia sehingga mendatangkan kesusahan dan kerugian berjumlah RM46 juta dan RM320,270,519.24 kepada rakyat Malaysia sekali gus menafikan hak rakyat untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah.

Pada 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek HSR sejauh 350 kilometer kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Sehubungan itu, Malaysia telah membayar S$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura untuk kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penggantungannya.- Bernama

Sponsored Post

Top
Log in Register