BTC USD 40,869.3 Gold USD 1,803.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr. M meragui kesetiaan penjawat awam

Sponsored Post

ohsem

Active Member
Joined
Nov 23, 2011
Messages
1,869
Reaction score
57
Points
40
patut lah pm tak bagi bonus kek level boss gomen.. :))
 

kai2020

Super Active Member
Joined
May 14, 2006
Messages
6,043
Reaction score
826
Points
111
Ingt lg mnggu2 sblm pilihanraya, ramai pnjawat awam brkempen terang2an utk BN, ade cikgu2 yg kerja di ppd, jpn, sek kehulu kehilir dgn kereta mewah masing2 brkempen, siap guna dewan sek skali jmput noh omar dan org2 BN brkempen.

Yg aktif puteri pn sama siap amik cuti lg brkempen. Ade tu siap ugut kwn2, klu x sokong nnt lpas pru kena tukar atau kena berenti. Hah skrg pdn muka, nk buat ape dgn geng2 ni, tgk muka skrg mcm dh cuak je, ade tu siap sorok kete mewah, gi keje naik proton je wakakak, jln pn dh mula tunduk ke bwh.
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,263
Reaction score
735
Points
121
Mmg patut ragu...terutama gred tinggi2 ni...sampai tahap pengurusan pendidikan pun ada unsur politik...

gred tinggi berapa kerat jer.. cer tgk gred bwh berapa ramai?
 

dme30

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2008
Messages
6,454
Reaction score
88
Points
70
Bro, yg ada jawatan dlm JPN, pastu jd ketua bahagian umno, ketua penyelaras umno tu apa citer?

NK heran apa dari zaman madey dulu dh ada..
xkan nk bg ketua penerangan (contohnya) org kampung..
kene la bagi org yg boleh bercakap spt cikgu2 atau peg2 kerajaan..
dh masa dulu BN pegang xkan nk suruh diorg sokong pembangkang?
 

dme30

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2008
Messages
6,454
Reaction score
88
Points
70
Dulu takut hijau smpai logo petronas pon diubaha warna bulannya..
skrg takut Biru plak..hahaha..rileks la..dh mng pn nk gelabah puyuh lagi ker?
 

aab kal

Fun Poster
Joined
Oct 27, 2012
Messages
384
Reaction score
3
Points
15
takut sgt pecat je la
yang kne pecat siap siap la utk buat duit segera (saman)
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,125
Reaction score
2,119
Points
206
PAKATAN-HARAPAN-PC-2-1170x550.jpg


Neutral sokong parti politik, penjawat awam perlu bantu dasar Putrajaya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 1 JUN: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menuntut penjawat awam supaya bersifat ‘neutral’ tanpa menyokong kepada parti kerajaan semata-mata.

Beliau berkata, wujud persekitaran pegangan politik dalam kalangan penjawat awam sebelum ini yang hanya berpihak kepada parti kerajaan sahaja.

Katanya, senario itu sekali gus menimbulkan persoalan terhadap komitmen mereka dalam membantu Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) melaksanakan manifesto pentadbiran gabungan itu.

“Kita dapati ramai pegawai kerajaan sama ada dengan sukarela atau tidak mengambil bahagian berkempen untuk Barisan Nasional dalam pilihan raya, sebelum ini.

“Kerajaan PAKATAN sangsi terhadap pegangan politik mereka, sama ada masih menyokong parti lama atau kerajaan sekarang, selepas pentadbiran Putrajaya berubah.

“Kami berharap pegawai kerajaaan ini boleh mengubah pendirian mereka dengan lebih (bersifat) neutral terhadap pegangan politik mereka.

“Tumpuan utama mereka adalah terus membantu kerajaan melaksanakan dasar sedia ada kini,” katanya pada sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Terdahulu, sidang media berkenaan diadakan sebagai lanjutan mesyuarat kali pertama Majlis Presiden Pakatan Harapan yang turut dihadiri Ketua Umum gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar antara pimpinan utama gabungan itu yang turut hadir, pada sidang media itu.

Dalam perkembangan sama, Tun Dr Mahathir turut mengulas isu pemberian bantuan kewangan membabitkan penjawat awam di bawah klasifikasi lantikan kontrak ketika pentadbiran Barisan Nasional, sebelum ini.

Beliau berkata, tidak wujud sentimen ‘penganiayaan’ terhadap penjawat awam berstatus kontrak apabila penamatan serta merta diputuskan Kerajaan PAKATAN.

“Mereka juga turut menerima insentif bantuan hari raya. Kita bukan menganiaya mereka. Ketika ini kita dapati lebih 17,000 penjawat awam berstatus kontrak ditubuhkan parti lawan.

“Jawatan itu tidak diperlukan, kerana ia hanya diberikan kepada orang parti yang berkempen secara terang-terangan memakai baju biru dalam berpolitik.

“Atas alasan inilah, maka kami mempersoalkan kesetiaan mereka terhadap parti politik,” katanya.

sumber - https://selangorkini.my/2018/06/neu...ik-penjawat-awam-perlu-bantu-dasar-putrajaya/
 

findemas

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 10, 2007
Messages
3,774
Reaction score
244
Points
33
Kerajaan PH? Kerajaan BE END? Penjawat awam tu kakitangan kerajaan la. Kerajaan Malaysia bukannya kerajaan PH atau BE END. Apa sama je pemikiran puak BE END dengan PH ni. Kakitangan tu nak sokong sape tu dia punya pasal la. Itu kebebasan berpolitik dia sebagai rakyat Malaysia. Jangan kerajaan PH ni sama macam dengan kerajaan BE END dulu nak sekat kebebasan berpolitik rakyat Malaysia.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register